Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga dalam keadaan sihat dan selamat. Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan ni, patuhilah arahan dan sedaya mungkin berada di rumah. Semoga wabak ini dapat dikawal dan seterusnya dihapuskan. Amiinnn.
Petang ni Cik Wan kongsikan resepi cakoi..ni pun request anak-anak. Dah lama sangat tak buat kuih ni, skodeng blog dan youtube...Cik Wan buatlah dan inilah hasilnya. Tapi masih tidak sama seratus peratus yang dijual di kedai tu...sungguh..ada rahsia mereka tersendiri hehehe. Tapi bolehlah dikatakan hampir2 sama. Boleh cuba untuk yang suka..sebagai idea menu anak2 untuk minum petang atau supper malam nanti.
Bahan-bahannya:
3 gelas tepung
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar minyak masak
Air secukupnya - Cik Wan guna dalam 3 gelas air +- (bergantung pada jenis tepung yang digunakan)
Cara membuatnya;
- Campurkan semua bahan dan uli sehingga hampir tidak melekat di tangan- adunan agak lembik ya.
- Tutup adunan dengan kain/dulang dan perapkan 2 jam.
- Selepas 2 jam, uli untuk dibentuk. Canai doh dan potong dalam 5 ke 6 inci panjangnya.
- Lapikkan dua potongan dan tekan ditengahnya dengan chopstik/belakang pisau (rujuk gambar)
- Biar sebentar dan sedia untuk digoreng.
- Panaskan minyak, bila minyak dah panas, ambil potongan doh, tarik panjang sikit dan lepaskan ke dalam minyak.
- Goreng hingga berwarna perang/kuning gelap.
- Angkat dan toskan minyak. Siap.
Selamat mencuba ya. Sedap di cicah dalam teh tarik panas-panas..yummm.
No comments:
Post a Comment