Saturday 1 January 2022

2021 yang menyakitkan (Pt.03)

 12/02/2021 Jumaat


Sepanjang Mr A berada di dalam klinik, saya di dalam kereta menunggu. Saya bagitahu beliau, jangan bimbang. In sya Allah tiada apa-apa. Sungguh, masa itu tiada kebimbangan langsung dalam hati saya. Mr seorang yang fit, tidak pernah sakit. Mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak merokok dan suka bersenam. Yang selalu sakit dan berbelas-belas kali masuk hospital adalah saya. Mr A memang sentiasa sihat, kalau ada masalahpun hanya kolestrol tinggi. Sambil menunggu sambil mengaji Surah Al Kahfi, sambil menjawab WA Mr A. Agaknya beliau risau sangat pd masa tu. 

Seingat saya, Mr A agak lama di dalam klinik dan bacaan Al Kahfi saya hampir habis atau sempat habis, tiba-tiba Mr A WA, 

"Za, bad news!!"

Saya, seorang yang mudah panik dan hysterical...bila membaca mesej tersebut, terus call Mr A. Beliau menyuruh saya bersabar dan tunggu beliau keluar.

Mr A keluar dari klinik. Sambil mengeluh... "Bad news Za, ada sesuatu pada hati saya. Ada tompok2 putih. Dr kata, minta maaf En Azhar, saya terpaksa refer awak kepada specialist", sambil menunjukkan kepada saya salinan ultrasound. 

Saya ambil salinan tu, dan bagitahu Mr A. Jangan bimbang bang, esok kita ke KPJ. Mek dulupun macam ni, ada nanah kat hati. Mek sembuh dalam masa  4 hari sahaja selepas dirawat, saya mengingatkan beliau kisah arwah Mek dulu. Yang terkena jangkitan kuman di hati.

Mr A terdiam dan berkata... in saya Allah, mudah-mudahan tiada yang serius.

Kami balik ke rumah dan bersedia untuk ke KPJ pd esoknya.



4 comments:

  1. Sebagai insan paling dekat dengannya, pastinya Cik Wan sukar melupakan setiap detik yang dilalui bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Amie, setiap detik akan tersimpan kemas dalam memori, hingga ke akhir hayat

      Delete
  2. Moga diberi syifa & dipermudahkan segala urusan buat Mr A aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr A telah pulang ke rahmatullah pd 06/05/2021

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...