Saturday, 6 May 2023

Al Fatihah. Dua tahun pemergian..

 


Assalamualaikum.


Sekadar catatan memori.


Saya ambil masa yang sangat lama, memikirkan adakah perlu saya catatkan semua kisah perjalanan dan pegalaman serta perjuangan saya bersama anak-anak menjaga arwah ketika arwah sakit.

Disebabkan tempoh arwah sakit daripada Januari 2021 hingga 06 Mei 2021 adalah tempoh PKP, maka hanya saya dengan anak-anak sepenuhnya menjaga dan menyantuni arwah.

Kisah suka duka dan pahit jerih dan pada awalnya banyak juga kisah lucu yang tercipta sesama kami. 

Adakah perlu saya catatkan satu persatu di sini? Atau, hanya disimpan sebagai kenangan dalam memori kami masing-masing?

Sebenarnya tanpa catatan ini, kami tetap akan mengingati setiap detik yang dialami dan tidak pernah akan kami lupa sepanjang hayat kami. 

Kerisauan saya di mana adakah penulisan saya nanti akan menimbulkan fitnah dan perasaan riak di dalam hati secara tidak sengaja atau tidak terniat. Maka adakah keikhlasan saya dan anak-anak menjaga arwah akan terhapus begitu sahaja? Saya paling takut saya akan rugi di akhirat nanti. Nauzubillah!!


Maka, setelah sekian lama menyepi, hari ini saya membuat keputusan untuk tidak menyambung semula catatan "2021 yang menyakitkan".

Biarlah ia menjadi kenangan ekslusif saya dengan anak-anak, yang  dari semasa ke semasa akan kami imbau kembali. 

Kenangan dan pengalaman pedih kadang-kadang menjadi ingatan untuk kami kembali kuat, terus berusaha untuk bergerak ke hadapan. Jalani kehidupan dengan sebaiknya dan tetap bahagia dengan cara kami.


Kami berlima kuat. 

In sya Allah akan terus kuat. 





4 comments:

  1. Semoga puan sekeluarga terus kuat... Al fatihah buat Mr A

    ReplyDelete
  2. Semoga suami puan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan berbahagia di alam sana. Semoga puan dan anak2 berjaya mengharungi dugaan hidup dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  3. semoga keluarga diberi ketabahan

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah Balah Jasa2 dan pengorbanan Keluarga Terhadap Arwah dengan Syurga.. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...