Friday 27 September 2024

Tempe Goreng Mudah

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat penghulu segala hari.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Walaupun Cik Wan orang Kelantan dan tidak dibesarkan dengan makanan ini, Cik Wan sangat sukakan tempe. Malah kalau sekadar nak makan kudap2, Cik Wan goreng je tempe dan cicah dengan sos cili. Tak sedar2 sepiring dah habis.

Hari ni Cik Wan kongsikan resepi sambal tempe mudah2 dan senang nak buat. Tapi sedapnya memang boleh menyebabkan kita bertambah2 nasi.

Bahan-bahannya: 

Dua keping tempe- potong nipis/kecil dan goreng hingga garing.

10 ulas bawang merah kecil/ 2 labu bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil cili giling/cili boh*

Semua bahan yang bertanda * dimesin lumat

Garam
Gula
Air asam jawa

Cara menyediakannya;
  1. Gunakan minyak lebihan goreng tempe tadi.
  2. Tumiskan semua bahan mesin.
  3. Sekali sekala masukkan air dan teruskan menumis (Cik Wan guna satu tumbler air paip)
  4. Tumis hingga naik minyak dan warna tumisan bertukar jadi gelap kemerahan.
  5. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Bila sudah sedap dan cukup rasa masin, masam dan manis, tutupkan api.
  8. Sejukkan sebentar.
  9. Masukkan tempe dan kacau sebati.
  10. Siap.

Senang kan? jangan stress2...memasak tu mudah je. 
Selamat mencubaaa...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...