Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom sekali sekala kita ubah selera. Kita masak spagheti perisa tomyum pulak. Sedap sebab pedas2, masam dan lemak berkrim rasanya.
Bahan-bahan:
1 peket spagheti- rebus ikut arahan di kotak
3 sudu paste tomyum
2 sudu Thai chilli Paste- optional
1 kotak susu segar
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar Holland
Cendawan.( Shitake/Butang/lain-lain)
Cili api ikut kepedasan yang dikehendaki
Daun limau purut
Garam
Gula
Air limau nipis jika suka masam.
Sumber protin yang disukai (Udang/Sotong/Ayam)
Cara membuatnya :
- Panaskan butter/minyak masak.
- Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Tumis hingga layu sahaja.
- Masukkan paste tomyum dan paste cili. Kacau sebati.
- Masukkan udang/ayam/sotong. Tumis hingga separuh masak. Masukkan juga cendawan.
- Masukkan susu. Kacau.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan daun limau purut dan air limau nipis.
- Masukkan pasta.
- Kacau sebati dan cepat2 tutup api.
- Siaaaap.
Selamat mencubaaaa...
No comments:
Post a Comment