Saturday, 30 May 2015

Roti Bakar Telur Berlapis Keju dan Sayur





Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ni Cik Wan betul2 tak tahu nak masak apa..tekak macam dah tak boleh terima nasi goreng atau bihun goreng..nasi lemakpun dah makan minggu lepas. Suruh Mr A pergi beli nasi berlauk tapi tak berapa rajin pulak dia pagi ni..dok bergolek2 depan tv dengan Zikry dan Zahirah...aduuuhhh nak masak apa ye ..hehehe..sian orang perempuan ni..pagi2 dah stress hahahaha.

Nampak roti yang dah beberapa hari dibeli ..Cik Wan capai tu, capai ni...potong tu potong ni..walllaahhh...siap hehehe.

Alis memang sukalah makan benda2 macam ni, tapi abahnya kureng sikit. Tak apalah bang..jap lagi kita makan kenyang2 di kenduri aqiqah cucu kak Faridah pukul 11 nanti..Kak Faridah ni kawan sekolah Cik Wan yang ajarkan Cik Wan buat cekodok bilis istimewa hari tu.

Cik Wan sempat google untuk resepi macam ni sebelum upload dalam blog ni tadi. Rupanya sarapan seperti ini di panggil Breakfast Stratta  adik beradik dengan Casserol ....wahhhh..ghupernyaaaa...tapi Cik Wan punya ni main campak2 jer..maklumlah kelate jati..mana tahu casserole merol ni hehehe. Jom tgk resepi ringkas ni..

Bahan-bahannya;

Untuk sayurnya

1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cendawan kering- rendam dengan air panas dan hiris nipis
1/2 biji capsicum hijau- didadu
1 biji tomato- dipotong nipis
Beef pepperoni secukupnya- boleh ganti dengan sosej (hiris nipis)
Sedikit serbuk oregano
Garam


  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan peperoni/sosej, tumis sedikit.
  3. Masukkan cendawan, capsicum dan tomato. Kacau
  4. Masukkan garam dan serbuk oregano. Siap.
  5. Jangan lama sangat, sebab kita nak bakar nanti.
Untuk sosnya;

1 1/2 cawan susu segar
4 biji telur
Garam
Sedikit serbuk buah pala 
Serbuk lada hitam

  1. Satukan semua bahan.
  2. Pukul dengan garfu hingga sebati. Siap.

Bahan roti:
1 buku roti- potong kecil (Cik Wan rasa kalau ganti dengan makaroni lebih sedap)
Sedikit mentega
Keju mozarela secukupnya.


Cara menyediakannya:
  1. Sediakan loyang pembakar. Sapukan sedikit minyak/mentega.
  2. Susun lapisan pertama roti.
  3. Taburkan sayur goreng tadi.
  4. Susun lagi roti di atasnya.
  5. Taburkan sayur hingga habis.
  6. Tuang sos/ bancuhan telur tadi.
  7. Biarkan sebentar (Cik Wan tgk dlm google, mereka perap semalaman..terpulanglah...)
  8. Taburkan keju dan sedikit mentega.
  9. Bakar dalam oven suhu 160 selama 15 minit.
  10. Siap....makan dengan sos cili atau sos tomato...nyum nyum
Sebelum dibakar..
Selamat mencubaa..






Friday, 29 May 2015

Ayam Kerutuk tersangatlah sedap


Sedap sungguh ayam kerutuk ni..dah lama tak buat. Untuk berbuka puasa semalam, Cik Wan masak nasi minyak dan kerutuk ni..hajat hati nak buat acar mentah dan sambal belacan...tapi sebab penat sangat, tak terbuat pula. Tapi, alhamdulillah..Mr A dan Alis cakap, tak payah buat sebab dah cukup dengan kerutuk ni sahaja..cukup masin, masam dan manis serta agak pedas..tak perlu sambal belacan lagi...alhamdulillahhh..settle!

Resepi dah ada kat SINI, tapi untuk memudahkan Cik Wan copypaste semula ye..

Bahan-bahan;

1/2  ekor ayam potong kecil
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1 sudu besar kerisek
2 sudu besar rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
5-7 biji cili kering/ 2 sudu serbuk cili
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas diketuk
1 batang serai diketuk
Gula melaka/gula
Garam
Sedikit air asam jawa
Ubi kentang secukupnya.


Cara-cara :

          Sediakan bahan tumis:
         - rempah kasar 4 sekawan
         -2 ulas bawang merah dimayang
         -2 ulas bawang putih dimayang
         -sedikit halia dimayang

Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)
  1.  Panaskan minyak. 
  2. Masukkan bahan tumis,  tumis hingga wangi. 
  3.  Masukkan bahan mesin , kacau hingga naik minyak.
  4.  Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas  ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
  5.  Masukkan ayam dan kacau hingga keluar air daging ayamnya.
  6.  Masukkan ubi kentang.
  7.  Masukkan santan.
  8.  Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

Jala Mas




Sudah lama Cik Wan teringin nak buat jala mas ni. Dah lama mencari guru untuk belajar tapi tidak pula berjumpa dan kalau adapun tidak mahu mengajar kerana katanya resepi dan teknik adalah rahsia keluarga dan keturunan.

Di zaman moden ni, guru yang paling setia ialah pakcik google hehehe...terima kasih lah kepada individu yang mahu berkongsi resepi dan cara membuat jala mas ni.

Cik Wan bersemangat nak buat jala mas ni kerana nak membuat Puding Raja...dah ada jala mas, tidak jumpa pula pisang lemak manis..so, hingga ke hari ni tak dapat buat puding raja tu....tak apalah, yang penting satu hajat dah tercapai.

Susah rupanya nak buat jala mas ni, walaupun bahannya agak mudah (mungkin ada bahan rahsia yang tidak pernah kita ketahui), tapi cara membuatnya memang mencabar..nampak kat video ni senang, tapi bila buat sendiri susah nak dapatkan juraian jala yang cantik.

Untuk 5 biji telur ni, Cik Wan cuma dapat 5 cap/keping jala mas ...mak aiiiii...patutlah mahal giler kat kedai...jom layan tengok youtube ni ye

Saturday, 16 May 2015

Ketam Tumis Tomyam yang mengancam sedapnya...


Sebenarnya, malam tadi Cik Wan masak dua jenis resepi, satu rebus serai dan satu lagi tomyam tumis. Mr A lebih sukakan yang rebus tapi Cik Wan teringin nak makan yang lebih menarik, begitu juga si Alis, jadi separuh lagi Cik Wan masak tumis tomyam ni. Jom tengok bahan-bahanya.

Bahan-bahannya;
2 ekor ketam - dibelah dua, ketuk jarinya hingga retak atau pecah sikit2 supaya senang budak2 makan.
Garam
Lada sulah
Tepung jagung 

2 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
Sehiris halia-tumbuk
*tumbuk bersama- tapi Cik Wan dadu jer malam tadi

2 batang serai-ketuk
3-4 helai daun limau purut
Cili padi-potong secukupnya ikut kepedasan
1 tangkai daun ketumbar- hiris
1 tangkai daun bawang-hiris

1 kiub tomyam- Cik Wan guna Knorr
3 sudu sos tiram
2 gelas air
1 biji telur
1/2 sudu kecil gula
 *Cik Wan tak letak garam sebab kiub tomyam dah cukup masin (boleh tambah garam jika suka)

Cara-caranya;
  1. Perap ketam dengan lada sulah dan garam. Taburkan tepung jagung dan goreng hingga masak. Toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak dari kuali menggorengkan ketam tadi, dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Mula2 tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan serai dan daun limau purut. Kacau sebentar.
  5. Masukkan sos tiram. Kacau lagi.
  6. Masukkan air, dan masukkan kiub tomyam. Kacau lagi.
  7. Masukkan potongan daun bawang dan 1/2 hirisan daun ketumbar.
  8. Masukkan ketam yang telah digoreng. Kacau.
  9. Masukkan gula. Kacau.
  10. Pukul telur sedikit dengan garfu, tuang kedalam kuali. Kacau supaya sebati dengan ketam.
  11. Taburkan potongan cili.
  12. Taburkan hirisan daun ketumbar.
  13. Siap!!.
Sedap sungguh laaa...cuba jangan tak cuba :)

Ketam Rebus Ketuk Serai

Selamat Hari Guru..
Ini resepi malam tadi, masak dalam penat selepas balik daripada berseronok sakan menaiki cruise di Tasik Putrajaya degan kawan-kawan sekolah sebagai pre-celebration sempena Hari Guru.

Secara peribadi, resepi ni sangat sesuai untuk semua jenis seafood bagi menikmati rasa sebenar seafood tanpa diganggu oleh bahan-bahan lain. Paling sesuai untuk diratah begitu sahaja dan boleh dicicah dengan sos. Cik Wan selalu rebus udang dan kerang selain daripada ketam, memang sedap sekali.

Bahan-bahannya sangat mudah sekali, jom tengok!

2 ekor ketam- belah dua
2 batang serai- diketuk
5 ulas bawang putih diketuk
Air- dalam 1 1/2 - 2 gelas
Garam- dalam 1/2 sudu kecil
Gula- dalam 1 1/2 sudu kecil
(rasanya mesti manis masin)

Cara-caranya;
  1. Masukkan ketam ke dalam periuk.
  2. Masukkan serai, bawang putih, garam dan gula.
  3. Masukkan air.
  4. Rebus hingga menggelegak dan ketam masak.
  5. Siap.
Mudahkan?...selamat mencuba!!







Tuesday, 12 May 2015

Mee Celup Dan Kueh Tiew Celup..lagi dan lagi....





Ini menu request daripada Si Alis...byk betul dia punya permintaan, pendek kata cuti sebulan ni gemuk sungguh lah dia.
Resepi masih lagi yang sama. Boleh ambil kat SINI. Ada yang kata banyak sangat bahannya, tapi in sha Allah, berbaloi-baloi hasilnya.
Selamat mencuba..

Sunday, 10 May 2015

Lompat Tikam Lazat





Dah lama teringin nak membuat lompat tikam ni..maklumlah, kalau dah lama tak buat tangan dah mula gatal2 nak cari penat hahaha. Macam manalah Cik Wan nak diet..kalau tekak tak teringinpun, tangan pulak yang mengidam..bunyi macam pelikkan?

Cik Wan buat tepung hijaunya pada petang Rabu, dan pulut serta santannya di subuh Khamis untuk sarapan pagi dan juga untuk dibawa ke sekolah. Malangnya Cik Wan terjaga pukul 5.30am...subhanallah..kelam kabut masuk dapur memasak pulut dan santan..nasib baik ngam2 je..sempat masak tapi santannya agak cair..nak cepat punya pasal. Tapi takpelah, rasanya tetap sedap dan Mr A, Alis dan kawan2 di sekolah sukakannya...lega..dah abih gatal tangan..hahahaha.
Resepi keseluruhannya ada di SINI, tapi untuk tepung hijaunya,Cik Wan buat resepi lain iaitu menggunakan beras yang diblend. Kononnya nak buat macam mek buat dulu-dulu iaitu mesin beras yang direndam semalaman. Hasilnya, memang best kerana ada tekstur yang lebih berat dan padat. Jom tengok cara-caranya;

Bahan-bahannya;
1 gelas beras, dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya 5 jam.
6 gelas air daun pandan (Cik Wan campurkan degan daun pucuk manis untuk warna yang lebih cantik)
2 sudu kecil air kapur
2 cubit garam

Cara-caranya;
  1. Toskan beras yang telah drendam. Masukkan dalam blender.
  2. Masukkan air daun pandan secukupnya dan blend lumat.
  3. Tapis dan mesin semula beras yang tidak lumat. Buat sehingga semuanya lumat.
  4. Masukkan dalam kuali bersama-sama dengan semua bahan lain.
  5. Kacau atas api hingga meletup2 dan berkilat.
  6. Masukkan ke dalam bekas/dulang dan biarkan sejuk.


















Yang ni gambar lama, di mana santannya lebih pekat dan cantik..

Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...