Dah lama teringin nak membuat lompat tikam ni..maklumlah, kalau dah lama tak buat tangan dah mula gatal2 nak cari penat hahaha. Macam manalah Cik Wan nak diet..kalau tekak tak teringinpun, tangan pulak yang mengidam..bunyi macam pelikkan?
Cik Wan buat tepung hijaunya pada petang Rabu, dan pulut serta santannya di subuh Khamis untuk sarapan pagi dan juga untuk dibawa ke sekolah. Malangnya Cik Wan terjaga pukul 5.30am...subhanallah..kelam kabut masuk dapur memasak pulut dan santan..nasib baik ngam2 je..sempat masak tapi santannya agak cair..nak cepat punya pasal. Tapi takpelah, rasanya tetap sedap dan Mr A, Alis dan kawan2 di sekolah sukakannya...lega..dah abih gatal tangan..hahahaha.
Resepi keseluruhannya ada di SINI, tapi untuk tepung hijaunya,Cik Wan buat resepi lain iaitu menggunakan beras yang diblend. Kononnya nak buat macam mek buat dulu-dulu iaitu mesin beras yang direndam semalaman. Hasilnya, memang best kerana ada tekstur yang lebih berat dan padat. Jom tengok cara-caranya;
Bahan-bahannya;
1 gelas beras, dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya 5 jam.
6 gelas air daun pandan (Cik Wan campurkan degan daun pucuk manis untuk warna yang lebih cantik)
2 sudu kecil air kapur
2 cubit garam
Cara-caranya;
- Toskan beras yang telah drendam. Masukkan dalam blender.
- Masukkan air daun pandan secukupnya dan blend lumat.
- Tapis dan mesin semula beras yang tidak lumat. Buat sehingga semuanya lumat.
- Masukkan dalam kuali bersama-sama dengan semua bahan lain.
- Kacau atas api hingga meletup2 dan berkilat.
- Masukkan ke dalam bekas/dulang dan biarkan sejuk.
Yang ni gambar lama, di mana santannya lebih pekat dan cantik..
Selamat mencuba...
assalamualaikum cikwan, kaknoor tak pernah buat lompat tikam ni macam lazat je kan,nanti nk copy resepi cikwan nak buat jugak dan rasa kesedapan ni
ReplyDeletewsalam kak noor, bolehlah kak noor cuba nanti..rasanya lemak dan manis. Mesti hasilnya lebih cantik dan sedap kerana kak noor lebih kreatif dan teliti..cikwan ni ganas semedang hahaha
ReplyDelete