Sunday, 28 June 2015

Pisang Nangka Sira



Susah nak jumpa Pisang Nangka ni. Kalau nak buat Sira Pisang, Cik Wan sukakan Pisang Nangka dan Pisang Kebatu (entah sini panggil pisang apa)...begitu juga untuk dibuat pengat. Masalahnya susah nak jumpa kedua-dua jenis pisang ni.

Untuk membuat sira, sepatutnya pisang baru masak baru isinya pejal.Kalau dah masak sangat macam Cik Wan buat ni..ia akan jadi sedikit lembik. Namun begitu rasanya masih sedap..mabelesss.

Ada orang kata Pisang Nangka ni ada bisanya..terutamanya untuk orang yang berangin, orang yang sedang mengandung dan dalam pantang. Entahlah..mungkin bergantung pada badan masing-masing..untuk Cik Wan setakat ni tiada masalah. Untuk resepi step by step membuat sira pisang boleh rujuk di SINI.

Selamat mencubaaa....:)

Pajeri Nanas Tanpa Santan Yang Mengancam


Pajeri yang tak berapa popular..dah lama Cik Wan tak buat hingga lupa resepinya..terpaksa call mak saudara di Tanah Merah untuk confirmkan balik bahan-bahannya..buka apa takut nak buat pajeri tertukar buat acar pulak. Kedua-dua resepi tu hampir sama tapi ada sedikit perbezaan. Dulu2 kalau kenduri di Kelantan, pajeri ni lebih popular berbanding pajeri santan. Jom tengok bahannya;

Bahan-bahan;

1 biji nanas- dipotong bulat dan belah empat tanpa putus (senang nak patahkan masa makan nanti)
                  - nanas direbus/celur sebentar dan toskan airnya,

4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
*separuh di mayang halus dan separuh dimesin atau tumbuk,.

1/2 sudu serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
1/4 cawang susu cair
Air secukupnya.

Untuk menumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Garam
Gula

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak. Masukkan rempah kasar dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan hirisan bawang dan halia- tumis sampai perang.
  3. Masukkan bahan mesin (baki bawang merah, putih dan halia) serta serbuk cili dan serbuk kunyit.
  4. Tumis hingga naik minyak.
  5. Masukkan sedikit air dan susu untuk kuahnya.
  6. Masukkan gula dan garam.
  7. Biar menggelegak dan masukkan nanas.
  8. Rasakan biar ada masin manis dan sedikit masam daripada nanas. 
  9. Siap.


Sup Daging Ringkas Ala Thai


Resepi mudah ringkas hehehe..untuk siapa yang suka..jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya;

1 mangkuk hirisan daging lembu. (Cukup untu berbuka dan bersahur untuk dua orang)
1 peket rempah sup tulang- yang ada sup bunjut dan rempah kasarnya sekali.
4 ulas bawang merah- mayang nipis
2 ulas bawang putih- mayang nipis
1/2 inci halia- mayang nipis
1/2 inci lengkuas potong kasar
1 batang serai diketuk
Garam
Perisa yang disukai.


Bahan hiasan;
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi
Asam limau nipis.

Cara memasaknya;

  1. Bersihkan  daging- toskan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga perang. 
  3. Masukkan halia dan lengkuas. Kacau sebentar.
  4. Masukkan rempah sup termasuk sup bunjut, kacau sebentar.
  5. Masukkan daging.
  6. Masakkan daging sambil dikacau hingga air  daging keluar. Masak hingga airnya hampir kering.
  7. Baru masukkan air secukupnya. Masukkan serai.
  8. Tutup periuk dan rebus.
  9. Bila dagingnya hampir empuk baru masukkan garam. Tambah air jika perlu dan rebus lagi hingga daging empuk.
  10. Bila empuk, hidangkan sup bersama bahan hiasannya. Siap.

Wednesday, 24 June 2015

Kerabu Ikan Bilis Gaya Thai


Simple sahaja lauk berbuka puasa Cik Wan hari ni. Kerabu Ikan Bilis, Sup Daging dan Telur Dadar. Jom tengok resepi kerabu yang mudah ni.

Bahan-bahan sos:

1 batang serai- dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
2 sudu sos ikan- boleh gantikan dengan garam
1 sudu gula
4 biji cili padi dipotong kecil.
1 biji limau nipis ambil airnya.

*Satukan semua dan kacau sebati..sedia untuk digunakan.



Bahan-bahan kerabu:

1/4 labu bawang besar
1 biji timun/timun jepun- jika suka
1/2 biji tomato
Daun ketumbar
Ikan bilis yang digoreng rangup.




Bila hampir waktu berbuka, baru satukan dan gaul semua bahan. Siap.


Sambal Hitam Pahang Bekal Sahur




Allahuakbar..memang menyelerakan sungguh bersahur dengan Sambal Hitam Pahang ni..kena dengan nasi panas-panas...Cik Wan tak perlukan lauk lain dah..cukup dengan sambal ni sahaja.

Cik Wan guna resepi yang asal cuma yang bezanya Cik Wan mesin halus semua bahan..rupa-rupanya lebih mudah dan lebih sedap kalau kita mesin/blender je semua bahan. Jom tengok resepinya ye..


Resepi Sambal Hitam Pahang 
Sumber : Jerantut Daily: Sambal Hitam

Bahan-bahannya;

1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
4 ulas bawang merah
10 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
2 mangkuk asam belimbing rebus
Sedikit kicap
Sedikit gula
Sedikit garam
3/4 cawan minyak masak (lebih kurang) 




Cara membuatnya :
  1. Blenderkan semua bahan. 
  2. Panaskan minyak. 
  3. Tumiskan semua bahan mesin. 
  4. Goreng menggunakan api sederhana. 
  5. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula. 
  6. Kacau lagi sehingga garing.
  7. Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. 

Monday, 22 June 2015

Pulut Sekaya yang lemak manis..







Sebenarnya resepi ni berasaskan resepi Ghodok Telur yang Cik Wan poskan sebelum ini, cuma ia dituang ke atas lapisan pulut dan dikukus. Maka tukar nama pulak menjadi Pulut Sekaya atau Tok Aji Sarban.

Sebenarnya Cik Wan ada banyak stok telur di rumah..hari tu saudara datang dari kampung jadi Cik Wan beli sepapan telur kot2 mana tahu nak buat kuih ataupun nasi lemak..malangnya kami sibuk sangat dengan macam2 program hingga masakpun yang wajib sahaja..takde sempat nak menggodek2 kuih bagai. Itu yang setiap hari di bulan puasa ni ada menu berasaskan telur..layan je lah ye hehehhe.

Sebenarnya untuk pulut sekaya semalam ni, Cik Wan langsung tak sukat..main agak2 je sebab buatnya pun dah pukul 6.30 petang. Asalnya plan nak buat sira pisang dan pulut sekaya. Lepas tu tukar buat sira pisang saja..adoiiii..entah macam mana, terhangitla pulak sira pisang Cik Wan..berasap dapur dan hitam legam sira Cik Wan..hahahhaha..khayal agaknya petang tu..apa lagi kelamkabut Cik Wan siapkan Pulut Sekaya ni..memang betul, campak2 je...orang dah azan masih tengah mengukus lagi...habis je azan dah masak tapi tak boleh potong lagi sebab masih panas. Jadilah juadah moreh pulak hahaha..adoila!

 Tapi Cik Wan CP jugak la dari resepi asal dalam blog ni dan ubah suai sedikit..selamat mencuba ye.

Bahan untuk lapisan atas/telur;
2 keping  gula melaka
1 senduk kecil gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
 *semua bahan diatas disatukan dan dimasak hingga likat. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam telur.

4 biji telur ayam
2 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya;
  1. Satukan telur dan  bunga cengkih di dalam bekas. Pukul sekejap.
  2. Tuang air gula melaka ke dalam telur. Kacau sebati.
  3. Tapiskan bancuhan ke dalam bekas lain sebelum dituang ke atas lapisan pulut.
  4. Masukkan semula bunga cengkih tadi ke dalam bancuhan telur dan akan dikukus bersama.


Bahan untuk lapisan pulut;

1 1/2 gelas  beras pulut direndam sejam dua, bersihkan dan tos kering.
1 biji kelapa parut, ambil santan pekat cukup untuk menutup lapisan pulut (dlm 1/2 inci lebih tinggi daripada paras pulut) (boleh guna santan kotak Kara yang 200ml)
1 sudu kecil garam
Sedikit air.

Cara-caranya;
  1. Sediakan kukusan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang.
  3. Masukkan santan + garam supaya lapisan santan separas dengan lapisan pulut. Kacau sebati.
  4. Kukus pulut hingga masak.- sambil2 di kacau dengan garfu sedikit supaya santan + pulut sekata.
  5. Keluarkan loyang bila santan kering dan pulut nampak berkilat.
  6. Kacaukan pulut di dalam loyang dengan garfu untuk sebatikan santan.
  7. Bungkus tangan dengan tuala, masukkan dalam plastik bersih dan tekan2 lapisan pulut hingga padat.
  8. Dah padat dan rata, cucukkan dengan garfu, sedia untuk dituangkan bancuhan telur.
  9. Kukus hingga lapisan telur beku.
  10. Keluarkan dari kukusan...lebihan air di atas lapisan telur boleh dilapkan dengan tisu dapur. Siap.

Nasi Kerabu Hitam Bunga Telang






Semalam teringin makan nasi kerabu..apatah lagi melihat bunga Telang yang lebat berbunga di dalam pasu.  Warna biru yang dikeluarkan oleh bunga Telang lebih lembut  dan lebih cantik. Apalagi...Nasi Kerabu Hitamlah juadah berbuka puasa semalam..jom tengok resepinya,



Sambal Kelapa

Bahan-bahannya:
1/2 biji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
4-5  ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa

Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.

Sambal Tumis
1/2 biji kelapa-ambil santan pekat
5-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang serai
5-6 biji cili kering
Gula/gula melaka
Asam keping/asam jawa
Budu
Garam- hati-hati dengan garam sebab budu dah masin.

Cara memasak:
Masukkan santan dalam periuk. Biarkan hingga menggelegak tanpa perlu dikacau.Mesinkan semua bahan kecuali asam keping. Masukkan dalam santan yang sedang menggelegak tadi, masukkan asam keping. Kacau sekali-sekala.Masukkan gula,budu dan garam. Masak sampai kuah pekat dan pecah minyak. Rasanya mesti masam, manis dan masin.

*kalau nak tumispun boleh. Caranya; Tumiskan semua bahan mesin hingga garing. Masukkan santan, asam keping, garam/budu dan gula. Masak hingga pekat.


Sayur Ulam

Bahan-bahannya yang boleh digunakan;
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun kesum
Daun kunyit muda
Taugeh
Daun selasih

Hiris halus-halus dan gaul bersama.


Air Lada (jika suka)

10 biji cili padi merah
Cuka
gula
garam
Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan dibancuh dengan cuka.

Budu
 Perahkan limau nipis serta patah2kan cili api ke dalam budu.


Nasi

Boleh memasak nasi biasa.
Boleh masak nasi warna biru( gunakan pewarna atau bunga nasi kerabu/telang)
Boleh masak nasi berwarna kuning guna kunyit.

Semalam Cik Wan guna bunga telang yang banyak berkembang dalam pasu di halaman rumah. Bunga Telang dibubuh begitu sahaja ke dalam besar untuk ditanak dan Cik Wan masukkan juga sehelai daun limau purut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...