Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Friday, 11 September 2015
Kek Mentega yang gebus gebas..
Sudah lama Cik Wan tak buat kek..sejak Alis dan Aifaa tiada di rumah. Tapi Cik Wan buat juga sebab Mr A tak berapa boleh makan kudapan yang keras2 kerana giginya masih dalam rawatan. Bahan dah ada, apa lagi..Cik Wan sekodeng blog kegemaran iaitu Kak Azie dan wallaaa.... siap kek mentega yang mabeles ini. Terima kasih kak Azie.
Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250g mentega - saya guna jenama Buttercup
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Cara cara:
1. Panaskan oven.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung.
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba ye...
Wednesday, 9 September 2015
Ikan Singgang Tradisional Kelantan
Assalamualaikum. Ini resepi ikan singgang paling mudah di dunia hahaha...apa tak mudahnya..ketuk2 campak2 jer ..dah siap. Macam2 versi ikan singgang ni..tapi yang ini versi Cikgu Wan. Setakat ni, siapa2 yang pernah makan kata ikan singgang ni sedap. Alhamdulillah. Perfect practice makes perfect hehehe betul dak? Jom, tengok bahannya.
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan tongkol- basuh dengan cuka dan siram bersih.
1 labu bawang putih-ketuk je dan buang kulit.
1 inci lengkuas
4-5 keping asam gelugor/asam keping bergantung pada saiz.
2 inci nise/gula melaka
Garam secukupnya.
Lada hijau solok secukupnya- boleh letak cili api juga
Bendir jika suka
*serai tidak dibubuh dalam singgang kelate
*tapi kunyit dan halia ada yang suka bubuh like my mum always do..awet muda katanya hehe.
Cara-caranya:
- Masukkan ikan dan air secukupnya ke dalam periuk- biar tenggelam ikannya.
- Masukkan bawang putih, lengkuas, cili dan asam.
- Masukkan terus gula nise/gula melaka dan garam.
- Masak dengan api perlahan dalam 20 minit. Tambah air jika kuahnya berkurang.
- Bila hampir ditutup apinya, boleh masukkan bendir. Siap.
Makanlah dengan nasi panas bersama ulam dan budu ataupun sambal belacan.
Beware!!!!! amaran keras kepada sesiapa yang sedang diet...anda dilarang masak singgang ni kerana sudah pasti anda akan bertambah2 nasi hehehehehe...
Tuesday, 8 September 2015
Kuzi Ayam Istimewa Sekali.
Kuzi Ayam kegemaran Cik Wan dan Mr A...kali ni Cik Wan makan dengan Nasi Ganja kegilaan sekarang hehehe, memang sedap nasinya patutlah sangat popular.
Kali ni Cik Wan sempat ambil gambar untuk tunjukkan step by step cara membuat kuzi ayam ni. Resepinya dah ada kat bawah ye..boleh rujuk.
| Bahan untuk perap ayam. |
| Ayam yang sedang diperap. Cik Wan perap sejam dua dalam peti sejuk. |
| Untuk bawang goreng...sebab ayam sebelah saja, cikwan guna 15 ulas bawang. Kalau seekor, guna 30 ulas. |
| Gajus, kismis, rempah kuzi dan badam. |
| Langkash pertama memasak: goreng bawang. |
| Goreng kismis, diikuti dengan badam dan gajus. |
| Siap digoreng. |
| Baru goreng ayamnya. |
| Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak dam masukkan minyak sapi. |
| Tumiskan bawang besar dan bawang putih yg dimayang. |
| Masukkan rempah kuzi, air, susu cair, sos tomato, garam dan gula melaka. Kacau. |
| Masukkan ayam, semua bahan goreng dan kacau sebati. |
| Kacau hingga pekat..Siaappppp !! |
Selamat mencuba ye...
Bahan-bahannya;
Sediakan ayam dahulu
2 ulas bawang putih-diblend
1/2 inci halia-diblend
2 batang serai-diblend
Sedikit garam
Perap ayam dengan bahan yang telah diblend serta garam sekurang-kurangnya satu jam.
Bahan tumis:
1 labu bawang besar-mayang
1 ulas bawang putih -mayang
1 sudu minyak sapi
Bahan rempah:
30 ulas bawang merah-dimayang halus dan digoreng hingga garing. Hancurkan- saya tak hancurkan
1 cawan campuran kismis dan gajus/badam- saya tambah dan saya guna kedua2 badam dan gajus.
1 sudu besar (mumbung) rempah kuzi
5 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair.
1/2 cawan air
Garam
Gula melaka
Cara-caranya;
- Sediakan kuali dan panaskan minyak.
- Mula2 goreng bawang hingga garing/brown- hati2 jangan hangus.
- Keluarkan bawang, goreng kacang sebentar.
- Keluarkan kacang, goreng kismis dan keluarkan.
- Menggunakan kuali yang sama, goreng ayam separuh masak. Angkat keluar.
- Masih menggunakan minyak dan kuali yang sama, tambahkan minyak sapi
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dimayang.
- Masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan air (tidak perlu lama2)
- Masukkan susu cair dan air.
- Masukkan sos tomato, bawang goreng, ayam, kismis, gajus/badam, garam dan gula melaka secukupnya.
- Masak hingga kuahnya pekat. Siap!
Jungle Trekking Air Terjun Hulu Perdik
Pertama kali dalam hidup Cik Wan..mendaki bukit walaupun sebenarnya Cik Wan sangat meminati aktiviti lasak seperti ini. Banyak dah program yang dianjurkan oleh pihak sekolah tetapi Cik Wan tak pernah berkesempatan..kadang2 waktu pregnant, kadang2 cuti ke tempat lain..jadi sentiasa terlepas!
Kali ini, selepas melakukan aktiviti explorace di Paya Indah Wetland, Dengkil pada 22 Ogos lepas, Cik Wan sertai pula aktiviti jungle trekking ke Air Terjun Hulu Perdik, Hulu Langat!!!
Perjalanan 2.5km ke air terjun dan mendaki bukit menggunakan denai2 kecil laluan yang digunakan oleh pencari buluh dan rotan memang mencabar Cik Wan. Maklumlah dan berusia dan badanpun berisi hehehe. Semasa kami mendaki ada pelajar2 MRSM membuat aktiviti yang sama. Huhh budak2 tu senang jer mendaki..
Bagi Cik Wan, bagi orang yang biasa mendaki, jungle trekking ke Hulu Perdik ni boleh dikira senang, cuma jalannya sahaja yang agak sukar kerana jalan yang belum diterokai sepenuhnya lagi. Terpaksa melalui 3 anak sungai dan juga bahagian mendaki yang agak curam.
Cik Wan dan kawan2 (geng makcik2 :)) mengambil masa dalam 50 minit ke 1 jam untuk sampai ke Air Terjun. Wahhhhhh..... memang berbaloi2 peluh yang mencurah keluar..sampai je ke atas..terbentang pemandangan air terjun yang sangat cantik!!!
Sampai je kami ke air terjun...apa lagi! macam itik jumpa air la..kami cikgu2 perempuan mandi tak hingat dunia hehehe..hinggakan cikgu2 lelaki tak berani nak masuk dekat hahah..depa tengok dari jauh jer..malu agaknya hahahaha. Gambar kami mandi-manda tak dapat Cik Wan nak upload kat sini..sensored!!!! hahaha.
Hampir satu jam mandi, barulah kami turun ke bawah dan dihidangkan dengan nasi goreng serta ayam bbq. Ada cikgu2 perempuan yang tak ikut mendaki tetapi hanya berada di kawasan berkelah di kaki bukit. Merekalah yang memasak dan menyediakan hidangan tengah hari. Bila makan dalam keadaan letih dan gembira, semuanya jadi sedap dan menyelerakan..terima kasih kawan-kawan...
#kena gigit pacat
#ada yg nampak benda asing
#ada bau binatang liar
Untuk melihat gambar-gambar dan membaca dengan lebih menarik cerita ekspedisi kami sila ke blog Cikgu Zaiham atau Leader ekspedisi kami di SINI. Terima kasih ZAiham..lenkali buat program lagi ye hehe
Next trip....Krabiiiii...in sya Allah..jumpa lagi kawan :)
Wednesday, 2 September 2015
Kek Pisang Mudah Mabeles
Assalamualaikum... jumpa lagi setelah sekian lama bercuti. Resepi kek pisang ni saya belajar daripada Kak Jamayah atau Kak Jam CC di SMK Seri Mulia pada tahun 2004. Saya gunakan hingga sekarang sebab resepi keknya yang mudah tapi sangat gebu dan sedap sekali. Terima kasih kak Jam atas perkongsian resepi ni. Jom, tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 cawan pisang dilenyek hancur- Cik Wan guna pisang Rastali
1 cawan mentega/margarin- Cik Wan guna margarin
1 camca penuh soda bikarbonart
Sedikit esen vanilla
Cara-caranya:
- Putar/pukul hingga kembang mentega dan gula.
- Setelah kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
- Tapiskan tepung gandum dengan soda bikarbonart..masukkan dalam adunan mentega tadi.
- Kaup balik atau putarkan lembut hingga sebati.
- Masukkan pisang lenyek. Kacau lembut hingga rata. Siap.
- Alaskan bekas pembakar dengan kertas minyak.
- Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar dan taburkan kacang jika suka.
- Bakar menggunakan suhu 160-170 selama 45 minit hingga 1 jam.
- Cucuk kek dengan lidi sate, jika keluar bersih, kek dah masak. Sejukkan sebelum dipotong.
Nota: Untuk gambar kek di atas, Cik Wan menggunakan sukatan 2 kali ganda daripad resepi asal.
Sunday, 23 August 2015
Roti Goreng Kacang Merah Kelantan
Roti goreng sahaja untuk sarapan hari ini..mudah dan anak-anakpun suka. Cik Wan sharekan balik resepinya dan Cik Wan sedekahkan resepi ni untuk siapa-siapa yang nak berniaga..ini memang resepi yang digunakan oleh keluarga Mr A untuk berniaga sejak berpuluh tahun dulu. Semoga murah rezeki dan berkat juga hasilnya. Untuk yang nak buat bagi hidangan keluarga, selamat mencuba. Boleh pelbagaikan inti mengikut kesukaan anak-anak. Ada sahabat kita yang gunakan resepi ni dengan inti nutella..katanya sangat sedap sekali. Selamat mencuba..:)
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
1 cawan gula*
1 paket yis mauripan* (bancuh yis dengan gula tadi bersama dengan 1 cawan air suam kuku hingga berbuih)
4 sudu margarine- semalam saya guna butter, gebu jugak
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air dan sedikit pewarna kuning)
Air secukupnya jika perlu (bancuhan yis dan soda tadi sudah 2 cawan air)
Inti kacang merah- saya beli yang ready made.
Cara-caranya.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- Biarkan doh naik 2 kali ganda.
- Uli/tumbuk sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
- Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)
- Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh)
- Susun dalam dulang/loyang yang telah ditabur sedikit tepung untuk elakkan melekat.
- Panaskan minyak.
- Sebelum menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.
Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.
Sunday, 9 August 2015
Cuti-cuti Raya
Assalamualaikum..
Lama sungguh Cik Wan cuti berblog..hampir sebulan juga.
Memang tak layak nak panggil blogger ni hahaha.
Macam-macam peristiwa berlaku yang menyebabkan Cik Wan cuti lama.
Belum terlambat rasanya untuk Cik Wan mengucapkan Selamat Hari Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Cik Wan minta maaf jika ada tersalah bicara tersilap tulis dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca semua kerana sudi dan selalu singgah di blog ini.
Hari ni Cik Wan tak postkan gambar makanan, cuma gambar2 anak-anak murid yang datang beraya Jumaat lepas. Cik Wan masak nasi lemak, spagheti bolognaise dan Cik Wan oder sahaja kek, popiah rangup dan juga buah-buahan. Tak mampu nak masak banyak2 sebab Cik Wan seorang sahaja tenaga kerjanya tambahan sibuk pula dengan kerja sekolah minggu ni. Minggu depan ada pemantau akan datang dan Cik Wan juga sibuk dengan persediaan budak2 nak mengadap peperiksaan percubaan SPM bermula 1 September nanti.
Jom ..layan ganbar sahaja sekeping dua......
Lama sungguh Cik Wan cuti berblog..hampir sebulan juga.
Memang tak layak nak panggil blogger ni hahaha.
Macam-macam peristiwa berlaku yang menyebabkan Cik Wan cuti lama.
Belum terlambat rasanya untuk Cik Wan mengucapkan Selamat Hari Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Cik Wan minta maaf jika ada tersalah bicara tersilap tulis dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca semua kerana sudi dan selalu singgah di blog ini.
Hari ni Cik Wan tak postkan gambar makanan, cuma gambar2 anak-anak murid yang datang beraya Jumaat lepas. Cik Wan masak nasi lemak, spagheti bolognaise dan Cik Wan oder sahaja kek, popiah rangup dan juga buah-buahan. Tak mampu nak masak banyak2 sebab Cik Wan seorang sahaja tenaga kerjanya tambahan sibuk pula dengan kerja sekolah minggu ni. Minggu depan ada pemantau akan datang dan Cik Wan juga sibuk dengan persediaan budak2 nak mengadap peperiksaan percubaan SPM bermula 1 September nanti.
Jom ..layan ganbar sahaja sekeping dua......
Subscribe to:
Posts (Atom)

















