Alhamdulillah, Cik Wan berbuka dengan Siakap Kukus Limau Nipis yang diminta oleh Zikry sejak semalam. Ramadan pertama berbuka dengan hidangan Siakap Raad Prik. Sengaja masak makanan kegemaran anak-anak supaya mereka bersemangat untuk berpuasa dan berselera semasa berbuka. Jom tengok bahan-bahan yang mudah ni. Resepi ini simple sahaja, tak banyak bahan dan flavour. Sesuai untuk budak-budak dan juga rasanya yang fresh.
Bahan-bahannya;
1 ekor ikan siakap -dilumur dengan garam dan lada putih/lada sulah.Perap seketika.
Bahan kuah :
1 cawan air atau lebih jika sukakan kuah yang banyak.
4 biji limau nipis ambik airnya-bergantung kepada saiznya.
5 ulas bawang putih dimayang nipis
1 inci halia dimayang nipis
1 kiub ikan bilis
2 biji cili api dipotong kasar- boleh tambah jika suka pedas
daun ketumbar
garam- Cik Wan guna sos ikan
gula-Cik Wan guna gula somtam
Masukkan semua bahan ke dalam periuk- panaskan sekejap. Rasakan. Pastikan masam lebih, manis dan masin secukupnya.
Cara menyediakannya;
- Kukus ikan hingga masak- dalam 10-15 minit menggunakan api besar.
- Bila dah masak, tuangkan kuah yang siap dimasak ke atas ikan.
- Hiaskan dengan hirisan limau nipis dan daun ketumbar.
- Hidangkan.Slurppp!!! hehehe.
Selamat mencuba...happy iftar semua