Saturday, 1 September 2012

Apam Bakar Kelate

Sebenarnya pagi tadi nak goreng jemput-jemput pisang untuk sarapan, bila mengenangkan cik abe tengah teruk kolestrol sekarang saya ubah jadi apam bakar..tak tahulah rendah ke tidak kandungan kolestrolnya..tapi sekurang-kurangnya kuranglah minyaknya..hehehe

Ni resepi apam bakar versi saya...versi lain saya tak tahu..hihihi

Bahan-bahannya;

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 -2 keping gula melaka dicairkan (tadi guna air gula melaka lebih kueh lopes jiran bagi semalam je..hehehe..ekonomi)
Sedikit gula-kalau suka
Sedikit garam
1/2 peket yis mauripan
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
2 inci lengkuas ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air dan ditapis.
6 biji pisang emas masak dilenyek (zaman dulu kita guna pisang kapas..lagi sedap)
Sedikit air untuk membancuh

Cara-caranya;
Bancuh semua bahan diatas dengan air. Adunannya hampir sama pekat dengan bancuhan untuk buat penkek/lempeng. Perap dalam sejam dua. Bakar dan hidangkan dengan kelapa parut. Siap..



p/s; kalau nak sedap masukkan tapai sikit (tak kiralah tapai ubi ke tapai beras ke...tadi saya tak masukkan pun..sedap jugak..mungkin sebab pisang lenyek tu dah memang ada rasa masam manis kot)

Aduhhh...bila dah masak, anak-anak menjerit..mamaaaaaa...kami tak makan niiii....!!! ish..ish bebudak sekarang ni..mana nak appreciate masakan klasik kelate ni...hampeh...kenalah mamanya masakkan sarapan lain untuk depa...sabor je lah...
Semua sengih bila mama masak ni...
 



Friday, 31 August 2012

Kek Batik


Satu lagi resepi mudah, pindahkan dari FB sendiri tadi...senang sikit kengkawan nak tengok kan?

Bahan-bahannya:

1 cawan susu pekat
2 cawan milo
1 cawan butter
1 cawan nestum
1 sudu esen vanilla
1 sudu koko
3 biji telor
saya masukkan sedikit serbuk nescaffe untuk kelainan...hihi
1 bungkus biskut marie (patah 4)

Cara-cara memasak;

Satukan semua bahan kecuali nestum dan biskut marie.
Kacau atas api...bila dah sebati masukkan nestum. Agak-agak nestum dah masak, masukkan biskut marie...kacau hingga rata. Masukkan@ tuang dalam bekas.

Sebelum tu, alaskan bekas dengan plastik (cling plastic pun boleh).Masukkan adunan biskut hingga habis. Gunakan plastik lain, alas bahagian atas adunan. Gunakan kain untuk tekan-tekan adunan hingga padat dan rata. Sejukkan. Alas plastik ni akan menyenangkan masa nak menekan padat dan masa nak potong nanti....selamat mencuba yer..

Ikan Singgang

Alamak!!! ike singgang?...hahahaha...dah tak ada resepi lain ke nak post...hahaha...semua orang tahu masak resepi ni?..betul tak?

Tak apalah....ike singgang ni bagus untuk sesiapa yang tengah berdiet, tengah dalam pantang untuk turunkan kolestrol ataupun pantang sakit yang lain...cuma kalau pantang sebab luka tu..tak bolehlah guna ikan aye @ tongkol...gunalah ikan yang tidak berbisa atau beri mudarat. Saya pulak kalau tengah pantang diet memang tak boleh masak lauk ni...bukan apa, sedar tak sedar dah bertambah-tambah nasi pulak..apatah lagi kalau ada ulam-ulam..walamakkk..hancusss dietku..

Ikan yang selalu saya gunakan untuk singgang ialah ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan merah..dan kadang-kadang ikan selar kuning...kalau kembung pula yang kecil-kecil cinoni tu...wahhh sedap betul kalau singgang. Resepi ni berbeza cara masak dan bahannya mengikut kebiasaan masing-masing tapi bahan asas ialah bawang putih, lengkuas dan asam keping. Kalau mek saya yang masak dia akan masukkan sedikit halia dan kunyit, tapi masa mula-mula kawin dulu saya buatkan ikan singgang versi ni hubby kurang sedikit sedangkan ikan singgang ni kegemaran dia.

Balik kampung mentua, suruh dia ajarkan cara masak yang dia biasa buat..hehehehe..dengan suka hati dia tunjukkan dan lepas tu..beresss...dah lulus...hahaha, even mekpun dah sukakan cara saya menyinggang ikan ni...tambahan lagi kalau kepala ikan tenggiri...waduuhhh..terangkat!! Banyak pula sembang..jomlah..ini resepinya..

Bahan-bahannya;

Seekor ikan tongkol (potong nipis, basuh dan rendamkan dalam air asam jawa/cuka sebentar, toskan)
10 ulas bawang putih- ketuk untuk pecahkan sahaja, nak hiris pun boleh
5 ulas bawang merah dihiris- kadang-kadang saya tak letakpun.
2 inci lengkuas, dihiris nipis.
3 biji cili besar/cili api/cili keringpun boleh
3 biji bendi- kalau suka
5-6 potongan nipis timun- kalau suka
3-4 keping asam keping/gelugor

untuk perasanya:
Sedikit garam (siapa yang suka boleh tambahkan dengan sedikit budu..jangan cakap..eeeeeee!!! belum cuba belum tahu ye..heheh)
Sedikit gula- paling best gunakan gula nise @ gula kabung @ gula melaka
Secubit ajinomoto-bagi sesiapa yang gunalah

Cara-caranya:

Masukkan ikan dalam periuk
Masukkan air untuk kuah secukupnya (Biasanya saya lebihkan air sebab nanti kuah akan kering sedikit bila direbus lama)
Masukkan semua bahan termasuk bahan perasa sekaligus kecuali bendi (kalau guna bendi, kena masukkan bila masa hampir diangkat)

Letakkan di atas api yang perlahan dan biarkan singgang masak dengan rasanya sudah mesra (masin, manis, masam) agak-agak dalam 20 minit adalah...jangan sampai kuah kering sudahlah ...hehehe
Siap!!

Singgang ni boleh dihidang bersama ulam-ulaman dan budu, ikan masin goreng dan nasi panas-panas.
Selamat mencuba bagi yang belum biasa dan yang dah biasa dan terrer tu..jom kita layan ikan singgang hari ni..byeee!!

Sunday, 26 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Gambar ambik kat sini, cantik pulak tengok suasana kampung cik abe warna hitam putih..macam dolu-dolu gitu..

Salam Aidilfitri semua, maaf zahir dan batin...baru berkesempatan mengupdate blog ni...hampir seminggu tak menjeguk, nasib baik tak bersawang..maklumlah sibuk beraya ditambah internet pulak slow mengalahkan siput...mana ada can nak berblog..

Tahun ni giliran beraya di kampung cik abe..nun di Tumpat sana...masih kekal dengan suasana desa sama ada suasana persekitarannya mahupun hubungan sesama ahli masyarakatnya..adat tolong menolong dan ziarah menziarahi masih tebal diamalkan di sini. Cuti hampir seminggu digilirkan seoptimumnya di antara rumah saya dan rumah cik abe..hehehe...ni untung kawin orang senegeri...hihihi...tak sampai 30 minit perjalanan di antara kedua-dua rumah..

Penat sungguh rasanya raya ni..memasak untuk kedua-dua rumah memang menguji kekuatan fizikal dan mental (huhuhu...masakpun pakai mental...you all apa tahu?..hahah) masak nasi minyak..5 kilo rumah MIL hari raya pertama dan 5 kilo rumah Mek hari raya kedua..10 kg beras semuanya...berlaukkan ayam kurma, kari daging, acar jelatah dan pelengkap tongkol kicap kegemaran semua...nasib baik rumah MIL masak bersama-sama dengan makcik dan rumah mek dibantu oleh anak-anak dara dan mak dara...ringan sikit kerja...thanks all....tapi yang pasti saya dan suami naik muak tengok nasi hujan panas tu..kami cari nasi putih dengan ulam dan budu jer..hahaha

Alhamdulillah, hari raya tahun ni berlalu penuh kegembiraan...sedikit sebanyak skandal??? tu tak menjejaskan perasaan dan kebahagiaan kami semua...insyaAllah..semoga semua yang terlibat mendapat rahmat dan hidayah serta keampunan dari Allah SWT...amin.

Oklah..lepas ni saya akan kongsikan lagi resepi-resepi kegemaran terutama warisan keluarga saya yang jarang-jarang dilihat sekarang ni dan ramai yang tidak tahu membuatnya...insyaAllah..Selamat Hari Raya sekali lagi dan maafkan saya jika ada tersilap tulis dan terkasar bahasa...byeee...

 

Sunday, 12 August 2012

Butir Nangka @ Pengat Biji Nangka

Banyak kenangan betul menu dessert ni...terkenangkan arwah Mok (nenek) yang mengajarkan dan memperkenalkan masakan ni puluhan tahun yang lalu..Al-Fatihah untuknya..

Saya cukup tak suka bila arwah masak Butir Nangka ni..maklumlah zaman dulu punya stail, butirnya besar..memang sebesar biji nangka betul...apa lagi hampir mati saya dek terlekat kuih ni..huh, tobat tak makan lagi dah...tapi saya sukakan kuahnya...lemak manis...sedappp. Teringat masa tu, dah niat dalam hati..kalau aku masak sendiri, aku akan buat kecil-kecil cinoni je...hahahaha..memang dah inovatif masa tu...

Tapi kali pertama masak sendiri kuih ni pun penuh nostalgia..hahahaha...seperiuk buang kat perdu pisang...hampehhhh..
Saya cuba memasaknya sendiri masa berumur 14 tahun..nampak ada sepeket tepung beras, apalagi senyap-senyap buat sendiri...dah siap..alamak..kenapa keras je ni?...kakak saya datang mengetest..aiikkk kenapa keras...???...Cek punya cek...alamakkkk...tepung beras lah...bukan tepung beras pulut..huhuhu..apalagi, seperiuk la buang..sape nak makan?

Butir Nangka kat atas ni adalah hasil bantuan anak kedua saya Nur 'Aifaa..harap-harap dia dapat mewarisi bakat memasak nenek moyangnya...minatttt sangat memasak budak ni...

Okaylah...kita tengok bahan-bahannya;

1/2 peket tepung beras pulut.
1 sudu kecil air kapur
Air daun pandan, pewarna merah dan kuning
1 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 biji kelapa ambil santan
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan gula (ikut sesuai ye..masukkan sikit-sikit)
Sedikit garam.

Untuk butirnya;
Masukkan tepung dalam mangkuk. Masukkan air kapur dulu...uli. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut (boleh rujuk gambar onde-onde) untuk lihat tepung yang siap diuli..sama je)
Dah lembut dan boleh digentel, bahagikan kepada tiga bahagian. Masukkan pewarna hijau, merah dan kuning untuk setiap bahagian.Siap untuk digentel/butirkan. Rehatkan adunan untuk membuat kuahnya.

Buat kuah dahulu.

Kacau santan atas dapur dan masukkan daun pandan, garam, gula dan halba. Bila dah menggelegak, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan. Kecilkan api dan tunggu untuk dimasukkan butir nangkanya.

Memasak butirnya;
Panaskan air rebusan (sama macam merebus onde-onde). Gentelkan biji nangka..bulat-bulatkan dan gentel memanjang sikit untuk dapatkan bentuk bujur (oblong). Masukkan dalam air rebusan..dah terapung, angkat, toskan dan masukkan terus ke dalam kuah tadi. Buat sampai habis...siap...!!

NOTA;

-Ada orang kata boleh gentel dan masukkan terus ke dalam kuah..butirnya akan masak juga. TAPI saya tak pernah cuba cara tu..terpulanglah..mana satu cara yang nak diikut...saya rasa kalau butirnya kecil, memang boleh kot...hehehe..cubalah ye..
- Ada orang tidak sukakan bau halba dan tak dimasukkan..boleh ajaaa..kita yang nak makan kan?
- ada orang gantikan halba dengan halia...pun boleh...hehehe
# yang penting kita mesti mahu rajin untuk ke dapur...baru boleh try..selamat memasak ye..

Siakap Tiga Rasa

Maaflah gambar tak cantik..hehehe, biasalah ambil gambar lama ni..dah ada dalam FB, upload sajalah...bolehkannn?
Sebenarnya sayapun dah konpius mana satu tiga rasa dan mana satu sweetsour..apa bezanya?..mintak sesiapa yang tahu tolong terangkan kepada kita semuakan..yang saya tahu kedua-duanya ada rasa masam, masin dan manis...hahahah
Resepi hari ini saya dah ubah suai ikut kesesuaian tekak sendiri dan juga anak-anak..hahahah, tak kisahlah, yang penting sedap..kalau tak, segan juga nak share kat sinikan...hehehe, kalau sesiapa nak mencuba, silakan ye..

Bahan-bahannya;
1 ekor siakap dibelah tak putus. Bersihkan dan perapkan dengan garam dan lada sulah. Masa nak menggoreng, taburkan sedikit tepung jagung untuk garing.

Sosnya;
5 ulas bawang merah-mesin
3 ulas bawang putih-mesin
1 inci halia-mesin
5 biji cili kering-mesin@ 2 sudu serbuk cili
3 sudu @ lebih sos cili/sos cili Thai
2 sudu sos tiram
1/2 tin nenas kiub/keping (termasuk jusnya sebagai ganti sos tomato)
Garam dan gula (Jika perlu-sebab sos yang digunakan sudah masin dan manis serta ikan juga sudah masin)
Cili merah dan daun ketumbar sebagai hiasan.

Cara-caranya;
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang dimesin hingga terbit  minyak. Masukkan sos cili, sos tiram. Garam dan gula. Kacau.
Masukkan jus nenas dalam tin tadi dan perisakan. Biar ada masin, manis dan masam. Jika kurang masam, masukkan air asam jawa sedikit. Masukkan nenas kiub yang dipotong kecil. Siap.

Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng dan hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar..done!!!

Selamat memasak..

Daging dan Hati Masak Lada Hitam @Blackpepper Beef

Salam...
Senang je masak lauk ni..boleh disiapkan awal bahan-bahannya dan goreng masa sahur nanti...makan panas-panas...uiihhh, bertambah-tambah nasi anak-anak makan.

Bahan-bahannya ialah;
1/2 kg daging, nak campur dengan hatipun best, nak buat satu-satupun best..paling bagus gunakan batang pinang/tenderloin..sekejap je masak..
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu air asam jawa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng.
Sedikit kicap manis- terpulang berapa sudu..kalau suka hitam, masukkan lebih
Kacang panjang, cili merah dan hijau, bawang besar dipotong .

Cara memasaknya;
Tumbuk/mesinkan bawang dan lada hitam. Masukkannya ke dalam daging yang telah dipotong nipis dan dibersihkan.
Gaulkan sebati bersama sos tiram dan kicap. Perap. Kalau buat untuk sahur, perap dalam peti sejuk. Kalau untuk makan la ni...perap sekejap je dan tak payah masuk peti sejuk.
Masukkan daging yang diperap tadi dalam kuali dan masukkan secawan air.
Kacau perlahan-lahan hingga air hampir kering atau daging empuk.
Masukkan minyak masak dan kacau goreng daging sebentar.
Masukkan air asam jawa dan garam jika masih perlu.
Bila hampir nak diangkat, masukkan bahan sayurnya. Kacau sebentar...done!!!
Ringkas dan mudah kan?
Selamat mencuba..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...