Wednesday 25 July 2012

Ayam Goreng Telor Masin

Ini menu hari ke dua Ramadhan..yang saya padankan dengan tomyam campur serta kailan goreng belacan. Masa pergi ke Vietnam bulan Mei lepas, makan masakan ini di sebuah restoran Muslim di sana..apalagi..bila balik ke Malaysia, saya godek-godekkanlah resepinya...maka terhasillah resepi rekaan dan inovasi sendiri..hehehe maklumlah nak tanya kat tukang masak restoran tu seganlah pulak...hehehe

Bahan-bahannya;

Sebelah ayam dipotong kecil.
Perap ayam dengan:
2 ulas bawang putih tumbuk
Sedikit halia tumbuk
Sesudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
Sedikit garam

Bahan salut:
2 biji telor masin (ambil kuningnya sahaja dan lenyek hancur)
2 bijio telor ayam (ambil kuning sahaja, pukul dengan garfu)
2 sudu butter + sesudu minyak masak
Sedikit daun kari
Sedikit cili padi potong

Cara-cara:
Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.

Di dalam kuali lain, panaskan butter dan minyak.
Bila butter dah cair, masukkan daun kari dan cili potong. Kacau.
Masukkan telor kuning segar.
Kacau tanpa henti diikuti dengan telor masin.
Bila sudah berjurai dan berbuih, masukkan ayam goreng dan kacau rata cepat-cepat.
Siap.


Gaya masaknya ala-ala butter prawn, tapi untuk ayam ni saya tidak masukkan susu segar. Selamat mencuba ye...


Wallaaa...!!!

3 comments:

  1. Ayam goreng telur masin ni menu kesukaan Azrinaz Mazhar Hakim..pernah terbaca cerita dia mengidam masakan ni masa ngandung anak Sultan Brunei dulu..

    ReplyDelete
  2. Wah... wah...wah... gitu ke? Nampaknya kena polish lagila menu ni... menu diraja nihhhh!!!

    ReplyDelete
  3. Ngancam nie..menu kegemaran semua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...