Sunday 10 November 2013

Cek Mek Molek


Sedap makan cek mek ni panas-panas...hendaknya kalau di luar rumah hujan mencurah-curah..alahaii...nostalgia macam dok di kampung kecik-kecik dulu.

Masalahnya bila nak kongsi resepi ni agak payah. Maklumlah masa buat main campak-campak dan agak-agak saja tak terfikir nak sukat. Tapi tak apalah, saya bagi tips macam mana nak buatnya saja. In sya Allah, kalau ikut akan jadi.

Buat cekmek ni walau mudah, silap langkah kadang-kadang hasilnya tidak begitu sedap dan pernah juga tidak menjadi. Masa buat cekmek dengan arwah nenek dulu, ubi kampung memang lembut dan manis. Kami tumbuk gunakan lesung batu sebelum digaul tepung. Sekarang saya lenyek pakai potato masher je hehe.

Pemilihan ubi juga penting. Di bandar ni ubi keledek lagi senang nak dapat. Ubi yang baik untuk cekmek ialah yang masih baru supaya uratnya tidak keras dan banyak. Ubi paling sedap ialah yang isinya berwarna oren atau purple. Kalau gunakan yang isinya berwarna putih, rasanya kurang manis sedikit.

Bahan-bahannya;
Beberapa ketul ubi keledek direbus tanpa buang kulit dengan sedikit garam.
Beberapa sudu besar tepung gandum.
Gula putih.

Cara-caranya;
  1. Rebus ubi hingga benar-benar empuk. (Cucuk dengan garfu boleh masuk dalam ubi dengan mudah)
  2. Toskan ubi. Biar sejuk sedikit dan buang kulitnya.
  3. Lenyek/hancurkan ubi. Buang urat kalau ada.
  4. Masukkan tepung sudu demi sudu sambil diuli.
  5. Pastikan adunan lembut (lebih banyak ubi dari tepung).
  6. Agak-agak doh dah boleh dibentuk, jangan masukkan tepung lagi.
  7. Bentukkan bulat-bulat. Ambil satu, leperkan dan masukkan satu sudu kecil gula. 
  8. Tutup elok-elok dan bentukkan seperti biasa.
  9. Cekmek ini perlu digoreng terus untuk mengelakkan air gula keluar. (maksudnya kalau hendak disimpan atau dibuat awal, simpan doh sahaja, bukan cekmek yang dah di bubuh gula)
  10. Goreng hingga warnanya perang gelap. Siap.
*saya pernah mengupas dulu kulit ubi sebelum direbus (macam nak buat mash potato), tapi cekmek saya tak menjadi.
*cekmek yang bagus ialah cekmek yang air gulanya tidak keluar semasa menggoreng.
*cekmek sedap dimakan panas-panas. Hati-hati dengan air gulanya.
Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...