Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Sunday, 10 November 2013
Kari Tongkol
Hehehe..cantik saprah sayakan? Bila makan dengan anak-anak kecik ni saya lebih suka alas dengan kertas surat khabar, senang lepas makan terus lipat buang. Alas meja dah lama tak boleh guna, sejak Zikry pandai berjalan tahun lepas. Suka sangat memanjat dan menarik alas meja, untuk lebih selamat meja makan saya akan jadi togel untuk beberapa lama lagi...sabor je lah !!!
Kari ikan ni resepi dah saya share kat SINI, walaupun selalu buat untuk makan dengan nasi dagang, keluarga saya sangat suka lauk ni dan kami makan dengan nasi putih je. Tambah dengan ulam-ulam, budu atau sambal belacan..memang bertambah-tambahlah mereka. Hehehehe..tekak masing-masinglah kan. Selamat mencuba!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment