Sudah banyak kali saya cuba masak menu ni tapi selalunya ia akan berakhir seperti mee sup sahaja. Bila saya tanyakan jawapan yang saya terima semacam je..macam tu jer..mudah jer..campak2 jer..aduhhh mungkin mereka betul2 tak tahu ataupun menganggap ianya secret recipe yang perlu dirahsiakan??? Entahlahh.
Tetapi suatu hari, memang nak jadi rezeki saya yang selalu menjelajah restoran2 yang menjual mee celup di sekitar Kelantan ni terutama di sekitar Kota Bharu, Pasir Putih dan Tumpat.....saya TERSEREMPAk..ya.!!!!..terserempak dengan tukang masak yang sedang menyediakan sup mee celup ni di sebuah restoran di tepi sawah di Tendung...unbelievable..hehehehe
Saya ke restoran tu dalam pukul 12.00. Nampak macam dah buka jadi saya dan suami masuk. Ada satu periuk besar betul2 di dalam restoran di bahagian depannya. Rupa2nya kuah sup untuk mee celup. Saya jengok nak lihat apa yang ada di dalamnya. Tak tergamak sebenarnya nak ambil gambar. Cepat2 saya jotdown dlm note hp. Selepas itu saya nampak lagi tukang masaknya memasukkan beberapa bahan tambahan ke dalam kuah sup tadi..tak tahan, saya pegi tengok depan2 tukang masak tu..habih cerita. So resepi ni kira dapat kebenaran jugaklah..hehehe. Walaupun begitu, disebabkan saya tidak melihat 100% bagaimana proses dibuat, saya terpaksa mengandaikan sahaja beberapa langkah permulaan. Alhamdulillah, dah beberapa kali buat ni hampir 90% rasanya sama dengan yang biasa makan di restoran malahan kadang2 lebih sedap daripada beberapa restoran yang pernah saya pergi.
Kawan-kawan silalah mencuba dan bolehlah dibuat alteration yang mana difikirkan sesuai dan lebih menyedapkan. Selamat mencuba..
Bahan untuk supnya;
3 ketul tulang yang ada dagingnya
Sekeping besar tapak tangan perut lembu, lebihpun tak apa- yang original ialah perut lembu muda/susu
2 peket fishball- boleh ganti dengan meatball/chikenball
4 ulas bawang putih-mayang
4 ulas bawang merah-mayang
2 inci halia-mayang
4 kuntun bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery-potong besar
1/2 batang lobak putih-potong kasar
1 batang serai-ketuk
1 pohon pokok ketumbar-ketuk akarnya
Perisa sup;
Sos ikan secukupnya
Gula kabung/gula somtam
Kicap masin
Cara-caranya;
- Panaskan minyak dalam periuk besar/dalam.
- Masukkan bawang merah, putih, halia- tumis hingga wangi.
- Masukkan rempah kasar cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis lagi.
- Masukkan tulang. Tumis hingga warna tulang sedikit brown dan semua airnya kering.
- Masukkan air secukupnya- saya guna dalam 1 1/2 jug besar air.
- Masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga pokok ketumbar. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang lembut.
- Masukkan perisanya iaitu sos ikan, gula dan kicap.
- Dah sedap rasanya boleh tutup api dan sejukkan.
- Tapiskan supnya masuk dalam periuk lain.
- Keluarkan tulang, perut dan fishball.
- Panaskan semula sup sebelum menghidang.
Bahan mee/kueh tiew/mihun;
- Kueh tiew dibasuh bersih dan ditoskan.
- Mee kuning dibasuh bersih dan ditoskan.
- Mihun dicelur sebentar dan dibilas serta ditoskan kering.
Taugeh- dibersihkan
Daun ketumbar- dipotong kasar
Kacang tanah digoreng tanpa minyak- ditumbuk kasar (saya tak letakpun)
Chili flakes secukupnya
Asam limau nipis dipotong
Cili kicap;
5-6 biji cili padi
Sedikit cuka
Sedikit kicap manis
- Campur semua bahan. Gunakan sebagai sos untuk mee celup.
Cara menghidang;
- Panaskan sup.
- Masukkan mee dalam mangkuk.
- Masukkan daging/perut dan fishball serta taugeh.
- Masukkan kuah sup ke dalam mangkuk.
- Hias dengan daun ketumbar, kacang tanah, cili flakes dan asam limau nipis.
- Masukkan sos cili kicap untuk lebih kawww!!!
Ada tak diletak kacang tanah dalam kuah tu? Rasa yang saya makan tu mcm ada kacang..tapi tak pasti..:-)
ReplyDeleteye Sai...kacang tanah yang disangrai dan tumbuk halus...tapi kwan tak buat ..hehehe
DeleteHello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 mmg suke, smua kata sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
Delete>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<
kak wan byk tuh untuk brapa org mkn yer?...
ReplyDeletebyk tuh untuk brapa org mkn...tq
ReplyDeleteKuahnya mmg banyak... tapi boleh makan berkali2. Kalau yang ini boleh makan dalam 7-8 orang dewasa...makan semangkuk mmg tak cukup hehehehe
DeleteTq sis..i pn dh cuba..mmg sdp..semangkuk mmg x cukup daa..heheee
DeleteWow..Sedapnyer..sy pun sker sgt mee celup.. nk buatlah..tq akak sbb share resepi
ReplyDeleteWow..Sedapnyer..sy pun sker sgt mee celup.. nk buatlah..tq akak sbb share resepi
ReplyDeleteByk mana nk letak kicap masin, gula kabung n sos ikan..
ReplyDeletekak za apa bahan rahsia yg menjadikannya berbeza ngan sup biasa kak? sos ikan n gula kabung tu eh?
ReplyDeleteBetul tu...sos ikan, gula kabung, daun ketumbar, dan bahan2 spt kicap masin serta lobak putih dlm supnya. Sup biasa kza guna guna rempah sup sahaja serta daun sup...kdg2 tambah serai kalau nak rasa mcm sup thai...
DeleteSalam kak.rasa sup ni mesti lebih sedap dari sup biasa tu kan hehe.salam kenal dari saya Hana Sabah.
DeleteSalam kenal juga Hana..betul tu..rasanya lebih segar dan sedap dihirup macam tu saja
DeleteAs salam..mohon halalkan yer..trima kasih..
ReplyDeletewsalam..saya halalkan...selamat mencuba ye
DeleteSalam perkenalan..wah mcm sdp je mee celup! serius xpernah rasa lagi..so blehla try buat nnti..tq sharing :)
ReplyDeleteSalam kenal juga Puan Azah...in sha Allah, memang sedap..berbaloi membuatnya :)
DeleteSalam kenal...
ReplyDeletewah seronoknye jumpa resepi mi celup...
sy pun suka sgt kuay teaw celup...^_^..
Teringat pulak mengidam masa anak 1st tak dpt makan kedai tutup tukang masak balik kg ..sedehh
saya salin resepinye ye cik wan..
Salam perkenalan juga mama iman...lps ni tak perlu sedih2 lagi ye..boleh buat sendiri, selamat mencuba, in sha Allah sedap :-)
DeleteXpnh mkn mee celop. Ada di kelantan je ye? Apabeza ngn mee sup ye? Nmpak bahsn mcm same.
ReplyDeletethanks for the recipe kak... nk masak untuk tetamu raya ke3. hihi
ReplyDeleteSedapnye nampak. Tambah2 bila duk jauh dari kelantan, lagi teringin n teringat. Y sedap nye kalau mkn dgn mi segera. Mmg tip top. Tq share resepi.
ReplyDeleteTerima kasih sdi share.. Hb owg kelantan mest kne try nie.. Urmmmm teringin lak nk mkn.. :-)
ReplyDeleteAssalam kak.. izin guna resepinya ye. Sbb sy peminat tegar bihun celup hhihi. Tq kak share resepi ni :')
ReplyDeleteIzin guna resepinya ye..tq sis
ReplyDeleteIzin pakai resepi ye..tq sis
ReplyDeleteShare ye kak..tak sabar nak buat..
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteMcm ada bnda yg sgt penting je tertggal dlm resepi tu..😅
ReplyDeleteMcm ada bnda yg sgt penting je tertggal dlm resepi tu..😅
ReplyDeleteSya dh cuba..mmg sdp sgt..ank2 mkn x cukup semangkuk..tq atas perkongsian
ReplyDeleteAlhamdulillahhh..sama2
DeleteSalam. Terberkenan dengan ayat bila ditanya cara masak, selalu org akan kata ala campak campak aje. Pastu kalo bagi resepi, tak pernah lengkap.. sedih kan
ReplyDeleteAslm. Dh lama cr resepi yg btl2 rasanya mcm dkt kedai. Suka sgt mkn ni. Tiap kali p kltn nilah menu wajib cari. Tmksh share resepi. X sbr nk cuba!
ReplyDeleteWsalam, selamat mencuba ya
DeleteTerima kasih cikgu Wan sudi share resepi ni... Saya asal Kelantan memang suka sangat makan mee celup ni tapi tak reti nak buat sendiri.. Loni dok kt nogori9 mengidam pulak nak makan..
ReplyDeleteP/s:ada kedai yang biasa saya makan mee celup ni letak ikan bilis goreng & telur masak separuh..saya suka tambah cili hijau jeruk rasa sedap sangat!
Sama2. Betul, resepi original menggunakan ikan bilis goreng sebagai hiasan tambahan. Kalau dikedai2 di kelantan memang disediakan bersama dgn ikan bilis tu. Tapi x pernah cuba pulak letak telur masak separuh, menarik juga tu
DeleteSalam akak..nak tny mana nak dapatkn sos ikan tu?ada yg dah siap dijual di kedai ke? Tq
ReplyDeletewsalam. Ada dijual di kedai2 runcit biasa. Nama Thainya Nampla Sauce. Gambar sotong kat botol, bukan gambar ikan.
DeleteKakZu penggemar Mee Celup. KakZu mohon share resipi Wan
ReplyDeleteSilakan Kak Zu
Delete