Saturday 11 October 2014

Gulai Udang Untuk Nasi Dagang Yang Sungguh enak


Pada hari raya Aidil Adha lepas, saya masak nasi dagang yang mana lauk gulai ikannya saya siapkan pada malam raya tu..tapi saya buntu cara nak memasak gulai udangnya..teringin nak masak seperti gulai yang dijual oleh arwah Mok Yoh, nenek saudara Mek..hehehe malangnya saya tidak tahu resepinya.
Apa lagi, subuh-subuh buta tu saya telefon mak saudara yang tinggal di Tanah Merah..dan dia ajarkan via telefon resepi yang katanya lebih sedap daripada resepi arwah Mok Yoh..dan memang betul..gulai ini sangat sedap sekali dan mendapat pujian tetamu yang datang. Saya kongsikan resepinya di sini...tqvm Mok Yah...baca elok2..yg tadi arwah Mok Yoh...yang ni Mok Yah..hahaha

Bahan-bahannya;

1 kg udang- saya gunakan udang laut.
1 biji kelapa- ambil santan kepekatan biasa.
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup- atau 1/2 sudu kunyit serbuk
4 biji cili kering- saya guna serbuk cili
1/2 inci halia- sikit saja tau
1/2 inci lengkuas
1/2  sudu rempah halba campur
1 sudu rempah kari ikan
2 keping asam keping
Gula
Garam

Cara-caranya;
  1. Blendkan semua bahan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili kering. 
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah halba campur sekejap. Baru tuangkan bahan mesin. 
  3. Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah kari. Kacau lagi hingga naik minyak/garing.
  4. Tuangkan santan. Masukkan asam keping, gula dan garam.
  5. Masak kuah hingga jadi separuh atau sedikit pekat.
  6. Masukkan udang dan kacau hingga menggelegak.
  7. Rasakan masin manisnya. Masak sebentar sahaja. Jangan lama sangat takut udang jadi keras.
  8. Siap.

8 comments:

  1. Saya sangka nasi dagang makan dengan gulai ikan tongkol je, rupanya udang pun boleh... alahai jakunnya saya... tq for sharing, lain kali saya nak cuba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooohhh Amie, nasi dagang dengan lauk udanglah paling sedap...dulu2 hanya nasi dagang lauk udang sawah banyak dijual di Kelantan, cuma pengaruh nasi dagang terengganu yang menggunakan ikan tongkol menyebabkan ikan tongkol lebih popular. Lagipun udang lebih mahal..selalunya untuk hidangan di rumah baru kita sediakan lauk gulai udang ni...cubalah Amie...sedap tak terkata nanti hihihi..

      Delete
  2. AsSalam Cik Wan,

    Terliur saya tgk gulai udang ni..
    Next time blh cuba..

    Thank you for sharing this recipe..

    ReplyDelete
  3. Nop try jugok la..mohon halal yo

    ReplyDelete
  4. Sedap ni gulai udang nak cuba masak.Tk share..👌🏼

    ReplyDelete
  5. Page di tulis oleh puan pada 11hb Oct tarikh lahir saya . Hari ni saya nak guna pakai gambar dan resepi gulai udang puan yea. Harap di halalkan dunia dan akhirat . Aamiin. Didoakan agar puan sentiasa diRahmati Allah s.w.t. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn...silakan. Selamat Hari Raya Maaf ZAhir Batin ya..

      Delete
    2. Mohon halal ye resepi utk sy guna

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...