Saturday 15 November 2014

Laksam comey dan sedap...



Pandai2 saja saya bertanyakan Mr A maghrib tadi.."abang nak makan laksam tak untuk breakfast esok"?
Naaakkkk!!!
Memang takde kerja cari kerja hahahaha...

Sebenarnya saya sangat teruja untuk mencuba resepi baru laksam yang diajarkan oleh Kak Cik Azizah, kawan di sekolah. Resepinya sangat menarik dan tak pernah saya jumpa sebelum ini.
Alhamdulillah...memang best!! Memang menjadi dari kukusan kali pertama lagi..cun gilerr hahaha.
Tak caya tengok gambar di bawah ni..



Cantikkan???

Terima kasih kak Zah..semoga Allah memberkati perkongsian dan semoga menjadi pahala yang berpanjangan..aminn.
Jom, kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya;

1 peket tepung beras biasa
4 cawan air sejuk
4 cawan air panas mendidih
1 cawan nasi sejuk- campur dengan 1 cawan air sejuk- blend lumat.
Secubit garam.
* bahan di atas adalah resepi asal- tapi saya tambah 1 cawan lagi air suam kerana sukakan laksam yang lembut.

Caranya;
  1. Masukkan tepung dalam bekas yang agak besar.
  2. Tambah dengan 4 cawan air sejuk. Kacau sebati.
  3. Tambahkan 4 cawan air mendidih. Kacau sebati. Masukkan garam.
  4. Masukkan nasi yang telah diblend tadi. Kacau lagi.
  5. Sedia untuk dikukus.
  6. *Jika didapati laksam agak keras, boleh tambah 1 cawan air suam. Kalau sudah lembut, tak perlu tambah. 
  7. Siap.

Untuk kuahnya:

Bahan-bahan;
2 biji kelapa parut- ambil santan kepekatan biasa
5 ekor ikan sardin segar- direbus dengan garam dan asam keping. Diambil isinya.(Nak kuah yang pekat dengan isi ikan, boleh tambah kuantiti ikannya)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih-bakar atas api gas sebentar
1/2 inci halia- bakar seperti bawang putih
1/2 sudu lada hitam- tumbuk halus dulu.
4 keping asam keping
Garam
Perasa yang digemari.
*jika suka manis, boleh letakkan gula. Saya tak letak.

Cara-caranya;
  1. Sediakan santan ke dalam periuk. Hidupkan api kecil dan kacau sekali-sekala.
  2. Sambil itu kita blend semua bahan isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.Pastikan lumat betul.
  3. Masukkan ke dalam santan.
  4. Masukkan asam keping, garam dan perasa.
  5. Kacau hingga menggelegak. Siap!.
  6. *ada orang yang blend tulang ikannya untuk rasa yang lebih manis. Sayapun sama. Tapi hasilnya kuah tidak putih melepak tetapi  agak gelap warnanya. Terpulanglah :-)

Ulam-ulam

Kacang panjang
Kubis
Taugeh
Daun kesum
Bunga kantan


Sambal lada

15 biji cili padi
1 sudu kecil garam
Tumbuk hingga lumat.

Hidanglah macam ni..






Balik kepada Mr A...tak sempat2 nak breakfast..dia  kenduri 2 mangkuk laksam walaupun dah janji tak nak makan malam ni..aduuhhh!! Hancur diet.

5 comments:

  1. Salam Puan, saya nk tnya, 1 peket tpg beras ni berapa berat dia puan? saya ni dduk bukan di msia, jd takut size nya lain puan...suami tiba2 mgidam laksam, pening kepala sbb buat slalu tak menjadi..maybe tepungnya lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Puan Farah, yang biasa Cik Wan guna ni 500 gram.

      Delete
  2. Thank you for your reply Puan, dr hari ke hari nk buat, jd nk msk2 lauk2 msia yg exotic mcm laksam ni mmg la bercinta skit..Again, thank you.

    ReplyDelete
  3. Laksam tu kene tutup tak bila kukus

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tutup, kalau tak laksam tak menggelembung tanda sudah masak

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...