Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak bersiaran. Semoga sihat selalu ya. Jom kita lihat resepi ulangan Mee Goreng Talam yang enak ni.
Bahan-bahan Mee Goreng Talam.
2 peket mee kuning
Udang
Fish cake/Fish ball
1 ikat kangkung disiang- saya gantikan dengan sawi dan kubis
1 biji cili merah besar dihiris
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah.
1/2 sudu serbuk cili
Sos cili
Kicap manis
Garam
Gula jika perlu
Cara-caranya;
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat.(kalau blend, pastikan tumis hingga airnya kering)
- Tumis bawang hingga wangi dan masukkan serbuk cili. Kacau sebentar.
- Sambil tu, basuh bersih-bersih mee dan toskan kering.
- Masukkan udang dan fishcake ke dalam tumisan. Kacau hingga udang masak.
- Masukkan sos cili.
- Masukkan sayur, sedikit garam dan kicap. Masukkan sedikit sahaja air. Kacau hingga sayur layu.
- Masukkan terus mee dan kacau rata. Rasakan meenya. Jika kurang masin boleh tambah kicap atau garam dan jika kurang manis tambahkan gula.
- Kacau sehingga bahan bergaul rata dan mee cukup masak. Mee yang dah siap agak kering.
- Hidangkan mee dengan air lada.
No comments:
Post a Comment