Friday, 20 November 2020

Ikan Percik Kelantan

 


Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, semoga sahabat dan tetamu cikwankitchen sihat dan bahagia sentiasa. Jom kita tengok resepi dan cara buat ikan percik. 

Bahan-bahannya;


6 ekor ikan kembung/mata besar-  lumurkan dan perap dengan kunyit, halia, bawang putih dan garam yang ditumbuk lumat dan bakar ikan hingga masak.


1 biji kelapa parut ambil santan pekat (saya guna 1 1/2 biji kelapa untuk kuah lebih)
5- 7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 biji cili kering
2  keping asam keping
Gula
Garam


  1. Blend semua bahan kecuali asam keping.
  2. Masukkan dalam santan.
  3. Masukkan asam, garam dan gula.
  4. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.
  5. Bila ikan sedang dibakar, sapukan sedikit kuah percik- macam kita bakar satay.
  6. Bila siap bakar, letak ikan atas pinggan hidang dan tuangkan baki kuah percik.
  7. Siap!!.

2 comments:

  1. Sedap2 semua resipi yang Cik Wan kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Amie. Ini resepi Ikan Percik zaman2 dulu. Sekarang macam2 stail Ikan Percik dah ada. Yang penting tepuk dada tanya selera kan? semua sedap2 belaka

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...