Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Thursday, 4 June 2015
Nasi Arab Mandy
Tengok gambar je malam ni hehehe...
Malam ni agak istimewa makan malamnya..bukan apa , Aifaa baru balik dari asrama kerana terlibat dengan kelas tambahan dan juga program2 lain, Alis pulak sudah hendak kembali ke Penang lusa ni..mamanya pulak hendak berbuka puasa..jadi Cik Wan masaklah nasi arab kegemaran budak2 tu. Kerja yang banyak jadi lebih ringkas dan cepat bila ada dua pembantu hehehe...lps mereka balik kami berdua makan nasi dengan budu jer hahaha.
Resepi masih lagi sama dan boleh dapatkan di SINI. Untuk resepi asal, Cik Wan gunakan limau nipis dalam salata hara dan salsa, tapi kali ni Cik Wan gunakan lemon sepenuhnya. Jujurnya, menggunakan limau nipis lebih menyelerakan dan lebih naik wanginya. Kalau tiada masalah dengan asid urik seperti yang dihadapi oleh Mr A..Cik Wan cadangkan gunakan limau nipis berbanding lemon, walaupun resepi asal Arab menggunakan lemon..tekak kita, pandai2lah kita hehehheh.
Selamat mencubaaaa !!!
Sambal Sotong Ringkas
Semalam Cik Wan ke kedai Acheh, jumpa cumi yang comel2..walau kecik harganya RM21 sekg..mahal betul sekarang ni. Tekak dah terbayang-bayang sambal sotong dengan nasi panas-panas. Jom tengok resepi mudah terlajak ni..
Bahan-bahan:
1 kg sotong- cuci bersih dan toskan.
1 mangkuk besar cili kering potong- rendam dalam air panas
2 labu bawang besar
2 ulas bawnag putih
Garam
Gula
Air asam jawa secukupnya (dalam 1 sudu besar dan bancuh dengan sedikit air)
Cara-caranya:
- Mesin lumat cili kering dan 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Letak air sedikit sahaja supaya cepat garing bila ditumis nanti.
- Panaskan minyak agak banyak, masukkan bahan mesin.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan 1 labu bawang besar yang dimayang.
- Kacau hingga sambal jadi seperti kerinting- agak lama sedikit gorengnya
- Masukkan air asam jawa.
- Rasakan agar ada masin, masam dan manis.
- Agak dah ok, masukkan sotong yang telah ditoskan.
- JANGAN masukkan air.
- Biarkan sotong keluarkan airnya sendiri.
- Goreng sekejap sahaja agak2 sotong dah masak, tutup api.
- Jika digoreng terlalu lama sotong akan jadi keras seperti plastik.
Pulut Pagi Tanak
Sarapan kegemaran Cik Wan..memang tak boleh tengok pulut tanak..memang terliur sungguh. Zaman dulu kita tanak beras pulut yang ditanam sendiri, kukur kelapa yang dipetik dari pokok....Allahuakbar..sedapnya tidak terkata.
Cik Wan masak 1/2 cawan untuk seorang makan, tapi tak habispun..anak2 masak western breakfast..mana nak layan pulut2 macam ni...rugikan depa ? heheheh
Pulut dimasak/tanak macam biasa, paling senang guna rice cooker..airnya mesti kurang..dalam 1cm daripada paras beras.
Kelapa parut putih diletak sedikit garam.
Goreng ikan masin kesukaan masing-masing..done!!!
Tuesday, 2 June 2015
Laksa Penang Lagi...
Nur Alis, kalau dia puasa..macam2 permintaannya untuk berbuka..kali ni dia mintak laksa. Kami berdua memang suka makan laksa ni, tapi tidak dengan Mr A...suka maksudnya kami akan makan berulang-ulang..daripada petang hingga ke esoknyalah...makin lama dan makin banyak kali dipanaskan kuahnya makin sedap rasanya..hahaha. Adoi !!
Resepi dan bahan masih lagi sama seperti yang Cik Wan tulis di SINI.
Bahan-bahan:
1 kg ikan selayang/sardin-direbus dengan 5 keping asam dan garam.
-isi ikan di asingkan dengan tulang dan diblend
-tulang ikan juga diblend dan tapis ambil airnya
-air rebusan ditapis dan dimasukkan dalam kuah.
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang sulur kantan
5-7 biji cili kering
20 biji cili padi-boleh tambah boleh kurang..ikut selera
3 inci belacan (boleh tambah lagi jika suka)
--- semua bahan di atas diblend hingga lumat---
1 tin ikan sardin Ayam Brand- masukkan terus bersama kuahnya tidak perlu diblend
5-7 asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto-optional
Bunga Kantan
Daum Kesum
Air secukupnya
Cara-cara;
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk yang besar- tambahkan air secukupnya dan rebus.
2. Perisakan mengikut selera.
3. Hidangkan dengan ulam timun, daun salad, daun selom, hirisan nenas, cili potong, bawang merah besar potong, asam limau kasturi dan daun mint kalau suka.
4. Ada orang suka masukkan petis dalam kuah ataupun semasa menghidang- saya tidak suka.
5. Siap!!!
Sunday, 31 May 2015
Apam Beras Asli (3)
Petang semalam Cik Wan kukus apam yang telah diperap paginya. Dah lama tapai nasi tersimpan dalam peti sejuk tu. tak sempat2 nak buat apam.
Resepi ni Cik Wan dah ceritakan asal usulnya dalam entri di SINI, bukan asal daripada Cik Wan, tapi Cik Wan belajar terus daripada tuannya. Jadi adalah mustahil untuk orang lain mempunyai resepi yang sama dengan sukatan yang sama.
Cik Wan dah berjumpa dengan orang yang sangat pandai mengolah resepi, resepi asal ni ditukar sukatan tertentu, contohnya 3 cawan tepung beras ditukar menjadi 250gram tepung beras..tapi sukatan gula dan tapai tak tukar pulak. Begitu juga dengan resepi membuat tapainya...tak tukar..sebiji2 ditiru. Orang yang meniru ni bukan sebarang orang dan resepi ni mendapat share yang sangat tinggi.
Kadang2 Cik Wan rasa macam kecewa..tapi Cik Wan pujuk hati..kembali kepada niat asal..ikhlas untuk bersedekah dalam bentuk memberikan resepi2 yang in sha Allah ..menjadi...so Cik Wan tenang balik.
Sekarang Cik Wan banyak kali juga jumpa gambar2 dan resepi Cik Wan ditiru (copy paste) dan mendapat share berpuluh ribu...Cik Wan dah tak rasa apa2 dah..alhamdulillah..semoga niat ikhlas itu berkekalan dan semoga memberi kebaikan kepada Cik Wan, orang2 yang berkongsi resepi dengan Cik Wan hingga ke akhirat..amiinnn.
Oklah..melalut pulak Cik Wan pagi2 ni..jom, tengok semula resepi yang kebabom ni :)
Tapai Nasi
Bahan-bahannya; (untuk 1 cawan tapai)
Lebih kurang 2 cawan nasi sejuk.
1/4 biji ragi- tak habis ni.
Sedikit gula.
Cara-caranya:
- Nasi sejuk diramas lembut untuk meleraikan biji nasi.
- Ratakan nasi di dalam bekas yang leper (saya guna dulang)
- Panaskan ragi- saya letakkan ragi di atas periuk nasi yang sedang dimasak. (Letak tepi api dapurpun boleh)
- Hancurkan ragi.
- Masukkan ragi ke dalam penapis teh dan goyangkan di atas nasi tadi-sekadar satu lapisan nipis serbuk ragi ke atas nasi.
- Taburkan gula- sekadar satu lapisan gula yang nipis di atas nasi.
- Kaup balikkan nasi.
- Ulang proses 5 dan 6.
- Gaul rata nasi tadi dan masukkan dalam tupperware. Tutup kemas dan simpan di tempat yg kering.
- Boleh digunakan selepas 2 hari.
Bahan untuk apam;
1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tapai nasi
1 sudu rata serbuk eno.
Kelapa parut-gaulkan dengan sedikit garam (boleh dikukus untuk tahan lebih lama)
Langkah membuatnya;
- Mesin semua bahan menggunakan blender hingga lumat kecuali eno.
- Perap 8 jam.
- 15 minit sebelum dikukus, masukkan eno. Kacau sebati.
- *acuan dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan. Kukus.
- Bila apam dah merekah, kembang boleh diangkat (Cik Wan kukus 15 minit)
- Hidang dengan kelapa parut putih.
Saturday, 30 May 2015
Roti Bakar Telur Berlapis Keju dan Sayur
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Pagi ni Cik Wan betul2 tak tahu nak masak apa..tekak macam dah tak boleh terima nasi goreng atau bihun goreng..nasi lemakpun dah makan minggu lepas. Suruh Mr A pergi beli nasi berlauk tapi tak berapa rajin pulak dia pagi ni..dok bergolek2 depan tv dengan Zikry dan Zahirah...aduuuhhh nak masak apa ye ..hehehe..sian orang perempuan ni..pagi2 dah stress hahahaha.
Nampak roti yang dah beberapa hari dibeli ..Cik Wan capai tu, capai ni...potong tu potong ni..walllaahhh...siap hehehe.
Alis memang sukalah makan benda2 macam ni, tapi abahnya kureng sikit. Tak apalah bang..jap lagi kita makan kenyang2 di kenduri aqiqah cucu kak Faridah pukul 11 nanti..Kak Faridah ni kawan sekolah Cik Wan yang ajarkan Cik Wan buat cekodok bilis istimewa hari tu.
Cik Wan sempat google untuk resepi macam ni sebelum upload dalam blog ni tadi. Rupanya sarapan seperti ini di panggil Breakfast Stratta adik beradik dengan Casserol ....wahhhh..ghupernyaaaa...tapi Cik Wan punya ni main campak2 jer..maklumlah kelate jati..mana tahu casserole merol ni hehehe. Jom tgk resepi ringkas ni..
Bahan-bahannya;
Untuk sayurnya
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cendawan kering- rendam dengan air panas dan hiris nipis
1/2 biji capsicum hijau- didadu
1 biji tomato- dipotong nipis
Beef pepperoni secukupnya- boleh ganti dengan sosej (hiris nipis)
Sedikit serbuk oregano
Garam
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Masukkan peperoni/sosej, tumis sedikit.
- Masukkan cendawan, capsicum dan tomato. Kacau
- Masukkan garam dan serbuk oregano. Siap.
- Jangan lama sangat, sebab kita nak bakar nanti.
Untuk sosnya;
1 1/2 cawan susu segar
4 biji telur
Garam
Sedikit serbuk buah pala
Serbuk lada hitam
- Satukan semua bahan.
- Pukul dengan garfu hingga sebati. Siap.
Bahan roti:
1 buku roti- potong kecil (Cik Wan rasa kalau ganti dengan makaroni lebih sedap)
Sedikit mentega
Keju mozarela secukupnya.
Cara menyediakannya:
- Sediakan loyang pembakar. Sapukan sedikit minyak/mentega.
- Susun lapisan pertama roti.
- Taburkan sayur goreng tadi.
- Susun lagi roti di atasnya.
- Taburkan sayur hingga habis.
- Tuang sos/ bancuhan telur tadi.
- Biarkan sebentar (Cik Wan tgk dlm google, mereka perap semalaman..terpulanglah...)
- Taburkan keju dan sedikit mentega.
- Bakar dalam oven suhu 160 selama 15 minit.
- Siap....makan dengan sos cili atau sos tomato...nyum nyum
![]() |
| Sebelum dibakar.. |
Selamat mencubaa..
Friday, 29 May 2015
Ayam Kerutuk tersangatlah sedap
Sedap sungguh ayam kerutuk ni..dah lama tak buat. Untuk berbuka puasa semalam, Cik Wan masak nasi minyak dan kerutuk ni..hajat hati nak buat acar mentah dan sambal belacan...tapi sebab penat sangat, tak terbuat pula. Tapi, alhamdulillah..Mr A dan Alis cakap, tak payah buat sebab dah cukup dengan kerutuk ni sahaja..cukup masin, masam dan manis serta agak pedas..tak perlu sambal belacan lagi...alhamdulillahhh..settle!
Resepi dah ada kat SINI, tapi untuk memudahkan Cik Wan copypaste semula ye..
Bahan-bahan;
1/2 ekor ayam potong kecil
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1 sudu besar kerisek
2 sudu besar rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
5-7 biji cili kering/ 2 sudu serbuk cili
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas diketuk
1 batang serai diketuk
Gula melaka/gula
Garam
Sedikit air asam jawa
Ubi kentang secukupnya.
Cara-cara :
Sediakan bahan tumis:
- rempah kasar 4 sekawan
-2 ulas bawang merah dimayang
-2 ulas bawang putih dimayang
-sedikit halia dimayang
Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)
- Panaskan minyak.
- Masukkan bahan tumis, tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan mesin , kacau hingga naik minyak.
- Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
- Masukkan ayam dan kacau hingga keluar air daging ayamnya.
- Masukkan ubi kentang.
- Masukkan santan.
- Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)






