Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Tuesday 2 June 2015
Laksa Penang Lagi...
Nur Alis, kalau dia puasa..macam2 permintaannya untuk berbuka..kali ni dia mintak laksa. Kami berdua memang suka makan laksa ni, tapi tidak dengan Mr A...suka maksudnya kami akan makan berulang-ulang..daripada petang hingga ke esoknyalah...makin lama dan makin banyak kali dipanaskan kuahnya makin sedap rasanya..hahaha. Adoi !!
Resepi dan bahan masih lagi sama seperti yang Cik Wan tulis di SINI.
Bahan-bahan:
1 kg ikan selayang/sardin-direbus dengan 5 keping asam dan garam.
-isi ikan di asingkan dengan tulang dan diblend
-tulang ikan juga diblend dan tapis ambil airnya
-air rebusan ditapis dan dimasukkan dalam kuah.
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang sulur kantan
5-7 biji cili kering
20 biji cili padi-boleh tambah boleh kurang..ikut selera
3 inci belacan (boleh tambah lagi jika suka)
--- semua bahan di atas diblend hingga lumat---
1 tin ikan sardin Ayam Brand- masukkan terus bersama kuahnya tidak perlu diblend
5-7 asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto-optional
Bunga Kantan
Daum Kesum
Air secukupnya
Cara-cara;
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk yang besar- tambahkan air secukupnya dan rebus.
2. Perisakan mengikut selera.
3. Hidangkan dengan ulam timun, daun salad, daun selom, hirisan nenas, cili potong, bawang merah besar potong, asam limau kasturi dan daun mint kalau suka.
4. Ada orang suka masukkan petis dalam kuah ataupun semasa menghidang- saya tidak suka.
5. Siap!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
laksa penang mmg tak pernah jemu cikwan
ReplyDeletekaknoor mmg tak pernah miss ni laksa penang setiap kali raya
senang sikit guna sardin kan tak payah perisi ikan lagi
best best rrsepi sini
ReplyDeleteTerima kasih Asni :)
DeleteSalam cik wan...sulur kantan yang cik wan maksudkan tu btg kantan yang muda ke..bukan bunganya?
ReplyDeleteSalam cik wan...sulur kantan yang cik wan maksudkan tu btg kantan yang muda ke..bukan bunganya?
ReplyDeleteWsalam...ye, sulur muda/batang kantan yg belum keluar bunganya lagi
Delete