Sunday 31 May 2015

Apam Beras Asli (3)


Petang semalam  Cik Wan kukus apam yang telah diperap paginya. Dah lama tapai nasi tersimpan dalam peti sejuk tu. tak sempat2 nak buat apam.

Resepi ni Cik Wan dah ceritakan asal usulnya dalam entri di SINI, bukan asal daripada Cik Wan, tapi Cik Wan belajar terus daripada tuannya. Jadi adalah mustahil untuk orang lain mempunyai resepi yang sama dengan sukatan yang sama.

Cik Wan dah berjumpa dengan orang yang sangat pandai mengolah resepi, resepi asal ni ditukar sukatan tertentu, contohnya 3 cawan tepung beras ditukar menjadi 250gram tepung beras..tapi sukatan gula dan tapai tak tukar pulak. Begitu juga dengan resepi membuat tapainya...tak tukar..sebiji2 ditiru. Orang yang meniru ni bukan sebarang orang dan resepi ni mendapat share yang sangat tinggi.

Kadang2 Cik Wan rasa macam kecewa..tapi Cik Wan pujuk hati..kembali kepada niat asal..ikhlas untuk bersedekah dalam bentuk memberikan resepi2 yang in sha Allah ..menjadi...so Cik Wan tenang balik.

Sekarang Cik Wan banyak kali juga jumpa gambar2 dan resepi Cik Wan ditiru (copy paste) dan mendapat share berpuluh ribu...Cik Wan dah tak rasa apa2 dah..alhamdulillah..semoga niat ikhlas itu berkekalan dan semoga memberi kebaikan kepada Cik Wan, orang2 yang berkongsi resepi dengan Cik Wan hingga ke akhirat..amiinnn.

Oklah..melalut pulak Cik Wan pagi2 ni..jom, tengok semula resepi yang kebabom ni :)

Tapai Nasi

Bahan-bahannya; (untuk 1 cawan tapai)
Lebih kurang 2 cawan nasi sejuk.
1/4 biji ragi- tak habis ni.
Sedikit gula.

Cara-caranya:
  1. Nasi sejuk diramas lembut untuk meleraikan biji nasi.
  2. Ratakan nasi di dalam bekas yang leper (saya guna dulang)
  3. Panaskan ragi- saya letakkan ragi di atas periuk nasi yang sedang dimasak. (Letak tepi api dapurpun boleh)
  4. Hancurkan ragi.
  5. Masukkan ragi ke dalam penapis teh dan goyangkan di atas nasi tadi-sekadar satu lapisan nipis serbuk ragi ke atas nasi.
  6. Taburkan gula- sekadar satu lapisan gula yang nipis di atas nasi.
  7. Kaup balikkan nasi.
  8. Ulang proses 5 dan 6.
  9. Gaul rata nasi tadi dan masukkan dalam tupperware. Tutup kemas dan simpan di tempat yg kering.
  10. Boleh digunakan selepas 2 hari.

Bahan untuk apam;

1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tapai nasi
1 sudu rata serbuk eno.
Kelapa parut-gaulkan dengan sedikit garam (boleh dikukus untuk tahan lebih lama)

Langkah membuatnya;
  1. Mesin semua bahan menggunakan blender hingga lumat kecuali eno.
  2. Perap 8 jam.
  3. 15 minit sebelum dikukus, masukkan eno. Kacau sebati.
  4. *acuan dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan. Kukus.
  5. Bila apam dah merekah, kembang boleh diangkat (Cik Wan kukus 15 minit)
  6. Hidang dengan kelapa parut putih.

6 comments:

  1. fav ni cikwan kalau apam beras macam ni lawa tu kaler2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya cik wan sorang je yg suka kuih ni kak noor..hehehe

      Delete
  2. Salam Cik Wan,

    Apa khabar? Sihat kah? I suka apam beras ni.. teringat zaman childhood dulu dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Honey...baru pagi tadi cikwan singgah di blog Honey...cuci mata dengan gambar hidangan yang cantik2 dan nampak sangat menyelerakan..ada chemystry kita ni hehehehe

      Delete
  3. Saya suka makan apam beras dari kecik2 dulu. Mak selalu kata kena bubuh tapai dalam adunan, tapi sampai hari ini saya belum berani buat sebab tak ingat sukatan yang Mak guna, cuma sesekali bila rindu nak makan, macam terhidu pulak harum bau tapainya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie...cubalah sukatan yg Cik Wan buat ni..in sha Allah dah cuba nanti boleh diubahsuai supaya menjadi seperti yang pernah dibuat oleh Mak dulu..dulu2 kita tengok saja mak2 dok buat kuih, tak pernah terfikir hendak menyalin resepi dan sukatannya..Cik Wan sendiripun baru sekarang membuat semula dan menulis resepi kuih2 yang mek pernah jual dulu..masalahnya, mek pun dah tak ingat sukatannya hehehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...