Thursday 4 June 2015

Sambal Sotong Ringkas





Semalam Cik Wan ke kedai Acheh, jumpa cumi yang comel2..walau kecik harganya RM21 sekg..mahal betul sekarang ni. Tekak dah terbayang-bayang sambal sotong dengan nasi panas-panas. Jom tengok resepi mudah terlajak ni..


Bahan-bahan:

1 kg sotong- cuci bersih dan toskan.
1 mangkuk besar cili kering potong- rendam dalam air panas
2 labu bawang besar
2 ulas bawnag putih
Garam
Gula
Air asam jawa secukupnya (dalam 1 sudu besar dan bancuh dengan sedikit air)

Cara-caranya:

  1. Mesin lumat cili kering dan 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Letak air sedikit sahaja supaya cepat garing bila ditumis nanti.
  2. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bahan mesin.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Masukkan 1 labu bawang besar yang dimayang.
  5. Kacau hingga sambal jadi seperti kerinting- agak lama sedikit gorengnya
  6. Masukkan air asam jawa. 
  7. Rasakan agar ada masin, masam dan manis.
  8. Agak dah ok, masukkan sotong yang telah ditoskan.
  9. JANGAN masukkan air.
  10. Biarkan sotong keluarkan airnya sendiri.
  11. Goreng sekejap sahaja agak2 sotong dah masak, tutup api.
  12. Jika digoreng terlalu lama sotong akan jadi keras seperti plastik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...