Thursday, 19 March 2015

Ayam Stew Yang Paling Mudah tapi Sedap Sesangat



Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga kawan2 sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga ye.

Resepi Ayam Stew ni saya makan kali pertama pada tahun 2009..teringat2 sampai sekarang tambahan pula resepi ni sesuai untuk orang yang sedang berdiet. Resepi oleh rakan sekolah Mardiana Mahdfuz sangat mudah dibuat..orang yang tak pandai memasakpun boleh mencubanya. Terima kasih Mar di atas perkongsian ini. Semoga pahalanya berpanjangan..in sha Allah.

Bahan-bahannya;

1/2 ekor ayam- buang kulit dan potong kecil.
1 1/2 labu bawang besar Holland- tadi Cik Wan guna 1 labu besar dan 1 labu kecil.
1 sudu tepung gandum
1 batang karet
1 biji kentang yang besar
1 batang celeri
10 cawan air
Garam- tadi Cik Wan guna 3 sudu kecil/plastik kfc
Gula- tadi Cik Wan letak 1 sudu makan.
*garam gula boleh ikut rasa sendiri ye


Cara-caranya:
  1. Bersih dan toskan ayam.
  2. Dadu bawang besar.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk besar.
  4. Masukkan bawang- tumis hingga hampir brown.
  5. Masukkan tepung gandum- kacau hingga tepung masak.
  6. Masukkan ayam- kacau sekejap.
  7. Masukkan air.
  8. Masukkan bersama kentang, karet dan celeri.
  9. Masukkan garam dan gula.
  10. Masak hingga kuahnya tinggal separuh- Cik Wan masak tadi hampir 1 jam dengan api perlahan.
  11. Selamat mencuba...

Gula

Sunday, 8 March 2015

Ikan Panggang dan Salad



Menu sihat ni...Cik Wan sebenarnya dah give up nak kurus..tapi sekarang ni lebih kepada cuba makan makanan sihat. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, maklumlah dah tua-tua ni macam-macamlah .

Ni menu Cik Wan untuk tengah hari balik dari sekolah..memang tengah lapar. Kalau ikut hati memang 3 pinggan makan nasi dengan budu dan ulam-ulam hahahaha...

Cik Wan suka ikan merah..lemak2 gitu.. letak garam dan lada hitam, perap sekejap dan panggang dalam magic pan..tak sampai 10 minit siap.

Sambil tunggu ikan Cik Wan buatkan salad simple2,  kadang2 stail mat saleh sikit, kadang2 stail siam..ikut suka jer hahaha.

Kalau stail mat saleh tu Cik Wan guna minyak zaiton, lada hitam, garam dan lemon. Kalau stail siam Cik Wan guna lemon, sos ikan/garam, gula dan daun ketumbar. Main campak2 je...gaul2 dan makan dengan ikan bakar. Lebihkan sikit sosnya supaya dapat dicicah dengan ikan..beresss!!!!!

Berat badan tak turun jugak sebab tak pi senaman..aduyaiiii....

Sunday, 22 February 2015

Siakap Kukus Mudah Sesangat.

Satu lagi menu diet Cik Wan. Mudah sesangat, takde bahan sangat pun takpe. Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahannya;
1 ekor ikan siakap- dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk lada sulah.
7 ulas bawang putih- mayang nipis
2 batang serai- potong nipis
3 inci halia- potong nipis
Lobak merah- potong
Buah tomato-potong
Cendawan- potong
Lemon- dalam 2 hiris
Cili padi- jika suka pedas- potong
Daun Ketumbar- potong
Daun bawang-potong

Garam
Lada sulah
Minyak bijan secukupnya- dalam 1/2 sudu kecil.

Cara-caranya;
  1. Sediakan pengukus yang sesuai.
  2. Letak ikan di dalam mangkuk.
  3. Tabur dan sisipkan bawang putih, halia dan serai pada ikan.
  4. Taburkan sedikit lada sulah dan garam serta minyak bijan.
  5. Masukkan sedikit air.
  6. Kukus ikan.
  7. Bila nampak ikan hampir masak, taburkan semua sayuran yang telah dipotong ke atas ikan kecuali lemon.Kukus lagi.
  8. Dah masak, boleh angkat dan hiaskan dengan hirisan lemon. Siap. Mudah dan cepat.



Bak Choy Goreng Cina


Cik Wan tengah diet sekarang ni..heheehhe
Semoga istiqamah dalam menjaga kesihatan..Cik Wan sendiripun terkejut tengok jarum penimbang berpusing2 macam tak rela ditimbang hahahaha..berat sangat..adoi!!!

Ini resepi mudah yang Cik Wan masak..terpaksalah seisi rumah redha dan bagi sokongan..Cik Wan masak lauk macam biasa tapi kurangkan minyak dan santan..dan untuk Cik Wan sendiri kurangkan karbohidrat..semoga berjayalah usaha ini , in sha Allah. Cik Wan tambah juga dengan aktiviti bersenam. Cik Wan sebenarnya dah habiskan 10 sesi bersenam secara Aqualogix dan sekarang ni tambah lagi pakej 10 sesi..semoga kesihatan bertambah baik.

Untuk resepinya sila lihat di bawah ye..

Bahan-bahannya;
4 jambak/pokok Bak Choy- belah dua atau empat jangan dipotong. Bersihkan di celah2 pelepahnya dan bilas bersih.
4 biji cendawan shitake- potong nipis
Lobak merah secukupnya- potong ikut suka (Cik Wan guna 1/3 batang je)
1 mangkuk kecil udang

4 ulas bawang putih- dadu halus
4 sudu sos tiram
Kicap masin secukupnya.
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu tepung jagung, bancuh dengan 1 cawan air.
1/3 cawan air.


Cara-caranya:
  1. Masakkan air di dalam periuk untuk mencelur sayur.
  2. Masukkan sedikit minyak.
  3. Bila air mendidih, masukkan sayur bak choy..celur hingga layu..angkat dan toskan.
  4. Kemudian celur pula lobak merah...dah empuk angkat dan toskan.
  5. Panaskan kuali.
  6. Tumiskan bawan putih hingga layu. Masukkan udang. Kacau hingga udang melengkung rapat.
  7. Masukkan cendawan. Kacau.
  8. Masukkan 1/3 cawan air tadi.
  9. Masukkan sos tiram dan kicap.
  10. Masukkan minyak bijan.  Kacau.
  11. Masukan air tepung jagung. Kacau hingga menggelegak. Jika kurang masin, boleh tambah garam. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
  12. Susun sayur yang dicelur tadi di atas pinggan.
  13. Tuangkan kuah panas2 ke atas sayur.
  14. Siap.

Monday, 16 February 2015

Sambal Belacan Kenduri Kahwin Kelate

Assalamualaikum....selamat bersiaran kembali!!

Bizi sungguh Cik Wan sejak bukak sekolah ni hingga tak sempat nak menggodek blog kesayangan ni. Jangan marah ye...Cik Wan ada keutamaan lain yang wajib didahului. Maklumlah kerjaya kita sumber pendapatan kita, kenalah buat betul2kan?. Masak tetap masak tapi gambar tak sempat nak ambik dan kadang2 masakpun cincai2 sahaja malu nak upload dalam blog.

Jangan terkezut pulak...sekali update blog..keluar2 sambal belacan hahahahaha..jangan tak tau, zaman2 inflasi ni menu ni boleh jadi menu pilihan nanti..jadi pembuka selera dan ubat release tension hahaha..

Kalau kenduri di Kelantan, sambal belacan ni wajib ada, biasanya dibuat sehari sebelum kenduri atau malamnya. Lepas buat pakat2 rasa hinggalah semua dah bersetuju ianya sedap dan secukup rasa. Yang Cik Wan buat ni versi arwah Mok yang sangat basic, sesuai dengan masa dulu yang tak banyak bahannya. Kalau suka bolehlah diubah suai, tambah mana yang kurang dan sebagainya. Untuk masin, manis dan masamnya..susah nak cakap, kena buat dulu dan sesuaikan dengan rasa lidah sendiri..selamat mencuba ye..sangat sedap dipadankan dengan lauk kari dan ulam-ulaman.

Bahan-bahannya:

10 biji cili kering- potong, buang biji dan rendam dengan air panas.
3 biji cili merah besar
5 biji cili padi merah
1/2 inci belacan- bakar
2 ulas bawang merah kecil- bakar dengan kulitnya
1 ulas bawang putih- bakar dengan kulitnya
*Cik Wan ada garfu yang khas untuk bakar bawang dan belacan ni. Cucuk dengan garfu dan letak atas dapur. Bakar sampai bawang hangus kulitnya.
3 sudu makan gula
2 sudu kecil garam- letak sikit2 dulu (Cik Wan guna sudu KFC tu)
1 sudu asam jawa- bancuh dengan 3 sudu air.
1/2 biji limau nipis.

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua cili ke dalam blender.
  2. Masukkan belacan bakar.
  3. Basuh bawang bakar dan buang kulitnya yang hangus- masukkan dalam blender.
  4. Masukkan gula, garam dan air asam jawa.
  5. Mesin hingga lumat.
  6. Keluarkan dari mesin, perah asam limau nipis. Kacau sebati dan rasakan. Jika perlu, tambahlah apa yang patut untuk garam, gula dan asamnya.
Nota: Boleh tambah hirisan bawang besar dan juga tomato. Boleh juga guna limau kasturi menggantikan limau nipis dan kulit limau kasturi dihiris halus dan masukkan sekali...haruuum dan menyelerakan.



Thursday, 29 January 2015

Kailan Ikan Masin.


Lauk simple je malam ni..lauk orang sibuk hehehe..Kailan Ikan Masin dan telur dadar...plus sup yang nenek Shidah , babysitter Zikry bagi. Alhamdulillah..kenyang.

Lauk ni kena makan panas2 baru sedap. Maksudnya..goreng telur dadar...baru goreng sayur dan terus hidang, berasap..hehee

Jom kita layan resepi mudah ni

Bahan-bahan;
3 pokok/pohon Kailan-asingkan batang dengan daunnya
1 keping ikan tenggiri jeruk/masin
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1/2 belah bawang besar Holland
1 sudu sos tiram.
Sedikit garam jika perlu
Sedikit air untuk kuah

Cara-caranya:
  1. Potong ikan tenggiri dan buang tulangnya.
  2. Potong sayur kailannya
  3. Tumbuk bawang putih dengan cili padi.
  4. Panaskan minyak.
  5. Masukkan isi ikan tenggiri- goreng hingga garing.
  6. Masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga layu.
  7. Masukkan sos tiram dan batang kailan. Kacau sekejap.
  8. Masukkan sedikit air. Jika kurang masin boleh tambah garam.
  9. Masukkan daun kailan dan bawang besar.
  10. Kacau sekejap sahaja..cepat2 angkat dan hidangkan. Enjoyyy

Sambal Jawa Ringkas





Teringin sangat nak makan sambal tempe ni..tapi asyik bertangguh-tangguh sebab kita je yang makan. Mr A langsung tak sentuh lauk ni, apatah lagi budak2 tu. Tapi saya buat juga semata-mata nak hilangkan kepingin hahaha..
Resepinya ada kat SINI, cuma Cik Wan tambahkan santan pekat sedikit dalam tumisannya sebelum dimasukkan semua bahan sayur dan goreng. Tapi kalau tanya, Cik Wan lebih suka resepi asal tanpa santan...selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...