Monday, 30 September 2024

Moringga Masak Bening/ Sayur Air Moringga

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lalu bilik guru nampak ada satu plastik besar daun Ramunggai/Moringga/ Mungga. Ada cikgu yang sedekah tapi nampak takde orang ambik.

Mendengar Cik Wan suka makan daun Mungga ni, cleaner terus ambik dan letakkan di pejabat  Cik Wan.

Suka sangat makan telor dadar daun Mungga atau sayur air atau sayur lemak dengan ubi stelo.

Semalam dapat, hari ni baru sempat masak. 



Tak jadi telor dadar, sebaliknya Cik Wan masak air/bening campur cendawan dengan keledek purple. Kena pula dengan ayam goreng berempah panas2.. uuhhh nasib baik boleh kawal diri 🤪🤣🤣

Pagi tadi cikgu yang bawa daun tu siap bagi batang pokok Mungga untuk Cik Wan semai sebab Cik Wan dah lama mencari untuk ditanam di rumah.

Maka nikmat manakah lagi yang engkau dustakan?

Jom tengok resepi mudah tapi sihat ini.


Bahan-bahannya :

Pucuk Mungga secukupnya- basuh bersih dan bilas.

4 ulas bawang merah kecil

1 sudu lada hitam

2 peket cendawan tiram.

1 biji keledek.

Garam
Gula
Air secukupnya.


Cara menyediakannya;
  1. Tumbuk lumat bawang merah dan lada hitam.
  2. Masukkan dalam periuk, masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan keledek yang telah dipotong.
  4. Masak hingga keledek 3/4 masak.
  5. Masukkan daun Munggai dan cendawan.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Kacau hingga semua bahan masak dan sudah sesedap rasa.
  8. Dah siap, best kalau ada budu atau sambal belacan dan ayam goreng atau ikan goreng..bertambah2lah nasi nanti.
Selamat mencubaaa..


Friday, 27 September 2024

Tempe Goreng Mudah

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat penghulu segala hari.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Walaupun Cik Wan orang Kelantan dan tidak dibesarkan dengan makanan ini, Cik Wan sangat sukakan tempe. Malah kalau sekadar nak makan kudap2, Cik Wan goreng je tempe dan cicah dengan sos cili. Tak sedar2 sepiring dah habis.

Hari ni Cik Wan kongsikan resepi sambal tempe mudah2 dan senang nak buat. Tapi sedapnya memang boleh menyebabkan kita bertambah2 nasi.

Bahan-bahannya: 

Dua keping tempe- potong nipis/kecil dan goreng hingga garing.

10 ulas bawang merah kecil/ 2 labu bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil cili giling/cili boh*

Semua bahan yang bertanda * dimesin lumat

Garam
Gula
Air asam jawa

Cara menyediakannya;
  1. Gunakan minyak lebihan goreng tempe tadi.
  2. Tumiskan semua bahan mesin.
  3. Sekali sekala masukkan air dan teruskan menumis (Cik Wan guna satu tumbler air paip)
  4. Tumis hingga naik minyak dan warna tumisan bertukar jadi gelap kemerahan.
  5. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Bila sudah sedap dan cukup rasa masin, masam dan manis, tutupkan api.
  8. Sejukkan sebentar.
  9. Masukkan tempe dan kacau sebati.
  10. Siap.

Senang kan? jangan stress2...memasak tu mudah je. 
Selamat mencubaaa...




Ayam Kari Thai



 Assalamualaikum semua. Selepas 3 tahun, 5 bulan dan 5 hari berlalu....

Semoga semuanya sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Hari ini saya kongsikan resepi kegemaran kami anak-beranak. Baru dua kali masak resepi ni tapi memang anak-anak sangat suka. 

Kari Ayam Thai. Tak tahulah authentic atau tidak. Maafkan saya kalau resepi tidak seasli resepi asal. 

Jom kita lihat bahan-bahannya.


Bahan utama

Seekor ayam dipotong kecil- boleh diganti dengan ikan.

Bahan bumbu : (Rujuk gambar)

Bawang Merah
Bawang Putih
Lengkuas
Serai
Cili Api
Cili Merah Besar
Belacan

Semua bahan di atas dimesin/tumbuk lumat.

Bahan-bahan perasa:

Belacan
Asam keping- 2 keping
Santan - saya guna 1/2 kg santan segar
Daun limau purut
Sos ikan
Garam
Gula

  1. Tumis semua bahan mesin dengan daun limau purut.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan ayam. Masak hingga air ayam keluar.
  3. Masukkan santan dan asam keping.
  4. Masukkan garam, gula dan sos ikan.
  5. Kacau sekali sekala hingga ayam masak .
  6. Rasakan sama ada sudah cukup masin, masam dan manis. 
  7. Siap.
Selamat mencuba ya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...