Tuesday, 31 May 2016

Kari Hijau Thailand



Assalamualaikum. Selamat bercuti sekolah untuk semua. Anak-anak cuti, cikgu-cikgu cuti sambil marking dan ibu bapa juga mengambil peluang bercuti untuk bersama-sama dengan anak-anak. Cik Wan doakan semuanya beroleh kebahagiaan dan kegembiraan serta sihat walafiat semuanya. Cik Wan sekeluarga tak balik ke Kelantan cuti ni. Maklumlah  Alis tengah  praktikal dan ke tempat kerja dengan abahnya. Dia tiada lesen dan terpaksa pergi bersama dengan abahnya. Jadi abahnya juga tak boleh bercuti hehehe. Itulah peliknya budak sorang ni. Daripada lepas SPM mamanya suruh ambil lesen tapi tak mahu, sekarang siapa yang susah? .

Agaknya yang sorang ni mengikut mamanya kot. Cik Wan ambil lesen selepas kahwin, itupun dipaksa oleh Mr A. Bila gagal ujian memandu kali pertama, kerana langgar lampu kuning, Cik Wan perap je lesen P tu hingga dekat2 habih tempoh. Kena paksa lagi sekali baru terhegeh-hegeh pergi test. Masa pergi test tengah pregnantkan Si Aifaa. Dah sarat masa tu. Pihak JPJ tak benarkan ambik test, Cik Wan terpaksa buat surat rasmi on the spot untuk bebaskan JPJ kalau berlaku apa-apa risiko semasa ujian memandu dijalankan. Nasib baik lulus hehehe. Zaman sekarang ni, lesen memandu tu dah jadi keperluan. Kena paksa juga nampaknya si Alis ni.

Untuk makan malam semalam Cik Wan masakkan Kari Hijau Thai menggunakan rempah/paste kari hijau yang dibeli masa ke Krabi baru-baru ni. Rasanya sangat sedap dan sesuai dengan tekak Cik Wan. Dah cukup pedas, masin, manis dan masam tak perlu tambah apa-apa lagi. Paste kari hijau ni dah banyak dijual di pasar raya besar. Semalam Cik Wan ada beli sebotol lagi di Jaya Grocer. Macam-macam rempah ratus Thai ada dijual dan ada tanda halal. Ada pulak dijual terung pipit dan daun selasih Thai..eeemmm apalagi, jadilah projek Kari Hijau Thai yang dah bertangguh sekian lama hehee. Jom tengok bahan dan caranya.

Bahan-bahannya;

1 kotak santan Kara 200ml.
1 peket paste kari hijau (dalam 2 sudu besar)
1 mangkuk kecik isi ayam
segenggam terung pipit
segenggam daun selasih
Cili padi jika suka

Cara menyediakannya;

  1. Masukkan separuh kotak santan ke dalam periuk (100ml)
  2. Masukkan paste kari hijau.
  3. Kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam dan santan - baki 100ml bersama 1/2 cawan air.
  5. Kacau hingga menggelegak. 
  6. Masukkan terung pipit dan daun selasih. Kacau.
  7. Bila ayam masak dan kuah pekat, boleh tutup api. 
  8. Hidangkan dan hiaskan dengan daun selasih dan hirisan cili padi. Siap.


Saturday, 21 May 2016

Pulut Mangga


Hari ni pagi-pagi lagi Cik Wan dan Mr A keluar ke pasar. Selepas menghantar deep fryer dan kotak polistrene untuk Aifaa di sekolahnya , kami berdua bersama Zikry bersarapan di restoran Mek Wan di TTDI Grooves. Boleh tahan juga rasa laksamnya. Mr A dan Zikry makan roti canai dan kami bungkuskan nasi berlauk ikan aya untuk Alis dan Zahirah. BTW Aifaa ada projek jualan ayam goreng sempena Karnival Mingga Kerjaya di sekolahnya. Nasib baik mama ada deep fryer, senanglah sedikit kerja-kerja menggoreng.

Balik daripada bersarapan kami terus singgah di kedai Mulia Sejati. Cik Wan ternampak buah mangga siam yang besar...hampir 1kg sebiji. Aduhai..dalam diet2 ni terus teringin nak makan pulut mangga..sah!!! diet terbang melayang hari ni hahahaha...



Nampak tak saiznya? Hampir penuh pinggan makan untuk separuh buah mangga. Sebiji buah mangga cukup kami berlima makan bersama pulut dan dimakan begitu sahaja oleh Zahirah dan Zikry yang tak sukakan pulut.

Dalam blog ni ad beberapa resepi yang Cik Wan telah kongsikan. Hari ni Cik Wan gunakan resepi ala thai  yang lebih sedap dan mudah. Cari di SINI ya.

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu..Assalamualaikum.

Monday, 2 May 2016

Kerabu Maggie Thai





Assalamu'alaikum sahabat semua. Semoga dalam rahmat  dan keampunan Allah sentiasa. Malam ni Cik Wan masak Kerabu Maggie Thai. Allahuakbar..sedap sungguh. Bukan nak puji diri sendiri hehehe..

Cik Wan guna mee segera Thai yang banyak dijual di Kelantan. Mee ni halal, in sya Allah. Katanya kalau guna mee segera jenama lain tak berapa nak jadi..wallahu'alam, tak pernah cuba lagi. Inipun baru kali pertama cubaan hahaha.

Bahan yang Cik Wan guna malam ni simple sangat, semalam baru balik dari KB belum sempat nak beli lauk lagi, guna apa yang ada dalam peti ais sahaja. So, kalau nak tambah seafood banyak2..silakan ya.

Bahan-bahannya;

3 bungkus Maggie Thai/Siam (dalam gambar)
1 biji buah tomato-hiris
1/2 labu bawang besar- Cik Wan guna bawang besar Holland
Sejengkal batang celery
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan-jika suka
1 sudu air asam limau-jika suka
2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

*kenapa Cik Wan kata jika suka untuk sos ikan dan air asam limau?..kerana sos maggie siam ni dah masin, masam dan pedas.

Bahan Lauknya:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
Cik Wan hanya ada udang dan fish cake jer..udang pula dibuang kulit dan dibelah dua baru sedap dimakan.





Cara-caranya:

  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
  2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza.
  4. Keluarkan seafood. 
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera. 
  6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!





Langkah seterusnya..

  • Masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk mee.
  • Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta 1 peket rempah mee siam tadi.
  • Gaul rata. Siap!!!

Adoiiii!!!! memang sedap tak terkata. Selamat mencubaa.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...