Assalamualaikum. Entry kedua hari ni. Sekali harung hehehe. Jom tengok resepi daging blackpepper yang sangat menyelerakan sesuai di makan semasa berbuka mahupun bersahur.
Bahan-bahannya;
1/2 kg daging
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu lada hitam*
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
*tumbuk lumat/mesin
- Satukan semua bahan dalam mangkuk.
- Perap 30 minit.
Bahan sampingan;
1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar-mayang kasar
3 biji cili merah/hijau
Garam
Gula
- Masukkan daging ke dalam kuali. Masukkan air.
- Masak daging hingga lembut, Tambahkan air jika daging belum lembut.
- Masak hingga air kering.
- Masukkan minyak. Kacau.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Hati2 kerana sos tiram dan kicap sudah masin.
- Kacau.
- Masukkan hirisan bawang besar dan cili. Kacau sebentar.
- Siap!!.
Selamat mencuba dan selamat berbuka.