Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Monday, 6 June 2016

Puding Roti






Ini puding yang Cik Wan buat malam semalam. Dah lama teringin nak buat. Senang sahaja resepinya. Boleh tambah dan kurangkan mana yang patut.

Bahan-bahannya;

1 peket agar-agar bertali 20gm
7 keping roti
4 gelas susu cair/susu segar
4 gelas air
1 1/2 gelas gula
2 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu besar serbuk koko


Cara-cara membuatnya;

  1. Rendam agar-agar hingga lembut.
  2. Masakkan 4 gelas air.
  3. Bila menggelegak, masukkan agar-agar dan masakkan hingga hancur.
  4. Masukkan gula. Masak hingga gula hancur.
  5. Pada masa yang sama koyakkan roti ke dalam blender.
  6. Tuang susu ke dalam blender bersama telur dan esen vanilla.
  7. Blend roti, susu, esen vanilla dan telur hingga hancur lumat. Sedia untuk dimasukkan dalam agar-agar yang tengah dimasak.
  8. Bila agar2 dan gula telah hancur, tapiskan dan masakkan semula.
  9. Masukkan bancuhan roti tadi dan kacau hingga menggelegak.
  10. Bahagikan kepada dua bahagian.
  11. Bahagian kedua masukkan serbuk koko. Kacau sebati (Cik Wan bancuh dulu dengan  sedikit bancuhan agar2 sebelum ditapis dalam bekas agar2 )
  12. Bolehlah  mula dimasukkan ke dalam bekas secara bergilir2.
  13. Kalau mahu cantik, sendukkan setiap adunan berselang seli   ke atas satu titik tengah  di dalam loyang/bekas. Anda akan mendapat bentuk marble zebra.
  14. Yang ni Cik Wan hanya masukkan terus berselang seli dalam bekas. Hajatnya nak buat lapis2..tapi malas pulak nak tunggu beku kikikii. Itulah jadinya kerja orang malas. 
  15. Selamat mencuba ya.


Saturday, 14 June 2014

Agar-Agar Sirap





Malam ni ada kenduri tahlil di rumah pengasuh anak-anak saya iaitu Kak Syidah yang kematian suaminya  arwah Abang Aziz akibat sakit jantung minggu lepas. Terpandang agar2 bertali yang dah lama dalam kabinet, saya keluarkan dan buat agar-agar sirap untuk dibawa malam ni.

Bahan-bahannya;

100 gram agar-agar bertali dibasuh dan direndam sekejap.
1 kg gula
2 helai daun pandan
Sirap secukup warna
16 gelas air
2 ketul gula batu - hari ni saya tak letak, maklumlah tak plan nak buat.

* agar2 yang terhasil adalah pejal dan sesuai untuk majlis kenduri. Jika mahu lebih lembut macam jelly biasa boleh tambah air.

Cara-caranya;
  1. Masukkan 16 gelas air ke dalam periuk besar.
  2. Masak air hingga menggelegak.
  3. Masukkan agar2 yang telah dibasuh, direndam dan ditoskan.
  4. Masak hingga agar2 larut.
  5. Masukkan gula dan gula batu serta sirap dan daun pandan.
  6. Masak hingga menggelegak kuat.
  7. Tutup api.
  8. Dituang ke dalam bekas sambil ditapis untuk mengeluarkan sebarang ketulan atau bahan yang tidak larut.
  9. Sejukkan.

Tuesday, 4 February 2014

Puding Cocktail Yang Terlalu Mudah



Alamak..sedapnya puding ni bila dimakan sejuk2..nyamannn jer hehehe.
Puding ni saya buat untuk Alis yang berpuasa. Tambahan pula ini memang kesukaan dia. Tapi kali ni saya buat versi ringkas sahaja, maklumlah buatnya pun bila balik dari sekolah..terkocoh2 ke kedai beli agar2 serta
cocktailnya. Balik dah lewat lepas solat asar baru masuk dapur...semua ekspress gitu. Jom tengok bahan2nya.

Bahan-bahannya;
1 peket serbuk agar2- saya beli yang siap berperwarna oren- masak ikut arahan dipeket.
1 tin cocktail- saya guna tropical cocktail
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Air batu secukupnya.

Cara-caranya;
  1. Potong kecil2 agar2 yang sudah keras.
  2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan air batu secukupnya. Kacau rata.
  4. Siap...sluuurrrppppppp!!! dapnyer hehehe

Wednesday, 9 October 2013

Puding Roti Mudah


Alhamdulillah, dapat juga saya mengepos menu baru selepas hampir dua minggu terhenti hehehe..maafkan saya.

Puding roti ini mudah saja cara pembuatannya. Macam-macam resepi ada.Dulu-dulu saya suka kukus dulu pudingnya baru dibakar dalam oven..ntah kat mana saya belajarpun tak tahu. Tapi dah lama betul saya tak buat sebab anak-anak tak berapa suka. Sejak dah besar ni baru mereka mula sukakan menu ini..bolehlah mamanya asah balik skill buat puding roti ni..hehe.

Kali ni saya buat trial and error sahaja..alhamdulillah menjadi jugak. Kita tengok bahan-bahannya yer
 Bahan-bahan utamanya:

Roti- kalau boleh guna stale bread, kalau tak ada, yang baru pun boleh.
Mentega/planta
Kismis
Badam hiris yang telah dibakar garing

Sapu roti dengan planta, potong kecil, sedia untuk digunakan.



Bahan-bahan pudingnya;

200 ml susu segar
4 biji telor
1 cawan gula-boleh kurangkan jika suka kurang manis
2 sudu teh vanilla

- blend semua bahan hingga gula hancur, sedia untuk digunakan.


Cara membuatnya;
  1. Susun roti dalam lapisan.
  2. Setiap lapisan ditabur dengan kismis dan badam.
  3. Buat sampai habis.
  4. Lapisan paling atas ditabur dengan kismis dan badam yang selebihnya. 
  5. Tuang sos yang diblend tadi. Biarkan sebentar sebelum dibakar.


 
  1. Guna kaedah water bath untuk bakar puding.
  2. Bakar lebih kurang 1 jam dengan susu 170-180 celcius.
  3. Dah masak boleh sejukkan dalam peti sejuk.



Untuk sos kastad;

2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kastad
1/2 cawan gula
Sedikit garam.
1 biji kuning telor
2 sudu esen vanilla.

  1. Campurkan semua bahan dalam blender kecuali vanilla.
  2. Blend hingga sebati.
  3. Tapiskan ke dalam periuk.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Kacau hingga menggelegak. Siap.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk.
  7.  Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, 27 June 2013

Puding Roti Marble

Ini adalah resepi puding roti yang saya pakai campak-campak sahaja bahannya. Sedang memasak tu terpandang sebungkus roti yang dah keras dalam peti sejuk..daripada menyemak je dalam tu, memandailah saya merekacipta resepinya. Hasilnya agak lembik, mungkin terlebih air. Nasib baik saya sempat ingat sukatan yang digunakan, maka bolehlah dibuat adjustment nanti. Tapi rasanya memang sedappp..hehehe.

Bahan-bahannya;
10 keping roti Gardenia*
1 botol susu segar Ducth Lady 450 ml*
Rendam bersama bahan bertanda *
2 biji telor- buang tali pusatnya
400 gram gula -boleh tambah untuk lebih manis
3 botol air- guna botol susu Dutch Lady tadi (saya gunakan 4 botol, terlupa susu dah 1 botol, tu yang lembik)
2 peket agar2 serbuk
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas -saya guna van haouten
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya;
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar kedalam periuk. Panaskan,
  2. Bila dah menggelegak, masukkan gula, Masak hingga gula hancur.
  3. Semasa menunggu air menggelegak, blend lumat roti yang direndam susu bersama-sama telur.
  4. Masukkan ke dalam periuk yang sedang menggelegak tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Tutup api. 
  7. Tapiskan adunan ke dalam bekas lain- jika tidak mahu tapis pun tak apa.
  8. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan bancuhan koko dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning.
  9. Sediakan loyang/bekas yang sesuai- yang agak besar kerana kuantitinya banyak.
  10. Masukkan secara berselang-seli adunan puding tadi sehingga berbelang-belang marble.
  11. Sejukkan dalam peti sejuk.
  12. Siap untuk dinikmati.


Sunday, 31 March 2013

Puding Roti Keremel

Sedapppp...

 
Lagi sedap makan sejuk-sejuk..masuk mulut..telan pelan-pelan..hehehe
Saya jarang masak puding. Bukan apa, anak-anak tak berapa suka.Tapi tadi alang-alang guna kukusan untuk masak pulut pagi atas permintaan hubby (tu pun lepas dah masak capati ngan kari huhuhu), saya teringat resepi puding roti yang saya jumpa kat blog Azie Kitchen. Apa lagi ..nahhh!!Inilah hasilnya..sungguh sedap.
Terima kasih Puan Azie atas resepi yang mabeles ni.

Ni resepi yang saya ikut tadi.

Puding Roti Karamel

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan bahan Puding:
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla

1. Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. 
2. Blender lagi.
3. Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.
4. Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.
Mudah dan ringkas..sangat sedap. Jom pakat2 cuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...