Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts
Monday, 23 November 2015
Jeruk Mangga Asam Boi lagi
Esok pagi dah nak bertolak balik ke KB, terpandang buah mangga dalam fridge...kalau tak diproses alamat busuk gitu sajalah nampaknya. Takde siapa yang sudi mengupasnya..sementelah yang masak ranum pun kalau tak suruh takde yang nak mengupas buahnya..inikan lagi yang belum masak ni ..
Dalam usaha menyelamatkan buah mangga ni..Cik Wan jadikan jeruk dengan asam boi..haaaa!!! kalau macam ni cepat je lakunya hehehe.
Cara dan bahannya masih sama seperti di SINI,
7 biji mangga
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah (dipotong)
4 biji limau kasturi dipotong nipis
10 biji asam boi
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
Gaul bersama dan biarkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dimakan. Selamat mencubaaa...
Thursday, 22 May 2014
Mangga Jeruk..yummeh
Shrrppppp....kecur air liur makan mangga ni..aduhai..tak sedar2 dah semangkuk habis hehehe. Jangan makan banyak sangat yer..nanti tak sempat2 ke bilik air hahaha..
Jom tengok macam mana nak jeruk mangga tanpa gunakan ubat jeruk.
Bahan-bahannya;
4 biji mangga muda atau mengkal- dipotong ikut suka.
1 1/2 keping gula nise - saya gunakan kepingan besar
2 sudu kecil serbuk cili- nak blend cili keringpun boleh
2 sudu gula
2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Cara-caranya;
- Potong mangga dan rendam dalam air garam semalaman. (Saya rendam dalam 3 jam je..tak sabar punya orang..makin lama direndam makin kurang masamnya)
- Esoknya baru sediakan bahan jeruknya iaitu;
- Masakkan gula nise, gula putih, cili dan garam dalam periuk/kuali bersama2 air. Masak hingga semua bahan larut dan menggelegak sebentar. Sejukkan.
- Bilas mangga dan toskan kering.
- Masukkan dalam bekas dan gaulkan bersama2 dengan kuah jeruk tadi.
- Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan terus pun boleh. Makin lama makin mengancam hehehe.
| Rendam dulu yer |
| Masak sampai larut |
Subscribe to:
Posts (Atom)

