Saturday 23 June 2012

Bicara Akademik

Hari Bicara Akademik...kita tukar jadi hari berblog la pulak...jenuh dok menunggu ibubapa datang ambil report card..kaunter buka pukul 8.00am..sehingga pukul 8.20am, ada dua orang parent datang...hingga sekarang pukul 11.40...dah tak muncul-muncul lagi...wargghhh...nasib baik boleh online...hilang sikit boring

Agaknya parent dah rasa tidak ada keperluan untuk datang sebab markah anak-anak dah boleh diakses melalui online...tambah-tambah kalau markah anak-anak mereka macam gambar kartun kat atas tu...buek menghabiskan masa dan minyak kereta adalah...

Apa lagi...tak lakulah nampaknya cikgu meniaga hari ni....jomlah kita berblog...berFB, sambil-sambil tanda buku ke, buat apa-apa yang patutlah...jangan tidur sudahlahhh...hehehe....

Tadi sempat juga menyalin resepi Kek Gula Hangus ataupun Kek Sarang Lebah , hajatnya nak buat petang nanti...kalau jadi dan menjadi keknya..nanti kita upload gambar beserta resepinya sekali...sekarang ni kita blogwalking dulu...bye...


Monday 18 June 2012

Pulut Mangga


 

Hari ini saya nak kongsikan resepi dessert yang saya suka dan tak boleh tolak kalau masuk ke mana-mana restoran Siam...resepi ni juga diajarkan oleh arwah nenek saya yang memang keturunan Siam.

Pertama kali makan dessert ni masa saya berumur 12 tahun selepas arwah nenek balik dari Yala berjumpa dengan saudara-maranya di sana. Arwah bawak balik sekali mangga siam dan beras pulut hitam yang ditanam di kampungnya. Hari tu jugak arwah masakkan pulut hitam mangga ni untuk hidangan saya dan abang. Memang pelik rasanya masa itu sebab tak pernah jumpa hidangan pulut mangga melainkan pulut durian sahaja.

Untuk mengubat rindu kepada arwah, saya kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan semua. Selamat mencuba dan bolehlah di ubah suai mengikut kreativiti masing-masing. Untuk arwah nenek (Mok) al fatihah :-(



Bahan-bahannya:
2 cawan beras pulut-rendam dulu.
Segenggam beras pulut hitam (direndam lebih lama)
1 ½ biji kelapa (ambil 3 cawan santan)- boleh kurangkan kpd 1 biji kelapa untuk kurangkan lemak.
Buah mangga siam
Garam
Gula
Daun pandan

*arwah gunakan beras pulut hitam sepenuhnya tanpa dicampurkan dengan beras pulut biasa. Saya pernah buat tapi tak jadi lembut. Mungkin kena rendam lebih lama kot atau mungkin arwah gunakan beras baru (baru tuai). InsyaAllah, ada rezeki saya cuba lagi.

Cara memasaknya:
  1. Kukus pulut putih dan hitam bersama-sama. 
  2. Bila naik wap kali pertama, keluarkan dan kacau dengan 1 cawan santan + gula + garam.
  3. Kukus semula, bila masak, keluarkan dan kacau lagi  hingga sebati.
  4. Masakkan 2 cawan santan bersama-sama dengan daun pandan dan garam untuk sosnya....kalau kurang pekat boleh tambahkan tepung jagung.
  5. Potongkan buah mangga ikut suka anda.

Hidangkan pulut + mangga + santan = walla......selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...