Sudah lama memendam hasrat untuk memasak Nasi Goreng Nanas ni..baru sekarang tercapai hehehe..Macam-macamlah Cik Wan ni kan...Ini adalah diantara menu kegemaran Cik Wan bila ke restoran Thai. Selalu terfikir macam manalah chef menggoreng nasi ni. Lain sekali rasanya. Setelah lama mencari resepi dan caranya di internet, akhirnya Cik Wan terjumpa youtube daripada Pailin's Kitchen yang sangat popular tu. Dah setahun dok tengok tapi baru malam ni Cik Wan mencubanya. Wallahhhh..memang sedap sekali. Cik Wan gunakan nanas yang segar tapi belum masak ranum untuk mengurangkan manis dan airnya. Jom tengok resepi yang telah Cik Wan olah daripada resepi Pailin.
Nasi Goreng Nanas
Bahan-bahannya:
5 cawan nasi sejuk (untuk 4-5 orang makan)
½ labu bawang besar didadu
10 ekor udang-5 ekor dicincang kasar dan 5 ekor dibiarkan seekor2.
2 biji telur
½ mangkuk biji gajus yang telah digoreng/bakar
½ mangkuk nanas yang dipotong kecil
½ mangkuk cili benggala hijau dan merah didadu
½ sudu serbuk kari-Cik Wan guna serbuk kari daging
½ sudu serbuk lada sulah
Sedikit sos ikan
Sedikit kicap cair- Cik Wan guna lemak manis jer dalam 2 sudu
Garam
Gula
Cara membuatnya:
1. Sediakan semua bahan dahulu sebelum menggoreng nasi.
2. Panaskan minyak. Goreng udang yang seekor2 dahulu. Keluarkan.
3. Goreng udang yang dicincang. Keluarkan.
4. Menggnunakan minyak yang sama. Masukkan telur. Kacau.
5. Sebelum telur beku, masukkan bawang dadu, cili benggala dadu- kacau sebati.
6. Masukkan nasi bersama dengan serbuk kari, serbuk lada sulah, sos ikan, kicap, garam dan gula.
7. Kacau sebati dan terus masukkan gajus dan nanas. Masukkan udang cincang.
8. Kacau hingga nasi agak berderai dimana kesan kicap dan sos ikannya kering.
9. Siap. Semasa menghidang, hiaskan dengan udang yang digoreng….wallaaaahhh.
Selamat mencuba yer..