Selain daripada Ayam Telor Masin, ini satu lagi resepi yang saya memandai reka selepas makan Pho yang sebenarnya di Vietnam. Dengan bantuan Google, saya ubah suai sedikit kerana cik abang tak berapa sihat. Jadi saya kurangkan penggunaan minyak dan tulang serta perut lembu. Sepatutnya mengikut resepi yang saya jumpa, semua bahan perlu ditumis dan kuah atau stoknya menggunakan rebusan tulang, perut dan daging lembu. Untuk kali ini saya hanya rebus semua bahan dan hanya gunakan daging lembu sahaja.
Untuk kuah;
1 labu bawang besar, belah dua
2 ulas bawang putih, diketuk
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
Seinci halia, diketuk
Seinci lengkuas, diketuk
1 batang serai,diketuk
1/2 kg daging lembu
Sos ikan
Gula melaka/nise
Cara membuatnya;
Rebus semua bahan dalam periuk lebih kurang 2 jam, keluarkan daging. Tapiskan stok dan keluarkan semua bahan rebusan. Masukkan stok ke dalam periuk semula, panaskan dan sedia untuk digunakan.
Bahan-bahan sayur;
Daun selasih
Daun ketumbar
Taugeh dibersihkan
Cili padi dipotong
Asam limau nipis
|
Semua sayur ni dihidang tanpa dipotong ye.. |
Bahan laksa/mee;
Sepatutnya menggunakan laksa beras atau laksa tepung tapi saya gunakan kueh tiew. Basuh bersih untuk hilangkan kesan minyak dan toskan.
|
Dah siap dahhh.....
|
Sebelum tu jangan lupa hiris nipis daging tadi ye...
Saya paling suka sayur mayurnya terutama sekali daun selasih dan saya rasa bahan utamanya ialah daun ini. Kalau tidak, rasanya hampir sama dengan mee celup yang banyak terdapat di restoran Thai tu. Ok, selamat mencuba !!!