Sunday 29 July 2012

Sata Goreng

Satar...satar...bestnya makan panas-panas. Kalau balik kampung di Kelantan atau bercuti di Cherating atau Kemaman, inilah menu wajib yang saya cari. Tak sah kalau tak beli..hehehe hubbypun dah sedia maklum..kena juga beratur walaupun linenya panjang...hahaha
Tapi nak buatnya bukanlah susah sangatpun.. di Kelantan (kawasan Tumpat) resepi ini sudah dipermudahkan. Tak perlu dibungkus mahupun dibakar, goreng je macam bergedil. Memanglah tak sama, yang beza cuma aroma daun pisang yang terbakar tu, dari segi ingredient sama je...jom kita tengok resepinya;

Bahan-bahannya;

1/2 kg isi ikan  mentah...apa-apapun boleh...biasanya ikan sardin/selayang atau kembung. Dibuang kulitnya tau..
1/2 biji kelapa muda...parut.
7 biji bawang merah, banyak sikit
Sedikit halis
Seikat daun kesum- ambil daunnya sahaja dan hiris halus.
Garam, serbuk perasa

Cara membuatnya:

Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang hingga sebati...(kalau blend tak berapa sedap)
Masukkan hirisan daun kesum..lagi banyak lagi best.
Gaulkan dengan tangan, masukkan garam dan serbuk perasa.
Bulat-bulatkan (seperti bergedil tapi saiznya lebih kecil)
Goreng dan makan panas-panas (boleh makan begitu saja - macam makan sata dan otak-otak @ jadikan lauk)

Dah siap, beginilah rupanya;


Selamat mencuba.......

Ikan Percik


Masakan asli Kelantan nih...macam-macam versi ada...sesuai dimakan di bulan Ramadhan ni. Makan bersama nasi puti ataupun nasi kerabu...wahhh...yum...yum..jom kita tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahannya;

4 ekor ikan mambong/kembong yg gemuk2 tu...hehe (ikan selayang sebenarnya lebih sedap, tetap lembut walaupun dah sejuk)
1 biji kelapa ambil santan pekat..(nak kuah byk, blh tambah lagi kelapanya, saya dah gunakan santan segera tapi kuahnya kurang menjadi, tak tahulah kenapa)
6 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili kering (ni ikut suka)
seinci halia
Sekeping asam
Gula
Garam

Ikan di siang dan diperap dgn garam dan kunyit.

Semua rempah diblend bersama.
Masukkan dalam santan, masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga pecah minyak dan pekat.

Bakar ikannya...dah hampir masak sapukan sikit-sikit minyak daripada kuah percik tadi..macam bakar satay lah...(berasap dapur wooo)

Dah masak, letak atas pinggan dan tuang kuah perciknya...siap!!!

p/s: ada versi yg letak serai...kalau suka bolehlah letak.


Tadaaa....pagi-pagi ni bolehlah ke pasar untuk cari ikannya...jommm!!!

Kebab Ayam aka Roti Pita Ayam

Ini menu kegemaran anak-anak saya...suka sangat makan kebab di Kyros Kebab..mamanya kena pikir macam mana nak buat di rumah sendiri...alaaa...senang je kan? Anda semuapun dah biasa buatkan?

Bahan-bahan ayamnya;

Isi ayam diperap dengan rempah steak dan garam. (Ada rempah steak yang dah siap ada garam, so careful)
Grillkan atau goreng dalam minyak yang sedikit dalam kuali atau nonstick pan sahaja. Sejukan dan hiris halus-halus. Siap.

Bahan sayur aka coleslawnya;
Hirisan kubis segar
Hirisan carrot
Hirisan bawang besar
Gaulkan dengan;
Sedikit mayonais
Sedikit garam
Sedikit air limau nipis.

Bahan roti pitanya;
Kuali lepas grill ayam tadi digunakan untuk bakar roti tadi. Siap, potong dua dan belah.

Campurkan isi ayam tadi dengan coleslaw. Masukkan dalam roti pita tadi...siaaapppp!!!!
* bila siap, biasanya ayat biasa daripada anak-anak.."mamaaaa...boleh tak nak bawak bekal ni esok pagi?...bolehhh nakkkk..hehehehe.

satu je?...mana cukupppp...
Jom...sekali-sekala masak sendiri lebih menjimatkan dan yang penting bersih dan halal pembuatannya...

Nasi Mandy Yemeni

Saya sangat suka makan Nasi Arab...kalau sebulan dua tak ke Saba' di Cyberjaya tu, rasa macam tak lengkap je...dah cuba restoran Arab yang lain...tak samalah dengan Saba'. Lama-lama terpikir, apa kata kalau masak sendiri...maka terhasillah menu ni...insyaAllah, berbaloi untuk dicuba...


Rempah Mandy:
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pala
1 sudu makan halia kering( saya pakai serbuk je)
4 helai daun bay/salam

Grind semuanya sampai halus ( rempah ni saya x gunakan semua...tadi guna 2 sudu besar utk perap ayam dan 1 sudu utk nasi...masih ada lebih lagi...)

Ayam Mandy :
1 ekor ayam potong 4 (Rebus dengan air secukupnya hingga masak mengunakan 1 sudu rempah Mandy dan sedikit garam dan toskan, simpan air rebusan )
2 sudu rempah mandy
2 sudu serbuk jintan putih (yang ni la rempah killer dia...banyak sikitpun tak apa)
sedikit serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
Garam
Gaul bersama, perap sekejap dan bakar dlm aluminium foil di alas dgn hirisan bawang besar dan lemon.
Kalau suka boleh pan grill dlm kuali nonstick...sedap jugak.



Nasi Mandy
2 pot beras PUSA, basuh dan rendam 20 minit...toskan
3 sudu minyak dan 2 sudu butter ( tadi pakai minyak zaiton....minyak biasapun boleh)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sesudu rempah mandy
buah tomato dibuang biji dan di dadu
bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun salam/bay.
3 pot air rebusan ayam tadi (2 1/2 pun blh...tgk beras)

Tumis semua bahan tadi di atas...dah layu/sedikit brown...masukkan beras...kacau..dan masukkan air...tanak spt biasa.
Hampir masak,titiskan pewarna kuning (takde saffron..heheheh), buat lubang di tengah nasi dan masukkan mangkuk kecil yang dibuat daripada aluminium foil..tuang minyak dalam mangkuk, masukkan arang bakar...tutup periuk, supaya asap dapat menyerap dalam nasi. 10  15 minit, buang mangkuk aluminium tadi dan gemburkan nasi. Siap!!
Kalau tak nak buat langkah ni pun takpe...
 Bila nasi dah masak, bolehlah digembur-gemburkan...


Macam kat Saba' kan..hehehe...
Untuk Sambal (Salata Hara): 2 biji buah tomato
3 biji cili api
Blend tanpa air...masukkan sesudu kecil garam dan hirisan daun ketumbar..siap

Untuk salsa:
1 biji buah tomato, buang biji dan dadu
1 biji timun buang biji dan dadu
1 labu bawang besar merah..dadu
2 biji cili api
daun ketumbar
perahan lemon..asam limau nipis lagi sedap la..
garam dan gula...gaul sebati...siap..
Wallaaaa.....siap!!!Ayamnya tak nampak pulak ye..hehehe

Banyak langkah jugakkan?...tapi bak kata orang Kelantan..no pain no gain..hehehehe..selamat mencuba...

Saturday 28 July 2012

Laksa Lemak aka Laksa Kelantan

Banyak-banyak jenis laksa, laksa ni dah sebati dengan jiwa saya...hihihi..sedap manapun laksa lain, laksa kelate juga idaman kalbu..huhhh...kelate fanatik nih...hahah..jom kita tengok resepinya;

Untuk kuah;
1 kg ikan (sardin/selayang, kembongpun boleh...tapi tak payahlah nak guna ikan parang atau ikan mahal yang lain...laksa ni bukan macam laksa Johor..agaknya ni laksa golongan marhaen sahaja..hikhikhikk..
2 biji kelapa diambil santannya (jangan terlalu pekat)
10 biji bawang merah kecil
1 sudu lada hitam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Asam keping
* ada orang tidak masukkan bawang putih dan halia. Pengalaman saya yang diajar oleh Mek yang menjual laksa dan lakse, kedua-dua bahan ini akan menghilangkan bau hanyir dan kuah jadi lebih beraroma dan wangi)

Cara-cara membuatnya;
Rebus ikan dengan garam dan asam keping. Sejukkan dan asingkan isi dengan tulangnya.
Mesinkan isi ikan dengan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan dalam santan.
Tumbukkan lada hitam dan masukkan sekali ke dalam santan.
Masukkan garam, 4 asam keping dan sedikit ajinomoto. Masak hingga menggelegak. Siap.
* jika suka boleh blend tulang ikan berasingan dan tapiskan ambil airnya. Tapi kesannya ialah kuah akan menjadi sedikit hitam/gelap. Jika mahu kuah putih bersih, jangan masukkan air tulang tadi)
* orang kelantan biasanya akan masukkan gula dan kuah akan menjadi sedikit manis...saya pula kurang berselera kalau manis...heheheh..maklumlah...kelantan celup daaa..
Siap...eh!! laksanya macam mana?..hehehe
Laksanya:
Boleh cari di Pasar Besar Selangor atau di Pantai Dalam (Ahad)...fresh from Kelantan...hehehe
Kalau tak ada, boleh cari di Tesco jenama Twenty (paket warna oren)...setakat ni jenama tu sahaja yang 100% kandungan beras...senang direbus dan lembut seakan-akan laksa segar.

Laksa dihidang bersama dengan:
a) Ulam-ulam seperti;
Daun Kesum
Kacang panjang
Taugeh
Timun
Bunga Kantan
Pucuk Samak aka pucuk muda daun Salam
Daun Selasih jika suka..

b) Sambal lada
10 biji cili padi
1 sudu besar garam
Tumbuk hingga lumat.

c) Belacan
Letakkan je atas piring dengan sudu kecil..hehehe..sape yang suka boleh ambil...huhhh real kelantanese...

eeeiikkkkk...mana belacannya?
Nah...resepi dah ada...tak payah pergi Kelantan dah boleh masak dan menikmatinya sepuas hati...selamat memasak ye...

Nasi Briyani Ayam

Resepi ni saya belajar daripada seorang kawan dari Bangladesh, tapi kali ini saya ubah sikit cara memasak nasinya. Saya gunakan resepi ayam briyaninya dan gabungkan dengan cara yang saya pelajari dari youtube...
Briyani lapisan.
Bahan-bahan untuk Ayam Briyani:

Seekor ayam dipotong dan ditoskan

1 labu bawang besar-
5 biji cili kering
1 sudu jintan manis
1 biji buah pala
5 biji badam
3 biji buah keras
1 kotak kecil kismis
1 sudu kecil lada putih
Semua bahan di atas digoreng dan dimesin.
1 inci halia
3 biji bawang putih.
1 cawan yogurt.
15 biji cili padi dibelah dua.

Rempah kasar:
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 helai daun bay
l sudu lada hitam

Cara memasaknya;
Panaskan minyak dan tumiskan rempah kasar hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia tumbuk. Tumis sampai wangi.
Masukkan rempah yang telah digoreng dan dimesin. Kacau.

Masukkan ayam, kacau dan masukkan yogurt.
Masukkan cili padi yang telah dibelah dan perisakan. Kacau hingga ayam masak.
*kalau tak ada yogurt, boleh digantikan dengan tiga sudu susu tepung dicampur dengan 2 sudu butter cair dan setengah sudu gula.

Inilah rupa briyani ayam yang dah masak...
Untuk nasinya;
1 kg beras basmathi yang direndam lebih kurang 3 jam dan toskan
Pewarna kuning (resepi asal guna saffron)
Perisa ros.
Panaskan air dan rebus beras tadi hingga el dente (beras tu seakan-akan menari-nari dalam periuk rupanya)
Toskan dan sedia untuk dilapiskan dengan ayam.
beras yang direbus separuh masak...
Ok...dah boleh dilapiskan. Mula-mula lapiskan ayam briyani diikuti dengan lapisan beras silih berganti. Lapisan atas disudahi dengan lapisan nasi.
Titikkan warna kuning dan perisa ros di atas lapisan nasi teratas dantutup periuk dengan kemas.
Dah sedia untuk dimasak menggunakan api yang sangat perlahan.

Dah siap dilapis....
Bila dah masak, bolehlah dihidangkan dengan acar sayur bermayonaise dan juga dalca kalau suka...

Dah masak...uuummm...sungguh wangi!!!
Langkahnya agak complicated, tapi sekali dah buat ia akan jadi biasa dan berbaloi untuk dimasak..selamat mencuba ye?

Wednesday 25 July 2012

Ayam Goreng Telor Masin

Ini menu hari ke dua Ramadhan..yang saya padankan dengan tomyam campur serta kailan goreng belacan. Masa pergi ke Vietnam bulan Mei lepas, makan masakan ini di sebuah restoran Muslim di sana..apalagi..bila balik ke Malaysia, saya godek-godekkanlah resepinya...maka terhasillah resepi rekaan dan inovasi sendiri..hehehe maklumlah nak tanya kat tukang masak restoran tu seganlah pulak...hehehe

Bahan-bahannya;

Sebelah ayam dipotong kecil.
Perap ayam dengan:
2 ulas bawang putih tumbuk
Sedikit halia tumbuk
Sesudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
Sedikit garam

Bahan salut:
2 biji telor masin (ambil kuningnya sahaja dan lenyek hancur)
2 bijio telor ayam (ambil kuning sahaja, pukul dengan garfu)
2 sudu butter + sesudu minyak masak
Sedikit daun kari
Sedikit cili padi potong

Cara-cara:
Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.

Di dalam kuali lain, panaskan butter dan minyak.
Bila butter dah cair, masukkan daun kari dan cili potong. Kacau.
Masukkan telor kuning segar.
Kacau tanpa henti diikuti dengan telor masin.
Bila sudah berjurai dan berbuih, masukkan ayam goreng dan kacau rata cepat-cepat.
Siap.


Gaya masaknya ala-ala butter prawn, tapi untuk ayam ni saya tidak masukkan susu segar. Selamat mencuba ye...


Wallaaa...!!!

Air Asam Terung Bakar

Assalamualaikum...salam Ramadhan penuh barakah..

Alhamdulillah...sudah 5 hari kita berpuasa..semoga puasa dan ibadah kita sempurna dan diterima Allah.

Hari ini saya ingin share menu hari ke 3 saya....air asam buah terung bakar..teringin nak makan masakan masam-masam pula...hehehe...ni resepi yang diajar oleh nenek sebelah Mek saya...dah lama tak makan. Caranya mudah saja, pakai campak-campak je...siap..hehehe

Bahan-bahannya:

Beberapa biji buah terung panjang (dibakar hingga isi dalamnya lembut, dibasuh buang kulitnya)
@ boleh juga dicelur sahaja...tak perlu buang kulit.
Sebiji buah asam limau nipis
Sedikit garam
Sedikit ajinomoto
Sedikit belacan
Cili padi dipotong halus
Bawang kecil dimayang nipis.

(Rasanya mesti masam masin dan bau aroma belacan dan bawang...tak perlu letak gula)

Cara-caranya:
Bakar buah terung atas dapur hingga hitam/isi dalam lembut.
Basuh dan buang kulitnya.



Satukan belacan (dilenyek), air asam, bawang kecil potong, cili padi potong, garam, ajinomoto dan sedikit air masak. Jika suka berkuah, banyakkan air masak dan tambahkan bahan-bahan lain ikut kesesuaian.


Satukan semua bahan...huh!!! kecur air liur baunya...
Letakkan buah terung yang sudah dibersihkan, masukkan kuah air asam tadi...wallaaa...!!!!

Masa nak makan tu bolehlah dipotong kecil-kecil...tapi kalau dicelur tak payah sebab senang je nak tarik buah terung tu...hehehe...selamat mencuba ye....
Hehehe...tengok saprah suratkhabar tu...hehehe...layan je la..senang makan dengan anak-anak...lepas makan terus bungkus dan buang...setel....:-)

Sunday 22 July 2012

Baked Macaroni


 
Kadang-kadang rasa boring nak makan nasikan? Jadi bolehlah cuba masak makaroni bakar ni. Senang saja tapi sedap. Cara membuatnya juga mudah dan kalau tidak cukup semua bahan yang disenaraikan, kita masih boleh memasaknya...yang penting ada makaroninya kan..hehehe
 
Bahan-bahannya;

Macaroni (500gm) rebus el dente
2 tin sos prego Carbonara Mushroom
Seafood- udang, kupang atau sotong...kuantiti ikut suka)
Daun  parsley
Daun atau serbuk oregano (wajib ada ni..)
Shitake mushroom, button mushroom pun blh..
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
1 cawan susu segar
Cheese (mozarella, dan apa2 cheese yang ada kat dapur tu..)
Cara:
Goreng macam biasa semua bahan macaroni dengan seafood tu..
Tumiskan bawang, masukkan seafood, letakkan semua daun dan mushroom, masukkan sos. Masukkan makaroni. Perisakan  masin manisnya.Siap.


Susu dibancuh dengan telor, masukkan white pepper. Siap

Griskan mangkuk dengan butter
Lapiskan adunan makaroni berselang seli ngan bancuhan telor.
Atas sekali /topping, taburkan cheese.
 
 
                                                   Macam ni sebelum bakar..
 
Kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga cheese di atasnya sedikit kekuningan...siapla..walaaaa!!!
 
Selamat mencuba....:-)

Kari Ikan Mamak Style

Kari kesukaan cik abe..
Hari kedua Ramadhan...aii...takkan dah tak ada ide masak untuk berbuka nanti? Apa kata hari ni kita masak kari ikan mamak style..hihihi..jadi mamak la pulak hari ni..

Bahan-bahannya;
Kepala ikan merah/tenggiri
Sekeping potongan ikan(mana yang kita pilih tadilah)
Udang jika suka (saya suka campur udang sebab anak ketiga tu lebih suka makan udang)

Rempah;
Sepeket serbuk kari ikan
sesudu halba campur
5 ulas bawang kecil-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
seinci halia-tumbuk
Sesudu serbuk cili/cili boh...nak mesin cili keringpun boleh..
Secawan santan...kadang-kadang saya tak masukkan santan langsung..
Selabu bawang besar dimayang (boleh juga guna bawang besar sahaja tanpa bawang kecil...lebih mudah)
Daun kari
Dua pohon daun ketumbar
Buah mangga (kalau ada)
Asam jawa.

Sayur-sayur;
5 biji bendi
1 biji terung bulat

Garam
Gula (Boleh dikecualikan...saya tidak letak jika gunakan santan)

Cara-cara memasak;
Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan hirisan bawang besar dan goreng sampai sedikit kekuningan.
Masukkan halba campur. Kacau sebentar. Masukkan daun kari dan bahan tumbuk (bawang kecil, bawang putih, halia dan cili)
Tumis hingga naik minyak dan wangi.
Masukkan rempah kari. Bila naik minyak masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan hirisan mangga, akar dan batang ketumbar. 
Bila menggelegak, masukkan ikan serta perasakan. Bila hampir masak, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan daun ketumbar.
Rasa kari ini mesti masin dan masam....sama seperti kari ikan di kedai mamak...hehehe..

Selamat mencuba. 
          tadaaaa!!!!!

Saturday 21 July 2012

Lompat Tikam

masakringkasringkasje
Huhuhu...kecur mulut saya tengah-tengah hari ni...lompat tikam resepi turun temurun keluarga saya.
Ini di antara menu wajib keluarga pada bulan puasa dan juga telah menjadi kuih utama (kira macam signature dish lah..hihi) Mek saya yang berjualan kuih sejak beliau anak dara lagi.

Macam-macam versi ada sekarang, tapi saya memang konservatif dalam bab-bab ni...sebijik saya ikut cara  Mek buat sejak dulu lagi....kalau ubah tu..rasa macam bukan lompat tikam lagi dah...dah jadi fusion dish la pulak...hehehe, ada-ada saja..saya buat ni selalunya pakai agak-agak je sebab dan biasa..jadi bila nak buat sukatan agak rumit..tapi tak apa...cuba dulu dan agak-agaklah sukatannya kemudian ye...selamat mencuba!!

Bahan-bahannya:
Bahagian Hijau: Kena buat awal, sehari awalpun tak apa...simpan dalam fridge..lagi senang nak potong atau kaup nanti, kalau rajin boleh masukkan dalam acuan...

2 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air daun pandan (boleh campur sikit dengan pewarna hijau apple)
4 cawan air.

Sebatikan, tapis dan kacau atas api. Kacau sehingga berkilat seperti lilin dan ada gelembung lup...lup..lup...Adunan ni mesti masak betul.Kalau tidak ia akan berair dan mudah basi. Masukkan ke dalam acuan/bekas dan sejukkan.

Bahan Kuah Putih

1 biji kelapa diambil santan pekatnya.
sedikit garam.
2 sudu  tepung jagung/tepung beraspun boleh untuk memekatkan.

Sebatikan santan dengan garam. Masak atas api dan bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah jadi pekat dan masak. Jangan sampai pecah minya pulak ye.

Bahan Pulut Merah

2 cawan beras pulut dibersihkan
3 sudu minyak masak (jika suka boleh letak santan...saya tak suka..lemak sangat)letak minyak lebih cantik.
sedikit garam
sedikit pewarna merah/pink.

Campurkan semua bahan dan masak pulut macam biasa. Macam biasa?..hehehe...maknanya paras air dilebihkan hanya 2 cm daripada paras pulut, tutup periuk dan gunakan api kecil sahaja (Guna rice cooker lagi bagus)

Bahan Gula Melaka

Beberapa keping/ketul gula melaka
2 helai daun pandan
air secukupnya

Masakkan semua bahan bersama-sama. Kena pekat sikit ye...sejukkan dan tapis. Siap!!>

Cara menghidangnya....rujuk gambar ye..hahaha..picture speaks a thousand words...

Selamat mencuba..dan selamat berbuka...bye!!



ReD VeLveT Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan puasa ni diharapkan blog ni makin maju berkembang..jari-jari tidak layu dan malas nak mengetuk keyboard..dan resepi-resepi masakan yang telah sedia terkumpul dapat diuploadkan...huhhh...semangat ni.
Maka dengan semangat yang membara ini saya mulakan satu Ramadhan ini dengan kek Red Velvet yang saya buat dua hari sebelum ketibaan Ramadhan..
Resepi ni saya ambil dari blog intanberlian87.blogspot, with some modification....terima kasih banyak-banyaklah kerana tidak lokek memberi resepi, sekali cuba dah jadi....jazakallah..
Tak adalah modified manapun, cuma seperti yang dicadangkan oleh beliau buttermilk tu saya gantikan dengan susu segar dicampur cuka, jus lemon tu saya gantikan dengan sunquick..hahaha...kita yang buat diakan?...kadang-kadang bila jari-jemari dah teringin nak masak, pandai pula kita menggodeknya kan?..nak tunggu cukup semua bahan, alamak tak masaklah kita...hahaha..
So, inilah hasilnya...kata anak-anak dan kawan-kawan...sedapppp!!! terima kasihlah atas pujian tu...saya sendiri tak boleh nak makan banyak-banyak sekarang ni...tengah diet ni..kang tak berbaloi pula plan diet tu...hehehehe...selamat cuci mata ye!!!

kek yang telah dipotong dua...lembutttt!!!



sapukan dengan frosting creamcheese..


tadaaaa...mabeles!!!

Jom...jangan tengok aje...cepat-cepat buat ye....memang sedapppp!!!

Salam Ramadhan



Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan untuk semua...
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan, keberkatan, rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

p/s:.hati rasa sayu..syahdu..rasa nak terbang je balik kampung...seronoknya menyambut ramadhan bersama ibu tercinta...rindu juga suasana dan aura berpuasa di kampung...jauhhhh sangat bezanya dengan suasana di bandar ni. Waaaaa!!!!! nak balikkkkk!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...