Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Saturday 27 July 2013
Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh Berkerang.
Resepi turun temurun, tak sah kalau tak buat bulan-bulan puasa ni. Kalau di kampung kami geng dapur siap buat acara ratah-ratah lagi lepas makan dan bila geng-geng lelaki dah pergi solat..hehehe. Tapi resepi asal dulu tak letak kerang ni..paling best kami letak perut lembu rebus..huhhhhh lagi power!!!
Bahan-bahan sambalnya;
1/2 biji kelapa-jadikan keresek.
4 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
4 ekor ikan sardin/selayang dibakar
Tumbuk lumat semua bahan, macam gambar dibawah ini.
Bahan perasanya seperti gambar dibawah ni,
Masukkan semua bahan dalam satu bekas, masukkan gula, garam dan perah asam limau nipis. Gaul sebati. Siap.
Selamat Mencuba....
Bahan-bahan sambalnya;
1/2 biji kelapa-jadikan keresek.
4 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
4 ekor ikan sardin/selayang dibakar
Tumbuk lumat semua bahan, macam gambar dibawah ini.
Bahan perasanya seperti gambar dibawah ni,
Gunakan santan pekat (dalam 1/2 biji kelapa-nak 1 bijipun lagi sedap dan lebih banyak kuah)
Gunakan kerang rebus- bersihkan kerang, masukkan dalam periuk, jangan letak air..tutup periuk dan rebus. kerang akan masak dengan airnya sendiri. dah sejuk boleh kupaskan isinya.
Ini sayur yang saya guna, pucuk paku direbus layu, taugeh rebus sekejap je dan bawang besar dimayang. Masa siang pucuk paku jangan gunakan pisau nanti terpotng sekali bahagian yang dah keras. Siang guna tangan dan patah-patahkan saja sebab kita nak buat kerabu, perlukan bahagian yang lembut sahaja.
Masukkan semua bahan dalam satu bekas, masukkan gula, garam dan perah asam limau nipis. Gaul sebati. Siap.
Selamat Mencuba....
Daging Goreng Lada Hitam dan Halia Chinese Style
Live dari atas dapur hehehe..layan je lahhh
Saya suka sangat gunakan Pan Vantage sebab sangat menjimatkan masa terutama untuk hidangan daging. Lauk ini saya masak 15 minit sebelum buka puasa tapi bahan-bahannya saya dah siapkan dulu. Sempat lagi saya pi ronda-ronda cuci mata kat kedai perabut..tengok-tengok katil untuk anak dara kecik tu...hhmmm tengok je, tak ada pulak yang berkenan di hati. Jom tengok resepi yang ringkas ni..hari ni anak-anak dah request suruh buat lagi sebab tak puas makan semalam.
Bahan-bahannya;
1 mangkuk daging segar yang dihiris nipis.
2 sudu sos tiram
10-15 biji lada hitam ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan lada hitam
1/2 sudu minyak bijan
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
Sayur-sayurnya;
2-3 inci halia muda di hirip nipis
1 labu bawang besar dimayang
1/2 biji lada benggala-potong panjang2
Cara-caranya;
- Perapkan daging dengan sos tiram, bahan tumbuk, minyak bijan, kicap dan garam.
- Biarkan sejam dua untuk lebih mesra.-nak masak terus pun boleh
- Gunakan pan vantage (dalam kuali biasapun boleh)
- Masukkan daging dalam pan. tutup dan buka untuk kacau sekali sekala. Masak hingga air daging kering.
- Masukkan sedikit minyak. Kacau hingga mesra dengan sudip kayu atau plastik.
- Masukkan semua bahan sayur. Kacau. Siap.
- kalau lambat lagi nak dihidangkan, tutup api, tutup pan dan hidangkan bila tiba masa untuk makan.
Ayam Goreng Telor Masin
Resepi ni saya pernah kongsikan di sini, Tapi saya tulis balik sebab ada sedikit modification walaupun bahannya masih lagi sama.
Bahan-bahannya;
Sebelah ayam dipotong kecil.
Perap ayam dengan:
2 ulas bawang putih tumbuk
Sedikit halia tumbuk
Sesudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap
Sedikit garam
Bahan salut:
2 biji telor masin (rebus, ambil kuningnya sahaja dan lenyek hancur)
2 biji telor ayam (ambil kuning sahaja, pukul dengan garfu)
2 sudu butter + sesudu minyak masak
Sedikit daun kari
Sedikit cili padi potong
Cara-cara:
- Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
- Di dalam kuali lain, panaskan butter dan minyak.
- Bila butter dah cair, masukkan daun kari dan cili potong. Kacau.
- Masukkan telor kuning segar.
- Kacau tanpa henti diikuti dengan telor masin.
- Bila sudah berjurai dan berbuih, masukkan ayam goreng dan kacau rata cepat-cepat.
- Siap.
Asam Pedas Tenggiri
Asam pedas memang kegemaran saya dan Nur Alis tapi abahnya tak berapa suka. Tapi dah hari-hari berbuka ikut selera dia, hari ni ikut selera kami pula hehehe.Tapi saya gorengkan jugak Mee bodoh kegemarannya sejak dulu. Dia makan mee, kami makan nasi dengan asam pedas dan Sambal Tempe Goreng Petai degan Ikan Bilis..uuuhhhhh mabelesss!!!
Bahan-bahannya;
4 keping tenggiri-saya guna bahagian kepala dan 3 keping isi.
1 sudu halba
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedkit halia
Sedikit belacan
8-10 biji cili kering
1 mangkuk air asam jawa- saya guna asam jawa yang belum dibancuh, bukan yang segera.
Garam
Gula
Sayurnya;
Bendir
Terung
Lobak Asin
Tomato
Daun kesum
Cara-caranya;
- Mesin bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga lumat.
- Panaskan minyak dan masukkan dahulu halba. Goreng sekejap.
- Masukkan bahan mesin dan tumis hingga garing.
- Masukkan air asam dan tambah kuah ikut kuantiti yang disukai.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan terung, daun kesum dan lobak asin dahulu.
- Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan bendir serta tomato. Biar menggelegak sekali lagi.
- Siap.
Black Pepper Steak ala Cik Wan
Ini menu yang diminta anak-anak untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, buat sendiri lebih menjimatkan. Sebenarnya masak menu macam ni lebih mudah dan dapurpun tak bersepah sangat berbanding dengan masak masakan kita. Saya masuk dapur pukul 6.45, by 7.25 dah siap semuanya untuk berbuka. Tapi mungkin juga saya buat tak banyak, kalau buat banyak jangan cuba nak masuk pukul 6.45..tak sempat berbuka nanti hehehehe. jom, kita tengok resepinya;
Bahan steaknya; (boleh buat awal)
5 keping daging steak-Cik Wan guna Strip Loin Beef
2 sudu besar rempah steak- kalau tak ada boleh tumbuk lada hitam sahaja
Sedikit garam.
Cara-caranya;
- Perapkan daging steak dengan rempah dan garam.
- Masukkan dalam beg plastik dan perap dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
- Hari ni saya gunakan Pan Vantage, 5 keping tu ambil masa dalam 15 minit je...dah siap semua masukkan balik dalam pan, tutup api dan tutup pan supaya daging kita panas tapi moist masa nak menghidang nanti.
Kentang Putar
5 biji kentang- dicuci dan dikupas kulitnya
2 sudu mentega
Sedikit susu segar
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Cara-caranya;
- Rebus ubi kentang hingga betul-betul lembut bersama sedikit garam.
- Bila dah masak lembut, toskan airnya.
- Masa panas-panas tu, masukkan mentega, lada sulah dan susu.
- Lenyek menggunakan masher untuk buat cucur pisang tu..hehehe
- Sambil2 lenyek masukkan susu segar sedikit demi sedikit hingga kita dapat consistency yang kita suka. Kalau nak dapat macam kat KFC tu, kena lebihlan sikit susunya. Tapi Cik wan tak suka cair sangat :-)
- Siap.
Coleslaw
Kubis segar
Carrot
Bawang besar
4-5 sudu mayonis
2 biji Cili padi-hehehe mat salleh tak letak ni, kita buat ikut tekak kita sikit
Asam limau nipis
Garam
Cara-caranya; (boleh buat awal)
- Satukan mayonis dengan cilipadi, garam dan perah asam limau nipis. Kacau sebati.Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Dekat-dekat nak makan nanti gaulkan dengan sayur-sayur tadi, baru coleslaw kita fresh.
- Sagat semua sayur termasuk bawang.(masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais kalau tak dimakan terus)
- Kalau untuk dimakan terus, bolehlah digaul masa tu jugak.
French Fries- goreng je yang dibeli kat kedai tu hehehe
Sos black pepper;
1 botol kecik (rasanya dalam 250g) sos black pepper- saya guna jenama Life (anda boleh juga guna yang serbuk)
1 1/2 botol air- guna botol yang sama (botol sos tadi)
2-3 susu tepung jagung.-bancuh dengan sedikit air
cara-caranya;
- Masukkan semua sos dan 1 1/2 botol air ke dalam periuk.
- Kacau hingga jadi panas.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menggelegak.
- Tengok kepekatannya- yang cik wan buat hari ni agak cair, buat lebih pekat untuk nampak lebih cantik dan melekat pada dagingnya.
- Siap.
Friday 19 July 2013
Kerabu Mangga Ikan Bilis
Kerabu mudah dan boleh tahan hingga sahur sebab tak gunakan santan.
Bahan-bahannya
3 biji buah mangga muda
1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
1 labu bawang besar
1/2 mangkuk kelapa goreng
Sedikit belacan
Garam
Gula
Asam limau nipis
Cara-caranya;
- Sagat buah mangga.
- Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
- Masukkan dalam buah mangga tadi.
- Tumbuk halus kelapa goreng.
- Masukkan dalam mangkuk mangga.
- Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
- Gaul/Ramas- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
- Siap.
Ghodok
Ini kuih tradisional Kelantan.
Senang nak buat kuih ni tapi kali ni saya derhaka sikit . Saya gunakan Pan Vantage, sepatutnya bakar sebelah saja.tapi entah macam mana gatal-gatal tangan pergi terbalikkan..hehehehe jadilah rupa macam ni..tapi rasaya Masya Allah..sedap sangatlah pada tekak kami sekeluarga. Andapun boleh cuba. Kalau tak ada Vantange atau mana2 pan magic tu boleh bakar dalam loyang/bekas direct atas dapur gas..senang.
bahan-bahannya:
6 biji telur
1 keping gula melaka yang besar
2 sudu gula
2 helai daun pandan
2 kuntum bunga cengkih.
cara-caranya;
Senang nak buat kuih ni tapi kali ni saya derhaka sikit . Saya gunakan Pan Vantage, sepatutnya bakar sebelah saja.tapi entah macam mana gatal-gatal tangan pergi terbalikkan..hehehehe jadilah rupa macam ni..tapi rasaya Masya Allah..sedap sangatlah pada tekak kami sekeluarga. Andapun boleh cuba. Kalau tak ada Vantange atau mana2 pan magic tu boleh bakar dalam loyang/bekas direct atas dapur gas..senang.
bahan-bahannya:
6 biji telur
1 keping gula melaka yang besar
2 sudu gula
2 helai daun pandan
2 kuntum bunga cengkih.
cara-caranya;
- Masakkan gula melaka, gula dengan 1/2 cawan air dan daun pandan hingga gula hancur.
- Sejukkan.
- Satukan telur dalam satu bekas bersama-sama bunga cengkih.
- Pukul dengan garfu hingga sedikit kembang..jangan kembang sangat.
- Masukkan air gula yang dah disejukkan tadi. kacau sebati.
- Masukkan dalam loyang dan bakar atas dapur hingga beku (sedikit hangit dibawahnya)
- Siap.
*saya juga biasa bakar guna oven dengan mode grill api atas bawah.
Selamat mencuba...
Saturday 13 July 2013
cuti memasak :-)
Assalamualaikum.
Maaf kerana lama dah tak update blog. Sebenarnya saya sekarang baru berpindah ke rumah baru, segala-galanya masih kelam kabut malah belum sempat memasak lagi dalam minggu ni..asyik beli kedai sahaja naik muak rasanya.
In Sha Allah, bila semua sudah settle nanti, Cik Wan akan bersiaran semula. Tunggu Cik Wan yeeeaa :-)
Maaf kerana lama dah tak update blog. Sebenarnya saya sekarang baru berpindah ke rumah baru, segala-galanya masih kelam kabut malah belum sempat memasak lagi dalam minggu ni..asyik beli kedai sahaja naik muak rasanya.
In Sha Allah, bila semua sudah settle nanti, Cik Wan akan bersiaran semula. Tunggu Cik Wan yeeeaa :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)