Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Friday, 19 December 2014

Cucur Udang Versi Kak Faridah

Cucur Cik Wan

Cucur Kak Faridah
Ingat tak lagi Cik Wan dah janji nak update resepi cucur bilis yang Cik Wan suka buatan Kak Faridah? Rujuk Cucur Udang ala-ala Cucur Kembung
Cik Wan dah ke rumah beliau untuk belajar secara langsung daripadanya. Kak Faridah ni memang sporting..tapi macam yang Cik Wan cakap, dia main campak2 je bahan-bahan dan sukatannya...hehehe.
Rupa orang baru lepas berkebun..terus masuk dapur layan request adik2..hehehe





Yang ni tangan Cikgu Hazlin yang turut sama dalam kelas tak rasmi ni..sorang lagi Cikgu Kalbi hehehe


Resepi Kak Faridah hampir sama dengan saya punya, tetapi dia mencampurkan 1 biji kentang parut manakala bancuhannya lebih pekat/keras..itu sahaja. Maksudnya, dalam resepi Cik Wan tu, hanya kurangkan air panasnya menjadi 11/2 cawan dan air sejuknya dimasukkan sedikit2 sehingga baternya sebati tetapi jangan sampai watery/berair/cair.

Selamat mencuba ye..


Wednesday, 17 December 2014

Jemput-Jemput Pisang Sedap Tak Ingat...


Jemput-jemput pisang  sangat sedap dijadikan sarapan di musim-musim hujan ni. Arwah nenek dulu selalu buat jemput2 ni untuk hidangan saya yang kelaparan  selepas balik dari mengaji Quran...maklumlah, dulu2 kita pergi mengaji pukul 7.00am, pukul 10.00am baru balik ke rumah. Maklumlah muridnya beratus2 orang apatah lagi musim cuti sekolah. Jemput2 nenek biasanya besar-besar, hitam dan berat..tiada bahan lain selain daripada tepung, pisang, gula dan garam tapi bagi saya itulah jemput2 yang paling sedap di dunia ini...tak pernah saya jumpa lagi.

Jemput2 cara nenek biasa juga saya buat tapi tak pernah menjadi..entahlah..rahsia air tangan kot.
Jemput2 versi Cik Wan ni digemari oleh anak-anak dan suami..alhamdulillah..lain orang, lain air tangan tetapi semoga kekal di ingatan anak2 dan suami seperti mana kekalnya ingatan saya terhadap jemput2 arwah nenek..

Jom, tengok resepinya;

Bahan-bahannya;

6 biji pisang montel
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonart
1 sudu kecil serbuk yis (mauripan)

Cara-cara membuatnya:
  1. Lenyekkan pisang hingga lumat.
  2. Masukkan gula, garam, soda dan yis. Kacau hingga semua sebati.
  3. Baru masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
  4. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.
  5. Goreng hingga agak kehitam-hitaman. Siap!!.

Thursday, 11 December 2014

Cucur Udang ala-ala Cucur Kembung


Setiap kali buat cucur udang biasanya saya akan gunakan bahan seperti tepung, telur, sedikit yeast dan soda bikarnonat. Hasilnya memang bulat2 dan lembut gebu. Tapi saya juga suka cara tradisional tanpa gunakan yeast dan soda hatta telur...ini cucur yang paling sedap dibuat oleh kakak senior saya iaitu Kak Faridah. Saya minta resepi daripadanya, dia cakap hanya gunakan air panas...tanpa sukatan, tahu sajalah bila pro yang masak, main campak2 saja..kita yg tak berapa pandai ni buat dua tiga kalipun tak jadi hahahah...
Kali pertama saya buat, langsung lembik sangat walaupun bentuknya bulat comey. Kali ni saya adjust sikit dan hasilnya lebih baik dan yummy hehehe..

Bahannya;

3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 cawan air sejuk
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 peket udang kering- basuh bersih dan tumbuk lumat
5 tangkai/pokok kucai- potong pendek2
1 labu bawang besar- dadu
1 biji cili merah besar- dadu


Cara-caranya;
  1. Masukkan 2 cawan tepung dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan 2 cawan air panas, kacau dengan cepat- tepung akan jadi masak dan jernih sedikit.
  3. Masukkan 1 cawan air sejuk, kacau sebati jangan bergentel.
  4. Masukkan garam dan gula. Kacau (garam dan gula boleh juga dimasukkan ke dalam air dahulu)
  5. Masukkan lebihan 1 cawan tepung gandum tadi, kacau sebati.
  6. Baru masukkan bahan udang kering, kucai, bawang dan cili.
  7. Kacau sebati. Siap untuk digoreng.
p/s: lepas buat cucur ni, saya terus buat appointment dengan Kak Faridah untuk belajar buat cucur ni kat rumah dia...dah belajar nanti, saya sharekan resepi dan cara membuatnya ye :-)

Friday, 26 September 2014

Potato Fritters Versi Cikgu Wan

Sekarang ni demam Potato Fritters atau cucur kentang kat FB. Cik Wan pun dapat request daripada kengkawan untuk membawanya ke sekolah. Kebetulan ada banyak kentang lebih buat Shepherd Pie baru ni, bolehlah buat untuk sarapan tadi.

Yang lucunya malam tadi cikwan sibuk dok pulun marking kelas yang terakhir jadi tak sempat nak buat apa2 persediaan. Terjaga pulak dalam pukul 5.30am...terkejar-kejar mengupas kentang, mengopek udang pendek kata semua proses dari A ke Z dibuat subuh2 tu...azan 6.30am berenti solat Subuh, nasib baik hubby tolong tengokkan cucur yang sedang digoreng...kalau tak sure hitam legam..hehehehe tq Mr A.

Kesian pulak sebab tak sempat nak goreng untuk Mr A bawa ke pejabat..memang tak sempat sungguh. Siap sebekas untuk dibawa ke sekolah sahaja,  balance bancuhan saya simpan dalam peti sejuk...len kalilah ya, walaupun agak terkilan sebenarnya..

Saya gunakan resepi saya sendiri..maklumlah main campak2 sahaja dan saya buat banyak kerana dah berniat untuk dibawa ke sekolah dan pejabat hubby. Jadi pandai2 lah kawan2 adjust sukatannya ye.

Bahan- bahan untuk Cucur Kentang.

10 biji kentang- dikupas kulit dan disagat halus.( Saya sagat dalam air, dibasuh bersih dan ditoskan)
2 1/2 cawan tepung gandum.
3 biji telur.
1 labu bawang besar- dadu kecil
1 ikat daun sup/saderi- potong
1 ikat daun bawang-potong
1 peket kecil udang kering - basuh dan tumbuk.
1 cawan udang kertas- dikupas kulit.
1 biji lada hijau - dihiris nipis
1 biji cili merah- dihiris nipis
1 sudu kecil lada sulah
3 sudu kecil garam- boleh tambah/kurang
1 sudu besar gula- boleh tambah/kurang
1/2 cawan air jika perlu- maksudnya jika bancuhan tidak sebati bersama, boleh tambahkan air sedikit-sedikit.

Gaul semua bahan hingga jadi seperti ini.

Paling sesusai gunakan kuali leper. Sudukan bancuhan ke dalam minyak panas, tekan supaya leper sedikit dan goreng hingga garing.


Friday, 17 January 2014

Cucur Jagung Sedap Sangat

Sedap sungguh cucur jagung ni, betul!!! ia jadi kegemaran kami sekeluarga dan anak-anak saudara serta adik2 yang lain setiap kali berkunjung ke rumah adik saya Ha aka Ciksu di Shah Alam. Petang ni teringin nak makan cucur udang ni saya WA Ha yang tengah bercuti di Melaka..hehehe kacau daun je!! Dia cuma cakap bahan2 yang digunakan serta rahsia penting iaitu kuantiti jagung mesti lebih kurang sama dengan kuantiti tepung, so pandai2 lah saya ejaskan sukatannya. Jom, kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya;
1 peket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang.
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 genggam ikan bilis @ udang kering tumbuk halus
1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar
1 labu bawang besar-dadu
1 biji cili merah/1 biji besar cili kering dihiris halus
3 tangkai daun kucai-potong pendek2
3- 4 cawan air suam panas + pewarna kuning@kunyit +2 sudu kecil garam + 1 sudu besar gula

Cara-cara membuatnya;
  1.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan air suam tadi dan kacau sebati.
  3. Boleh goreng terus dalam minyak yang banyak.
  4. Angkat dan toskan. Makan panas2 dengan teh o panas...heaven!!..Alhamdulillah..tqvm Ciksu :-)

Bancuhannya seperti ini
Panas-panas...
Rangup tapi lembut..yummehh!!

Wednesday, 21 August 2013

Jemput-jemput durian

Yang ni menu paling mudah dan sangat sedap. Tambah-tambah kalau musim durian murah ni, hari2 boleh buat jemput-jemput. Sedap ni tau, cuba jangan tak cuba.

Bahan-bahannya;
Inti durian

Isi durian secukupnya
Gula

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya.
  2. Campurkan dengan gula secukupnya-kalau satu cawan agak2 isinya, masuklah dalam 2 sudu gula
  3. Sejukkan dalam peti ais (untuk elakkan gula cair dan inti pun cair)

Bahan tepungnya;

Tepung secukupnya (saya buat dalam 1 1/2 cawan-hehehe lupa nak sukat betul2..maklumlah masak bantai jer sebab dah biasa)
1 biji telor
1 sudu teh soda bikarbonart
Sedikit garam
Pewarna kuning
Air secukupnya

  1. Bancuh semua bahan seperti nak buat cucur.
  2. Biarkan sekurang-kurannya 30 minit sebelum digunakan.

Cara menyediakannya;
  1. Panaskan minyak.
  2. Gunakan sudu kecil untuk cedukkan inti.
  3. Masukkan dalam bancuhan tepung tadi.
  4. Kaup inti bersama dengan tepung.
  5. Masukkan dalam minyak dan goreng hingga masak.(lihat gambar dibawah)

Jemput2 ni akan lembut walaupun semasa sejuk. Sedapnyaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...