Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hampir 2 bulan Cik Wan tidak mengemaskini blog. Terima kasih kepada semua pengunjung duniacikguwan.blogspot.com ini. Maaf kerana tidak ada entri baru.
Sebenarnya, seperti yang telah diketahui, mek Cik Wan telah koma sejak November 2015 hingga sekarang. Bermula cuti sekolah iaitu 24 November 2015 Cik Wan telah berada di HPRZII di wad Puteri untuk menjaga mek. Bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain iaitu Roha, Ayu, Epu, Abe Yie, Abe Pa dan Kak Ini. Tidak seminitpun kami pernah tinggalkan mek kecuali untuk solat. Kami makan siap-siap sebelum masuk wad dan bawa bekal. Bekal yang paling mudah dan mengenyangkan ialah nasi berlauk...kami adik-beradik betul2 mabuk nasi berlauk terutama Nasi Berlauk Air Dingin, hari2 dok makan tu hahahah.
Cik Wan biasanya ambil shif siang hari iaitu daripada pukul 8.30 hingga 10 malam, 10 malam hingga 8.30 pagi akan diambil alih yang lain pula.
Rutin seharian untuk mek ialah sponging pukul 8.30 pagi, setiap 4 jam feeding dan perlu turning setiap 2 jam untuk mengelakkan bedsore (Tapi mek mengalami bedsore yang teruk juga sehingga dirujuk kepada woundteam dan surgery). Tukar pampers sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan paling banyak 4 kali sehari.(Bila mek mengalami cirit akibat susu yang tidak sesuai) Rasa insaf dan redha atas ujian Allah. Memang rezeki mek dan rezeki kami juga. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kami. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua staff di Wad Puteri dan Wan ICU Teratai. Para doktor dan nurse yang sentiasa membantu kami. Para nurse pelatih yang dikasihi, betul!! kami sekeluarga jatuh kasih pada semua jururawat pelatih yang baik hati ini..Mira, Zafirah, Liyana, Puteri dan ramai lagi. Mereka seperti godsent untuk kami. Alhamdulillah. Untuk staff nurse2 dan Sister terutama Sister Junainah. Allahuakbar, semoga Allah membalas jasa mereka.
Cik Wan balik semula ke KL pada 27 Disember 2015 untuk hadir ke Mesyuarat Pertama Guru 2016 pada 28 Disember 2015. Sebab itulah sepanjang Disember, blog Cik Wan ini sunyi.
Mek sekarang masih koma tetapi tidak perlu dirawat di hospital lagi. Lebih kepada home nursing. Kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawa mek ke KL untuk memudahkan kami menjaga beliau. Maklumlah 4 orang adik beradik berada di sini, seorang di Kelantan, dua orang di Terengganu, seorang di Johor.
Pada 23 Januari 2016, tepat semasa azan Maghrib berkumandang, mek sampai ke Bangi (Rumah Kak Ini, anak sulung mek) diiringi Abe Pa, Kak Ini dan 2 orang paramedik. Allahuakbar, sedih sayu tidak tahu nak cerita perasaan kami adik beradik. Sedih kerana terpaksa membawa mek jauh dari rumah dan kampung tanah airnya....sebelum mek diturunkan daripada ambulan, staff paramedik meminta Cik Wan untuk memeriksa keadaan mek dulu. Allahuakbar, Cik Wan lihat air mata mek jatuh...Cik Wan lap airmatanya. Cik Wan bisikkan padanya..selamat datang mek....
Dalam sedih, kami gembira..gembira kerana mek sudah dekat dengan kami di sini. Mungkin Cik Wan tidak mampu untuk setiap hari menjenguk mek..tapi sekurang2nya Cik Wan berpeluang untuk menjenguknya bila-bila masa. In sya Allah.
Allahuakbar..banyak pihak yang Cik Wan perlu ucapkan terima kasih. Untuk Mr A, thank you my dearest!!
Untuk mak mertua Cik Wan (mok), yang menjaga anak-anak Cik Wan di rumah (Cik Wan tinggalkan mereka di rumah mertua sepanjang Cik Wan berada di hospital). Sebenarnya mak mertua Cik Wan agak rapat dengan mek. Mereka kerap berjumpa dan pernah menunaikan haji bersama-sama. Sebab itu, Mok agak terkesan bila mek sakit. Selalu menziarahi mek di hospital dan menalipon untuk bertanya khabar mek.
Untuk Ma dan Abah (mertua Epul) serta Lin (isteri epul). Mereka berdua sangat baik hati..kami seakan-akan mendapat ibu dan ayah lagi. Membenarkan kami adik beradik tinggal di rmah mereka sepanjang 3 bulan mek di hospital. Melayan kami seperti anak sendiri. Rumah mereka di Pengkalan Chepa, lebih dekat untuk kami berulang alik ke hospital. Sebelum itu kami tinggal di Hotel Sutera Inn lebih kurang 20 hari. Hotel yang terletak betul-betul di belakang hospital. Bayangkan kos penginapan sebanyak RM169 sehari.
Untuk Abe Zie (Suami Kak Ini) abang ipar Cik Wan, terima kasih kerana membenarkan mek tinggal di rumah. Membenarkan Kak Ini untuk menjaga mek. Menyediakan semua keperluan asas untuk penjagaan mek.
Apatah lagi untuk cucu-cucu Mek..Zuhdi, Husna, Shako, Muizz, Fathiah, Arif, Naimah, Rushdi, Alis, Aifaa,...you are the best!!! same goes to Dr Liya (isteri Zuhdi) dan Dr Izzati (isteri Shako)..thank you!!
Untuk adik ipar Cik Wan, Kamal...terima kasih kerana membenarkan, menyokong Roha untuk menjaga mek selama hampir 3 bulan di hospital. sanggup menjaga anak2 walaupun sebenarnya mereka tidak pernah berpisah sebelum ini.
Jika ada sesiapa yang Cik Wan tak tersebutkan nama mereka di sini..maafkan Cik Wan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Sahabat..doakan mek Cik Wan ya. semoga mek sembuh seperti sediakala. Doakan juga agar mek dipermudahkan Allah sentiasa.
Terima kasih semua...