Mee celup merupakan di antara makanan kegemaran saya. Suami saya tahu betapa sukanya saya pada mee celup terutama kueh tiew celup sehingga boleh dikatakan setiap kali balik Kelantan, dia akan temankan saya untuk cari dan menikmati juadah ini. Sekarang tempat yang selalu saya pergi ialah kedai mee celup dekat Balai Polis Tumpat sebelah dengan kedai jahit serta kedai gunting rambut..perggghhh....semangkuk tak cukup hehehe. Kalau di sini pulak saya selalu ke Restoran PitStop di Bangi untuk menikmati kueh tiew yang original..lama dah tak ke sana sejak restoran Ahlan di Saujana Impian turut menjual mee celup. Lagi lama tak ke restoran tu sebab saya dah pandai buat sendiri..hehehe.
Sudah banyak kali saya cuba masak menu ni tapi selalunya ia akan berakhir seperti mee sup sahaja. Bila saya tanyakan jawapan yang saya terima semacam je..macam tu jer..mudah jer..campak2 jer..aduhhh mungkin mereka betul2 tak tahu ataupun menganggap ianya secret recipe yang perlu dirahsiakan??? Entahlahh.
Tetapi suatu hari, memang nak jadi rezeki saya yang selalu menjelajah restoran2 yang menjual mee celup di sekitar Kelantan ni terutama di sekitar Kota Bharu, Pasir Putih dan Tumpat.....saya TERSEREMPAk..ya.!!!!..terserempak dengan tukang masak yang sedang menyediakan sup mee celup ni di sebuah restoran di tepi sawah di Tendung...unbelievable..hehehehe
Saya ke restoran tu dalam pukul 12.00. Nampak macam dah buka jadi saya dan suami masuk. Ada satu periuk besar betul2 di dalam restoran di bahagian depannya. Rupa2nya kuah sup untuk mee celup. Saya jengok nak lihat apa yang ada di dalamnya. Tak tergamak sebenarnya nak ambil gambar. Cepat2 saya jotdown dlm note hp. Selepas itu saya nampak lagi tukang masaknya memasukkan beberapa bahan tambahan ke dalam kuah sup tadi..tak tahan, saya pegi tengok depan2 tukang masak tu..habih cerita. So resepi ni kira dapat kebenaran jugaklah..hehehe. Walaupun begitu, disebabkan saya tidak melihat 100% bagaimana proses dibuat, saya terpaksa mengandaikan sahaja beberapa langkah permulaan. Alhamdulillah, dah beberapa kali buat ni hampir 90% rasanya sama dengan yang biasa makan di restoran malahan kadang2 lebih sedap daripada beberapa restoran yang pernah saya pergi.
Kawan-kawan silalah mencuba dan bolehlah dibuat alteration yang mana difikirkan sesuai dan lebih menyedapkan. Selamat mencuba..
Bahan untuk supnya;
3 ketul tulang yang ada dagingnya
Sekeping besar tapak tangan perut lembu, lebihpun tak apa- yang original ialah perut lembu muda/susu
2 peket fishball- boleh ganti dengan meatball/chikenball
4 ulas bawang putih-mayang
4 ulas bawang merah-mayang
2 inci halia-mayang
4 kuntun bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery-potong besar
1/2 batang lobak putih-potong kasar
1 batang serai-ketuk
1 pohon pokok ketumbar-ketuk akarnya
Perisa sup;
Sos ikan secukupnya
Gula kabung/gula somtam
Kicap masin
Cara-caranya;
- Panaskan minyak dalam periuk besar/dalam.
- Masukkan bawang merah, putih, halia- tumis hingga wangi.
- Masukkan rempah kasar cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis lagi.
- Masukkan tulang. Tumis hingga warna tulang sedikit brown dan semua airnya kering.
- Masukkan air secukupnya- saya guna dalam 1 1/2 jug besar air.
- Masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga pokok ketumbar. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang lembut.
- Masukkan perisanya iaitu sos ikan, gula dan kicap.
- Dah sedap rasanya boleh tutup api dan sejukkan.
- Tapiskan supnya masuk dalam periuk lain.
- Keluarkan tulang, perut dan fishball.
- Panaskan semula sup sebelum menghidang.
Bahan mee/kueh tiew/mihun;
- Kueh tiew dibasuh bersih dan ditoskan.
- Mee kuning dibasuh bersih dan ditoskan.
- Mihun dicelur sebentar dan dibilas serta ditoskan kering.
Bahan hiasannya;
Taugeh- dibersihkan
Daun ketumbar- dipotong kasar
Kacang tanah digoreng tanpa minyak- ditumbuk kasar (saya tak letakpun)
Chili flakes secukupnya
Asam limau nipis dipotong
Cili kicap;
5-6 biji cili padi
Sedikit cuka
Sedikit kicap manis
- Campur semua bahan. Gunakan sebagai sos untuk mee celup.
Cara menghidang;
- Panaskan sup.
- Masukkan mee dalam mangkuk.
- Masukkan daging/perut dan fishball serta taugeh.
- Masukkan kuah sup ke dalam mangkuk.
- Hias dengan daun ketumbar, kacang tanah, cili flakes dan asam limau nipis.
- Masukkan sos cili kicap untuk lebih kawww!!!
Selamat menikmatinya..sluuurrppp hehehehe, berpeluh2 nanti..tak caya, cubalahhh.