Showing posts with label Family Birthday. Show all posts
Showing posts with label Family Birthday. Show all posts

Friday, 17 April 2015

Happy birthday to me


Sambutan Hari Lahir aka surprise party daripada rakan-rakan tersayang...pagi semalam 16/4/2015. Terima kasih Lyn, Kak Faridah, KakBie, Asmah, Lina dan Zara..luv u olls sooo much.






Yang ni daripada Mr A..nice kan?
Sambutan dengan keluarga tersayang ditangguhkan..tunggu Alis ngan Aifaa balik Ahad ni. Tanpa meraka, sambutan kurang bermakna..

Doakan Cik Wan ye kawan-kawan...agar bertambah iman dan keberkatan..semoga Cik Wan diampunkan dosa dan ditambah pahala...sambutan hari ulangtahun disulami air mata..mengingatkan baki usia yang masih tinggal, mengingatkan betapa banyaknya dosa, betapa tidak terhitungnya nikmat daripadaNya..segala-galanya bersilih ganti..bercampur baur..

Alhamdulillah ..tidak pernah terbayang begini sekali perjalanan usia..begitulah kita semua. Semoga Cik Wan dan kawan-kawan semua hidup dalam rahmat Allah dan perlindunganNya sentiasa. Amiinnn.

Tuesday, 9 December 2014

Happy birthday kakak...


Happy birthday kakak....happy always..
Pertama kali tidak dapat menyambut hari jadinya bersama-sama keluarga, kerana semester baru telah bermula. Selalunya sambutan harijadi kakak agak istimewa kerana jatuh pada musim cuti sekolah. Waktu kecil2 dahulu, kami selalu adakan jamuan ringan di rumah neneknya dengan menjemput semua kanak-kanak di kampung..memang meriah sambutannya.

Walaupun jauh, request untuk hadiah hari jadi tetap sampai..hahahaha...katanya sama ada handbag atau jam tangan..tengoklah kakak, balik cuti nanti mama bawa untuk pilih sendiri..lagi mudah.

Happy birthday kakak....doa mama sentiasa untukmu...be a faithfull servant to Allah..be a good daughter, a good sister, a good friend to others...May Allahu ta‘ala give you the tranquility, the peace, the serenity, and the straight path. In this life and in the hereafter, may He give you victory in life with His grace. May He protect you, give you a life of freedom and happiness in this dunya and in akhirah. Amiiinnn.

Friday, 2 May 2014

Happy birthday

Punyalah sibuk hingga hampir dua minggu lebih tak sempat update blog. Bukan tak masak tapi tak sempat2 nak ambil gambar apatah lagi nak upload dalam blog.
April berlalu menandakan bertambah setahun lagi usia saya dan semakin pendek pula baki usia yang ada. SubhanaAllah, moga baki usia dirahmati dan diberkati..dan semoga yang berlalu diampunkan segala dosa..aminnn,
diterima seawal 9.00am..tqvm..hhehe

Hadiah dari Kak Faridah..luv u

Surprise dari gegirl 4 Prima..luv u ols..muuaahh!!!

best buddies..potluck di sekolah


kengkawan yang meraikan..

Birthday lunch di Amarin..Mid Valley...
and my birthday present.....blessed!!

Saturday, 1 March 2014

Happy birthday Nur `Aifaa



You are all the unforgettable memories of the past, the precious moments of the present and the promise of a wonderful future. Happy Birthday to a beloves daughter! I see you as you are and not who people may want you to be. I see you as a shining star among a commoners sea. I see you as a beautiful princess in a wonderful fairy tale. But, mostly I see you as the daughter that I love dearly and know so very well!
Happy Birthday
! #copypaste#

Alhamdulillah..dah 14 tahun umur Aifaa pada 28 Febuari 2014..kebetulan dia balik bercuti bermula Rabu hingga Ahad..sempatlah buat kenduri kecil2an bersama dengan keluarga Ayah Longnya yang duduk di Putrajaya. Yang lain2 susah nak dijemput datang kerana semuanya bekerja Jumaat semalam. Semoga keluarga dan kawan dapat mendoakan kesejahteraan dan kecermerlangan untuk Aifaa ya..

Disebabkan hari bekerja dan sayapun balik dari sekolah dah pukul empat ..maka saya masak yang simple2 sahaja. Kek dah ditempah awal2 lagi daripada seorang kawan. Dah tahu dah memang tak sempat nak buat sendiri...nasib baik betul sebab sehari dua sebelum birthday tu saya memang sibuk dok mengadap Perancangan Strategik dan Headcount SPM tambah2 lagi kena sediakan gimik untuk Pelancaran Bulan Kemanusiaam pada Selasa depan...yohoooo...tak cukup kaki tangan ni hahaaha.

Inilah antara juadah yang saya sediakan semalam..bertemakan masakan Thailand....tapi satu gambar tak sempat nak snap iaitu Puding Cocktail. Sebenarnya semua resepi dah ada dalam blog ye...

Blueberry Cheese Cake...sungguh sedap sekali. Thank you Cikgu Nezri and wife..



Tomyam Seafood
Siakap Steam With Ginger n Garlic
Daging Masak Merah
Somtam Betik Mengkal..

Monday, 16 December 2013

Happy birthday Kakak Alis

Masa umur 5 tahun..cepat sungguh masa berlalu...
.
.
.
.
.
Sweet 17...Semoga dalam lindungan Allah selamanya
Untuk birthday kali ni tak ada yang istimewa sangat..tiada kek2 bagai...kakak hanya minta kami belanja makan di Tokio Cafe di Cyberjaya..this time mama's treat..hahaha.
Ini antara menu yang kami pilih..malangnya dah hampir habis makan baru ingat nak snap gambar..hahah
.
.
.
.
.
Marinara Seafood Spaghetti pilihan birthday girl
.
.
.
.
.
Cheese Pasta pilihan Kak "Aifaa
.
.
.
.
.
Pilihan mama ngan abah..Olio Spaghetti..
.
.
.
.
.
Dory Fish  untuk Zahirah..
.
.
.
.
.

Happy birthday Kakak!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...