Wednesday, 29 February 2012

Nasi Paprik

Kali pertama makan nasi paprik pada tahun 1994 di kedai makan dekat Stadium bolasepak Alor Setar...sangat sedap dan banyak perbezaan dengan nasi paprik yang dijual sekarang...dek sedap saya cuba mencari resepinya di buku-buku masakan Thailand dan terjumpalah dengan resepi ni...ni versi yang dipermudahkan...

Resepi:

Untuk nasinya:

Dua cawan beras
2 sudu butter
seulas bwg putih dihiris
3 ulas bawang besar dihiris
dua keping lengkuas potong
dua helai daun limau purut
 air rebusan daging secukupnya.

Tumiskan bawang merah, bawang putih dengan butter. Masukkan lengkuas dan daun limau purut. Bila naik bau, masukkan beras, kacau sekejap dan masukkan air secukupnya. Tanak.

Papriknya:
Ayam, udang, sotong secukupnya
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serai
Cili serbuk/boh
Sayur: carrot, jagung muda, kacang panjang, bunga kubis, batang celery, cili padi hijau dan merah, buah tomato di potong kasar
Sos cili, sos tomato, sos tiram
garam dan gula secukupnya

Tumis bahan bawang, halia yang ditumbuk, ketukkan serai dan masukkan ke dalam tumisan bersama-sama daun limau purut. Dah naik minyak masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau lagi. Masukkan semua lauk (ayam dulu, tunggu sekejap baru masukkan seafood). Perisakan dengan garam dan gula dan tambahkan air untuk kuah secukupnya. Jika cair sangat boleh masukkan air tepung jagung untuk pekatkannya. Setelah  90% masak, masukkan semua sayuran dan kacau. Siap....

Kerabu Udang Simple




Bila pergi restoran selalu minta kerabu udang ni...mahal juga harganya...paling murah setakat ni dalam RM4.50 sepiring...kalau nak makan banyak-banyak dengan pilihan sayur kegemaran bolehlah buat sendiri..maklumlah kalau kat restoran tu yang banyak kacang panjang dengan bawang besar..lebih sadis kalau melambak dengan cili padi .....nah! nak puas hati buat sendiri lagi baik...

Bahan-bahannya;

Udang- dibuang kulit dan urat belakang. Rebus sekejap dan terus keluarkan, masukkan dalam air batu.(boleh tukar dengan sotong atau campur kedua-duanya)
Sayur-sayuran:
Celery, tomato, timun, bawang besar, kacang panjang,
Cili padi 
Daun ketumbar 
Asam limau nipis
Sos Nampla (sos ikan atau sotong Thailand)
Gula

Cara:
Satukan sayuran dan udang di dalam bekas.
Masukkan sos ikan, gula dan perah asam limau nipis. Rasakan agar masin, masam dan manis.
*Jika suka boleh juga masukkan serai hiris dan kacang tanah yang disangrai.
Siap.

Ketam Sambal






Ketam Sambal ala Singapura, gara-gara tgk Gourment Hunt kat AFC, entah sama entah tidak, yang penting it's yummylicious!!!!!! Selamat mencuba..

Bahan-bahannya;

4 ekor ketam dibersihkan, ketuk dulu setiap jari2nya- perap dengan garam dan lada putih.
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
1 batang serai
1 sudu cili powder
2 sudu sos tiram
2 Sudu sos cili Thai
Garam
Gula
1 biji telor

Cara-caranya;
  1. Blend semua bahan bawang, halia, serai dan cili.
  2. Goreng sekejap ketam yang telah diperap tadi.
  3. Keluarkan sedikit minyak lebih menggoreng tadi. Gunakan untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan yang diblend tadi sampai naik minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili thai, garam, gula dan air secukupnya.
  6. Masukkan ketam.
  7. Kacau sekejap.
  8. Pukul telor dengan garfu, curahkan keatas ketam. Kacau sekejap.
  9. Siapppp!!!.

Saturday, 18 February 2012

Salam perkenalan...

Assalamualaikum...selamat datang!!!!

Wahhh..bangganya saya...tercipta sudah blog di Blogger selepas sekian lama berkampung di Wordpress...sudah lama teringin untuk membuka blog  yang khusus untuk mencatat dan berkongsi minat utama saya iaitu memasak...saya bukan chef tapi cuma seorang yang sangat suka memasak...bukannya pandai sangat tetapi dalam kategori bolehlah..heheheh..sangat suka makan, mencuba resepi baru, suka makan semua jenis masakan tetapi tak berapa selera sangat dengan makanan Jepun...

Well...selamat berkenalan!!! banyak yang boleh kita semua kongsikan di laman ini....rajin-rajinlah datang melawat ye....mana tahu ada benda-benda yang anda akan suka?...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...