Thursday 23 January 2014

Jalan-jalan di laman sendiri



Cantik sungguh pemandangan di kampung musim ni...sawah padi tengah menghijau subur dengan semaian baru..sungguh nostalgic teringat kecil2 dulu berlari2 di atas batas2 padi seperti ni. Subhanalllah..begitu pantas masa berlalu yang tinggal hanya kenangan abadi di sanubari..alamak!!! syahdu pulak malam-malam ni hehehe.

Balik kampung sejurus sebelum mek sakit baru2 ni saya sempat ronda2 Kota Bharu dengan Alis dan Ayu..sebenarnya nama saja anak kelate tapi banyak tempat yang belum dilawati sekadar lalu saja. Dalam kesempatan yang ada saya ajak Ayu bawak kami ke Restoran Nasi Ulam Cikgu di KB..wahhh penuh sesak dengan pelanggan walaupun masa tu dah pukul 2.30 petang. Memang sedap masakan di sini meskipun hidangannya  ringkas sahaja.

Padang Bas mercu tanda paling popular yang sentiasa sibuk dengan pelancong dan orang tempatan..

Terkenal sungguh ni..






Ikan keli goreng, ayam goreng, ikan patin masak asam, ulam2 dan budu serta 1 jug air bandung RM22 sahaja..muraaahhhh!!
Tak terliur ke?


Bergambar di depan Muzium Kraftangan di mana terletaknya restoran ni..

Sambil cuci mata di Istana Jahar dekat dengan Muzium Kraftangan
Esoknya macam biasa, dah jadi aktiviti tetap untuk berkunjung ke Pasar Jelawat mencari stok baru untuk dibawa ke KL..yang ni wajib singgah..
Beli sedikit rempah gulai kawah, kerutuk dan dalca serta gula nise...jom tak sabar nak minum2 di kedai kopi di situ..acara dating dengan si dia la pulak hehehe


Sempat pulak Cik Abe bawak jalan2 di jeti Kampung Laut yang berdekatan dengan kampungnya...
Hujung sana adalah muara Sungai Kelantan..wahh angin agak kuat di sini.


Di depan sana pula adalah bandar Kota Bharu...dekat sangat dari Kampung Laut ni, siap ada bot tambang kalau nak ke sana, tapi saya tak pernah cuba hehehe..takuuuutt!!!

Alhamdulillah....aman makmur negeriku, tak sabar nak balik lagi..hehehe macam budak2..kelate!..mu tunggu aku dataaaannggg!! :-)

Monday 20 January 2014

Sayur Lemak untuk dinner Kelantan Ori

Sayur lemak kelate memang menu yang paling digemari oleh keluarga saya terutamanya anak-anak apatah lagi kalau dua tiga hari tidak menjamah nasi hidangan di rumah  ataupun selepas sehari dua melayan masakan barat. Menu ini juga akan saya masak kalau saya dapati anak-anak tidak berselera makan dari mereka kecil hinggalah dah besar panjang..heheh padankan dengan ikan goreng ataupun ayam goreng...aduhhh penat menyuap pulak mamanya.

Hari ini saya masak sayur lemak terung. Resepi asas nya ada kat SINI atau kat SINI. Macam-macam cara orang menyiang terung ni..kalau rumah saya dahulu, kulitnya kan kami buang sikit2 sahaja sebab tidak mahu terlalu lembut..tapi kalau rumah mertua saya, mereka akan kupas semua kulitnya...
hehehehe...satu ikut cara mek dan mok, satu ikut cara mak mertua..
Akhirnya dua2 masuk periuk yang sama hehehe (abaikan periuk antik saya ni yer heheh)

Masak macam dalam resepi tapi kali ni saya tambah suhun dan fucuk sertaa segenggam ikan bilis
Makan dengan ni...mabelessss
Ayam goreng dengan halia dan bawang besar...dan ikan kering..aikkk?mana gambar ikan masin saya?

Alhamdulillah..syukur di atas rezekiNya.

p/s: ada orang bawak balik pizza...semua pandang jer sebab dah kekenyangan hehehe..

Sunday 19 January 2014

Mee Kuning Home Made

Senangnya suri rumah zaman ini, macam-macam alat dan perkakasan ada bagi memudahkan kerja-kerja di dapur. Yang penting ada keinginan dan semangat untuk memasak demi keluarga tercinta. Maklumlah air tangan ibu dan isteri ni tiada bandingannya apatah lagi jika semua aktiviti memasak itu dimulai dan disulami dengan ayat-ayat suci Al-Quran...maka bertambah lagi keberkatan hidangan kita nanti in sha Allah.

Mee kuning ni saya buat menggunakan mesin Falcon Pasta Maker. Tak sampai 20 minit dah siap mee kuningnya. Saya ikut sukatan dalam modul. Sebelum ni saya gunakan mesin mee biasa tu..yang kena pusing2 pakai tangan tu...ambil masa juga untuk membuatnya apatah lagi kalau kita tak biasa menggunakannya. Nah..pakai mesin Falcon ni...cepat saja beresnya hehehe.
Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya;
480gm tepung gandum
200ml cecair (terdiri drp 1 biji telur dan air)
Sedikit pewarna kuning- saya gunakan serbuk kunyit.
(Boleh tambahkan 1 sudu kecil air abu kalau suka)

Cara membuatnya;
  1. Sediakan air panas untuk merebus mee.
  2. Masukkan semua bahan dalam mesin, uli sebentar dan extrude.
  3. Masukkan dalam air panas dan rebus sebentar.
  4. Keluarkan, toskan.
  5. Masukkan sedikit minyak masak dan daul rata supaya mee tidak melekat.
  6. Goreng seperti biasa.








In sha Allah. bersih, halal dan sedap :-)

Friday 17 January 2014

Cucur Jagung Sedap Sangat

Sedap sungguh cucur jagung ni, betul!!! ia jadi kegemaran kami sekeluarga dan anak-anak saudara serta adik2 yang lain setiap kali berkunjung ke rumah adik saya Ha aka Ciksu di Shah Alam. Petang ni teringin nak makan cucur udang ni saya WA Ha yang tengah bercuti di Melaka..hehehe kacau daun je!! Dia cuma cakap bahan2 yang digunakan serta rahsia penting iaitu kuantiti jagung mesti lebih kurang sama dengan kuantiti tepung, so pandai2 lah saya ejaskan sukatannya. Jom, kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya;
1 peket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang.
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 genggam ikan bilis @ udang kering tumbuk halus
1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar
1 labu bawang besar-dadu
1 biji cili merah/1 biji besar cili kering dihiris halus
3 tangkai daun kucai-potong pendek2
3- 4 cawan air suam panas + pewarna kuning@kunyit +2 sudu kecil garam + 1 sudu besar gula

Cara-cara membuatnya;
  1.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan air suam tadi dan kacau sebati.
  3. Boleh goreng terus dalam minyak yang banyak.
  4. Angkat dan toskan. Makan panas2 dengan teh o panas...heaven!!..Alhamdulillah..tqvm Ciksu :-)

Bancuhannya seperti ini
Panas-panas...
Rangup tapi lembut..yummehh!!

Tuesday 14 January 2014

Cakoi Mudah

Entah apa mimpinya orang rumah asyik dok minta supaya buatkan cakoi. Dari semalam lagi dok suruh buatkan..sebenarnya malas nak masuk dapur sebab pagi tadi dah masakkan brunch nasi lemak, sengaja masak 2 in 1 kononnya nak siapkan kerja sekolah tanpa gangguan.adehhh nampak gayanya kerja sekolah tak siap la gamaknya heheh..

Saya jumpa resepi ni beberapa tahun lepas dan dah beberapa kali mencubanya. Resepi dari Secubit Garam Sesudu Gula...cuma kali ni saya tambahkan 1/2 sudu kecil alum dalam bancuhan.

Bahan-bahannya;
(A)
300 gm tepung gandum high protin
50 gm tepung biasa
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula

(B)
1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar air suam kuku
2 sudu kecil (7gm) yis mauripan

(C)
250 ml air
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk alum
1/2 sudu kecil serbuk amonia

Cara membuatnya;
  1. Ayak bersama bahan (A) ke dalam mangkuk besar.
  2. Dalam bekas lain, satukan (B), biar 10 minit @ hingga berbuih.
  3. Satukan bahan (C) dalam bekas lain.
  4. Buat lubang di tengah2 campuran tepung gandum.
  5. Curahkan bahan (B) dan (C)..gaul sekata dan uli hingga licin dan kenyal.
  6. Simpan dalam bekas tertutup dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  7. STaburkan sedikit tepung ke tempat mencanai, uli semula 1 minit .
  8. Bentukkan 4 segi dan potong menjadi lajuran.
  9. Gunakan chopstik/lidi, masukkan dalam air, tekankan di atas 1 lajur. Ambil lajur lain dan tekan ke atas lajur yang diletakkan air supaya melekat dua (bertindan)
  10. Sebelum itu panaskan minyak yang banyak, sedia utk menggoreng.
  11. Angkat lajur yang telah bertindan tadi, tarik panjang sikit dan jatuhkan perlahan ke dalam minyak.
  12. Balik-balikkan hingga warna perang. Angkat dan toskan. Siap.
Nota; Kalau untuk keluarga yang besar, boleh gandakan ukuran bahan, sebab bancuhan ini hanya dapat buat cakoi saiz besar dalam 8-10 biji sahaja :-)

Uli kali pertama, tutup dan biarkan hingga naik dua kali ganda.

Dah naik..

Siap..sedap makan panas2

Monday 13 January 2014

Alhamdulillah..Mek dah sihat :-)



Alhamdulillah...syukur kami sekeluarga mek sudah sihat.

Terima kasih kawan di atas doa kalian.
Selepas 9 hari di wad ICU, 2 hari di wad HDW dan 4 hari di wad biasa, Hospital Sultanah Zainab Kota Bharu, mek dah di discharge hari ini.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, masih memberi peluang untuk kami semua berkasih sayang dan bermanja dengan ibu kami yang tercinta.

Subhanallah!!!
Di saat getir ini semuanya teruji...yang sakit mahupun kami semua. Saya sangat terharu dan berasa sangat beruntung kerana dianugerahi adik beradik dan ahli keluarga yang sangat prihatin, bertoleransi, sayang menyayang serta langsung tidak berkira dengan satu sama lain, daripada segi tanggungjawab tenaga, masa dan wang ringgit..alhamdulillah.

Kawan,
Kasihilah ibu kita..selagi dia masih ada...dia merupakan rahmat dari Allah.
Doanya makbul..
Dia hanya satu tiada galang gantinya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...