Tuesday 31 December 2013

Doakan Mek

Salam,

Dah lama saya tidak memasukkan entri baru...sejak balik kampung baru-baru ni memang tak boleh update sebab line di sana memang slow. Lepas balik kampung sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang bakal dibuka pada 2/1/2014.

Mungkin saya akan ambil masa yang agak lama untuk memasukkan entri baru. Saya tahu bukan ramai sangat yang singgah di blog kerdil ini tapi untuk pengunjung yang setia dengan saya..saya tidak mahu kecewakan anda setiap kali klik masuk masih gambar yang sama tak bertukar ganti entrinya. Maafkan saya. Sebenarnya bonda saya dalam keadaan yang agak kritikal dengan pelbagai komplikasi kesihatan dan seluruh sekeluarga dalam situasi yang agak tegang,  risau bimbang dan macam-macam lagi.

Kawan,
Doakan Mek saya..semoga Allah sembuhkan beliau kembali seperti sediakala, dan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk beliau..amin.

Mek yang ceria..

Semoga Mek sembuh kembali..

4 comments:

  1. Semoga mek cpt sembuh. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..terima kasih Roslia. Mek skrg masih di wad ICU Kota Bharu. Doa kawan-kawan sangat2 dihargai.

      Delete
  2. In Sha Allah mek sembuh..Abg yi akan balik hari jumaat 17hb nanti.Tk abg yi pada semua yg sangat sayangkan mek. kirim salam ke mek. suruh mek doakan semoga abg yi menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mek dunia akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah..abg yie mmg anak yang baik..alhamdulillah. sama2 kita doakan supaya kita semua jadi anak yang soleh dan solehah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...