Menitik air liur hehehe |
Bahan-bahannya;
3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam)- sagat halus
3-4 tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
1 biji buah tomato-potong baji
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 peket kecil udang kering-goreng tanpa minyak-saya guna microwave jer..
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak
2 sudu gula somtan (Rujuk gambar di bawah)
Sos ikan secukupnya.
2 biji limau nipis- ambil airnya.
Cara-cara menyediakan somtam;
- Masukkan cili padi dalam lesung- lenyekkan atau tumbuk manja
- Masukkan udang kering-tumbuk manja
- Masukkan kacang panjang- tumbuk manja
- Masukkan tomato baji- tumbuk manja
- Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
- Masukkan asam limau.
- Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
- Masa hidang, taburkan kacang tanah. (kalau ada letakkan setangkai kangkung muda..yummehhh)
Gaul sebati..kalau ada lesung kayu, semua ditumbuk dan digaul sebati di dalamnya..saya tak ada lesung tu :-) |
Gambar dari entry lama..GULA SOMTAM ialah yang paling kiri dalam plastik tu. |
Wew mantab juga nih ��
ReplyDeleteKT MNA NK BLI GULA SOMTAM
ReplyDeletekalau di KL ada jual di kedai kelantan kat Pasar Borong Selangor
Deletepkai gula biasa pon bole...bubuh sos thai sikit. huhu
ReplyDeleteGula somtam tu mana nak dapat selain kat kelantan?kali pertama tahu ttg wujudnya gula somtam ni...de jual kat pasaraya x?waslm
ReplyDeleteTu lah memang susah nak cari gula somtam ...tapi nasib skrng ada dah kuah somtam yang dah siap dibotolkan ..memang sedap terasa pedas manis semua...kayala food malaysia ada sos somtam ..boleh gi kat page fb:Kayala Food Malaysia
ReplyDeleteGula manisan/kerek ke ?
ReplyDelete