Laksam aka LAKSE :-) |
Laksam terhebat dan masih tak dapat ditandingi ialah laksam yang dibuat oleh mek..lamanya tak makan. Mekpun tak berapa sihat sekarang ni..takut meletihkan dia kalau nak dia buat..semoga mek cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..amin.
Dah bertahun saya tak buat laksam ni. Selalu pakai laksa saja sebab mudah. Anak-anakpun tak berapa suka laksam berbanding laksa. Masak laksam kali ni saya pakai trial and error je..dua tiga keping jugalah yang masuk tong sampah sebelum jadi elok...hehehe
Mek saya dulu gunakan beras untuk buat laksam untuk dijual setiap hari selasa di Pasar Selasa Kg Kedai Menanti. Rendam beras semalaman sambil dua tiga kali ditukar airnya. Mesin pada pagi Isnin. (sebelum ada mesin kami kena kisar guna pengisar, bayangkan segantang besar nak dikisar..aduhhh berjam-jam lamanya).
Lepas solat zohor mula mengukus hingga ke asar. Dah siap..susun dalam talam, tutup dengan kain nipis. Cantik serta pejal bila digunting esoknya.
Sebab itu, yang cantiknya kalau nak makan laksam, kukus dulu malamnya untuk di makan esok. Baru hasilnya cantik. Kalau dikukus..lepas tu terus dimakan memang tak berapa nak jadi.
Faktor yang sangat penting dalam membuat laksam adalah jenis tepungnya... tepung dari beras usang dan beras baru lain kemenjadiannya...jadi jangan kecewa kalau kita dah ikut resepi tapi tak berapa nak jadi..yang dah biasapun kadang-kadang tak jadi..hehehehe. Buat dulu sekeping dua baru kita ejas balik ikut kesesuainnya.
Bahan-bahannya;
500gram tepung beras (1 peket kecil)
1 sudu tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
7 1/2 gelas - 8 gelas air (saya guna gelas plastik Ikea)
Cara-cara;
- Campurkan semua bahan hingga sebati.
- Kukus.(Bila lapisan laksam menggelembung, boleh angkat *dalam 2 ke 21/2 minit)
Hasilnya...tak lulus lagi ni kalau mek tengok hehehe. |
Kuah yang sedang menggelegak. |
Sambal belacan- cili kering + belacan + garam diblend lumat. |
Ni bukan menu ringkas Cik Wan... banyak benda yang nak dibuat he heheh saya tak lulus lagi nak buat laksam he hehehh.
ReplyDeletehehehe... remeh jugak lah Amie...tapi tak seremeh dan seseni nak buat kek lapis mcm Amie buat tu..tak terdaya saya. Yang ni campak2 masih boleh jadi laksam hahahaha
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam Cik Wan. Resepi hampir sama dg yang diberi oleh kakak sepupu saya. dia tak beri sukatan air. Jadi bolehla saya ikut sukatan air yang cik wan share. Terima kasih.
ReplyDeleteWsalam...alhamdulillah. Sama2.
Delete