Bahan-bahannya;
1/2 kg tulang (dalam 4 ketul je)
10 ulas bawang putih- diketuk sahaja
4 ulas bawang merah- dihiris nipis
2 inci lengkuas-hiris nipis
1 inci halia-hiris nipis
1 biji cili kering- potong 3
3 keping asam
1 sudu biji ketumbar- ditumbuk halus
Garam
Gula melaka
Cara-caranya;
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali gula dan garam.
- Masukkan air hingga tenggelam tulangnya.
- Rebus hingga air menjadi separuh. Masukkan gula dan garam. (Jika suka boleh dimasukkan semasa langkah 1 lagi)
- Masukkan air sekali lagi hingga menutup tulang.
- Masakkan hingga kuah tinggal mengikut kuantiti yang disukai.
- Siap.
Seeloknya tutup periuk semasa merebus agar cepat empuk...selamat mencuba ye.. |
Salam Cik Wan,
ReplyDeleteTak pernah lagi buat singgang daging or tulang ni. Nanti boleh lah try.
W'salam Honey..cubalah, memang sedap singgang ni..lagipun mudah sangat nak membuatnya.
Delete