Monday, 15 December 2014

Sup Sayur Berdaging


Peti ais hampir kosong sebab dah dua minggu saya tidak ke pasar. Hanya beli lauk di kedai Acheh untuk makanan sehari dua sahaja. Saya tak beli banyak kerana harganya sangat mahal, berlipat kali ganda daripada harga di pasar. Kalau kita tidak biasa ke pasar, mungkin tidak ralat kalau beli lauk pauk di sana tapi bagi saya yang selalu ke pasar , ada rasa sikit ngeri hahahaha....bayangkan kalau RM100 di pasar saya boleh gunakan untuk satu minggu, tapi kalau di kedai Acheh ni..RM 60-RM70  sekali belanja untuk makan sehari dua sahaja. Tapi ada juga kelebihannya, lauk di sini sangat segar dan pelbagai jenis ada, pendek kata ibarat "one stop centre"..datanglah pukul berapapun, mesti lauknya banyak dan segar2..orang Acheh memang bijak berniaga.

Berbalik kepada menu di atas, mungkin ramai di antara kita sudah kehabisan idea untuk memasak..habis dah selongkar resepi untuk hidangan anak2 dimusim cuti ni..asyik lapar je depa..macam anak burung hehehe. Samalah dengan saya hari ni, Zikry dok merengek lapar suruh saya goreng telur untuk dimakan dengan kicap. tak sampai hati pulak, saya suruh dia tunggu sekejap. Selongkar apa yang ada dalam peti ais, saya buatkan sup daging dicampurkan dengan sayur mayur..makan dengan nasi panas. Ada ikan tenggiri, saya goreng kicap sahaja, nak letak resepipun segan sebab cincai sangat hahah. Anak2 berselera makan sampai Si Aifaa tiga kali tambah..Alhamdulillahh.
Jom tengok betapa mudahnya sup ini..

Bahan-bahannya;
1 mangkuk daging yang telah dipotong nipis- saya guna daging tempatan yang lebih cepat empuk.
1 peket fishball
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
*boleh ganti terus dengan rempah sup tulang yang dah dipeket.

2 ulas bawang putih-dadu
1/2 labu bawang besar-dadu
1 inci halia-dadu
Sayur yang digemari  secukupnya- saya hanya ada sawi, tomato dan daun sup.
Garam
Cuka

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga layu.
  3. Masukkan rempah sup. Kacau hingga wangi.
  4. Masukkan hirisan daging.
  5. Kacau hingga air daging kering. Masukkan air secukupnya.
  6. Biar menggelegak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
  7. Masukkan garam dan fish ball.
  8. Masukkan sedikit cuka.
  9. Masukkan sayur yang keras dahulu, baru sayur yang lembut.
  10. Kacau hingga menggelegak. Siap.
  11. Boleh dihidangkan dan dihias dengan hirisan cili padi serta perahan asam limau nipis.
Kalau tidak ada ikan goreng seperti saya, sedap juga dimakan dengan telur dadar dan sambal belacan..perghhh




No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...