Timun, pucuk betik, mata kunyit (kunyit muda) dan bunga lengkuas |
Bunga lengkuas |
Kunyit yang baru digali semalam |
Hari ni Cik Wan layan brunch Nasi Berlauk Kari Ayam semalam dengan ulam-ulam yang Cik Wan tanam sendiri. Adoi..memang heavy hehehe..
Cik Wan tak pernah makan pucuk betik sebagai ulam..alamakkkk, pahit giler!!! Lebih pahit daripada pucuk beko yang Cik Wan suka tu..adeh! Katanya pucuk betik ni banyak khasiatnya seperti menghaluskan kulit, menghilangkan migrain, menurunkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah. Paling mujarab katanya mengubati Malaria..tak pasti betul atau tidak.
Cik Wan lebih suka kunyit muda..hari-haripun takpe...tapi kunyit muda ni tidak boleh dimakan terlalu banyak atau terlalu kerap kerana setahu Cik Wan kunyit mentah boleh mempercepatkan menopause..jaga2 hehehehe...
Bunga lengkuas digemari oleh Mek..tapi saya lebih suka bunga kunyit. Bau bunga lengkuas lebih kuat dan ada rasa pahit2 sikit. Hujan-hujan ni lebat pula lengkuas Cik Wan berbunga..daripada membazir, lebih baik Cik Wan paksa makan hehehe..mana tahu ada khasiat yang besar..contohnya awet muda..hehehehe..jangan jeles kalau Cik Wan nampak muda 10 tahun hahahahaha..
Tapi peringatan juga untuk sesiapa yang makan ulam mentah ni. Kena cuci bersih2..rendam dengan air garam. Kalau yang tanam sendiri, kena petik selepas matahari naik sedikit kerana mengikut abang Cik Wan yang lulusan pertanian..cacing2 yang halus akan naik ke pucuk2 pokok pada waktu malam dan turun bila keluar cahaya matahari. Kalau kita petik terlalu awal pagi, dikhuatiri cacing2 tersebut masih ada pada batang dan pucuk2 tersebut..wallahualam..
No comments:
Post a Comment