Wednesday 17 December 2014

Jemput-Jemput Pisang Sedap Tak Ingat...


Jemput-jemput pisang  sangat sedap dijadikan sarapan di musim-musim hujan ni. Arwah nenek dulu selalu buat jemput2 ni untuk hidangan saya yang kelaparan  selepas balik dari mengaji Quran...maklumlah, dulu2 kita pergi mengaji pukul 7.00am, pukul 10.00am baru balik ke rumah. Maklumlah muridnya beratus2 orang apatah lagi musim cuti sekolah. Jemput2 nenek biasanya besar-besar, hitam dan berat..tiada bahan lain selain daripada tepung, pisang, gula dan garam tapi bagi saya itulah jemput2 yang paling sedap di dunia ini...tak pernah saya jumpa lagi.

Jemput2 cara nenek biasa juga saya buat tapi tak pernah menjadi..entahlah..rahsia air tangan kot.
Jemput2 versi Cik Wan ni digemari oleh anak-anak dan suami..alhamdulillah..lain orang, lain air tangan tetapi semoga kekal di ingatan anak2 dan suami seperti mana kekalnya ingatan saya terhadap jemput2 arwah nenek..

Jom, tengok resepinya;

Bahan-bahannya;

6 biji pisang montel
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonart
1 sudu kecil serbuk yis (mauripan)

Cara-cara membuatnya:
  1. Lenyekkan pisang hingga lumat.
  2. Masukkan gula, garam, soda dan yis. Kacau hingga semua sebati.
  3. Baru masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
  4. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.
  5. Goreng hingga agak kehitam-hitaman. Siap!!.

1 comment:

  1. Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya hubungi 0182233854 Khaidir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...