Thursday 18 December 2014

Kari Ayam Stail Gulai Kawah




Tinggal kami berempat beranak sahaja di rumah. Tiga beradik tu asyik lapar sahaja sekarang..malas nak masak banyak kali, saya masak kari ayam dengan kentang ni. Cukup untuk makan tengah hari dan makan malam sekali. Zahirah komplen juga kari ni agak pedas..tapi yang mengejutkan dia siap cakap "mama memang hebat..mama memang juara ..sedap sangat" adoiii...pandai nya bodek..tqvm anyway hehehehe..

Ini kari cara Cik Wan..mungkin lain dan berbeza sedikit dengan kari Kelantan yang lain..in sha Allah sedap..cubalah..

Bahan-bahannya:

 2/3 daripada seekor ayam (ikut kuantiti yang diperlukan - tadi Cik Wan takut tak habis  kalau seekor, kalau separuh je takut tak cukup pulak hehehe..adoii!!)
1 biji kelapa- perah dan ambil santan kepekatan biasa. Jangan terlalu pekat.
2 biji ubi kentang- potong 4.

8 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 sudu serbuk cili (boleh ganti dengan 7-8 biji cili kering)
2 sudu rempah kari
1 sudu rempah kerutuk-(kalau tak ada, sangrai 1 sudu rempah ketumbar dan tumbuk halus).
2 sudu asam jawa- bancuh dengan air
1 sudu kerisek
Garam
Gula nise- gula putih pun boleh

Rempah 4 sekawan: 1 batang kulit kayu manis, 5 biji cengkij, 5 biji pelaga dan 1 kuntum bunga lawang.


Cara-caranya:
  1. Ambil 3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah dan 1/2 inci halia- mayang nipis. Selebihnya di mesin bersama cili dan lengkuas.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dimayang tadi.
  3. Tumis hingga hampir garing, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis lagi.
  4. Masukkan bahan yang telah dimesin. Tumis hingga naik minyak.
  5. Bancuh rempah kari dan kerutuk dengan air panas, masukkan dalam tumisan. Tumis hingga pecah minyak. 
  6. Masukkan air asam jawa, garam dan nise. Kacau lagi. 
  7. Masukkan kerisek. Kacau hingga minyak terbit.
  8. Masukkan ayam. Kacau sebentar dan tutup periuk. Buka dan kacau sekali sekala hingga air ayam kering.
  9. Masukkan santan dan kentang. Masak dan kacau agak lama di mana kuah akan jadi pekat dan ayam jadi lembut.Kacau sekali sekala jangan ditinggal lama.

Nota: i) Saya tiada daun kari tadi, boleh masukkan daun kari masa menumis tadi.
          ii) Untuk lebih power dan rasa asli  Kelantan, boleh masukkan 2 sudu budu semasa menumis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...