Monday, 4 May 2015

Pulut Kuning Mudah


Hari ni Cik Wan masak Pulut Kuning untuk dibawa ke kenduri kesyukuran rumah anak buah Si Husna dan Ibrahim di Jenderam, Bangi. Cik Wan agak mesti uminya masak gulai kawah, bolehlah dipadankan dengan pulut ni, Jadi Cik Wan hanya masakkan telur dadar sahaja sebagai lauk juga hiasan. Memang betul,umi atau Kak Ini Cik Wan masak gulai kawah dan pelbagai hidangan lain..besar-besaran jugaklah kenduri naik rumah baru ni. Jom kita tengok resepi Pulut Kuning Cik Wan yang mudah ni.

Bahan-bahannya;
2 kg beras pulut.
3 biji kelapa parut, perah santan pekatnya sebanyak 3 gelas (Cik Wan guna gelas plastik IKEA)
1 1/2 sudu makan garam- Cik Wan guna garam buku Kelantan
5 sudu makan gula
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit pewarna- Cik Wan guna Star Brand warna kuning telur
3 keping asam

Cara-caranya;
1.
Basuh bersih dan rendam pulut bersama kunyit, pewarna dan asam keping. Tadi Cik Wan rendam dalam 2 jam sahaja.
 
2.
Masak santan yang dicampur garam dan gula tapi tidak payah sampai menggelegak.
(Ini untuk menjadikan pulut kita lambat basi)

3.
Kukus pulut kali pertama. Dalam 15- 20 minit. (Hingga nampak wap kukusan banyak keluar)

4.
Keluarkan dan gaul dengan santan yang telah dimasak tadi, seperti di bawah.
Ini selepas dikukus kali pertama. Kacau/Arung sekejap dan kukus semula.
(Masa ni pulut macam dah masak dan dah sedap dimakan hehehe..tapi kukus sekali lagi ye)

5. Kukus dalam 5-7 minit. Angkat dan kacau sekejap hingga nampak pulutnya berkilat. Siap!!

6. Untuk telur dadarnya Cik Wan guna 3 biji telur untuk pewarna hijau dan 3 biji telur untuk pewarna merah.

Senangnyeeee......cuba jangan tak cuba..byeeee :)


 
 

4 comments:

  1. assalamualaikum cikwan, cantik pulut tu, dengan telur yg kaler2 meriah gitu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Kak Noor, hehehehe meriah kan? hari ni rajin sikit, selalunya tak letak warnapun

      Delete
  2. Tq resipi.. Utk 2 kilo pulut.mmg dh bli 2 kilo, cuma xtau nk sukat byk mno gula n garam.hihiiii.sntan bli skilo.ingtkn guno byk.hihiiimresipi ni byk mmbntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Nik. Sebenarnya gula garam ni kena rasa sendiri dlm santannya. Ada yg suka manis dan ada yang suka lebih masin..so terpulang. Mungkin yang Cik Wan sukat ni x sesuai untuk selera Nik..jadi kena try jugak ye. Selamat mencuba..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...