Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Petang semalam Cik Wan masak nasi dagang kaedah baru iaitu menggunakan beras basmati. Tapi Cik Wan guna beras basmati biasa sahaja bukan PUSA atau long grain Nasi Arab. Kalau buat menggunakan beras panjang hasilnya akan lebih sedap dan cantik.
Beberapa minggu sebelum tu Cik Wan dan kawan-kawan makan nasi dagang Air Dingin direct dari Kelantan..mereka gunakan beras basmati yang berkualiti..masya Allah sedap sangat rasanya. Dah berazam nak buat sendiri..akhirnya tercapai juga semalam.
Hari ni Cik Wan nak kongsikan resepi nasinya sahaja. Untuk gulai ikan dan acar jelatah boleh rujuk blog ini ye. Selamat mencuba..
Bahan-bahannya;
3 cawan beras basmati
1 cawan beras wangi (Cik Wan tak gunakan beras pulut)
*basuh bersih dan rendam bersama dengan 1/2 sudu teh halba dan sedikit garam selama 3-4 jam.
10 ulas bawang kecik- mayang nipis
6 ulas bawang putih- mayang nipis
2 inci halia- hiris nipis dan halus
1 sudu besar halba
1 sudu teh garam
Sedikit gula jika suka- Cik Wan tak letak, Mr A tak suka manis
2 cawan santan pekat (pati santan)
2 cawan santan cair
*santan dari 2 biji kelapa parut.
Cara membuatnya:
- Satukan 2 cawan pati santan dengan semua bahan hirisan.
- Masukkan garam.
- Masak hingga menggelegak. (Cara ini memyebabkan nasi dagang kita tahan lebih lama dan bau lebih wangi)
- Toskan beras dan kukus hingga masak- Kacau2 sedikit semasa mengukus.
- Angkat dan gaulkan dengan santan cair tadi. Biarkan beras menyerap semua santan cair.
- Kukus semula hingga masak dan lembut.
- Selepas nampak kukus kita keluar wap dengan banyak, biarkan sekejap lagi dan boleh matikan api.
- Masukkan nasi ke dalam bekas dan tuangkan santan bawang yang telah dimasak.
- Gaul sebati menggunakan senduk kayu agar nasi kita tidak patah.
- Siap. Hidangkan dengan gulai ikan tongkol/udang/ayam dan acar jelatah serta sambal kelapa.
Ini gulai ikan Cik Wan...selamat memasak ya.
No comments:
Post a Comment